Friday, December 26, 2008

Apa punca sebenarnya?

Keputusan peperiksaan telah diketahui, ada yang gembira dan ada yang sedih. Tidak kurang juga yang tak terasa apa-apa seperti tiada perasaan. Jamil merasa sangat sedih dengan keputusan peperiksaannya. Semasa dia melayan perasaannya, datang Abdullah menyapa.

“jamil buat apa tu?"

“Abdullah, saya risau dengan keputusan peperiksaan saya kali ini. Teruk sangat. Ni mesti sebab saya terlalu kuat berdakwah”

“ kenapa cakap macam tu?” tanya Abdullah.

“Sebab dakwahlah saya banyak mengabaikan pelajaran saya, sibuk sangat. Banyak masa habis buat gerak kerja dakwah, lepas ni saya ingat tak nak dah join persatuan dakwah ni”

“Subhanallah, kenapa jadi macam tu? Cuba fikir kembali adakah betul dakwahlah penyebab utama yang menyebabkan kemerosotan jamil dalam pelajaran? Ataupun ada yang lain? Cuba muhasabah kembali . kebanyakan orang sekarang tidak cuba mencari sumber masalah yang sebenar , mereka akan menyalahkan masalah yang memang mereka nak jadikannya sebagai masalah. Jamil boleh saya tanya?

yep?

Bagaimana pengurusan masa jamil? Ada buat jadual tak?

“ saya sebenarnya rancang pengurusan masa dalam kepala je, kalu buat jadual pun bukannya ikut.”

“Mantapnya kau jamil” jamil tersengih dengan pujian dari Abdullah.

“Apa yang kau lakukan pada masa terluang jika tidak buat kerja dakwah ataupun study?”

“Eerrr… gunakan masa itu untuk menghilangkan tekanan” dalih jamil

“Buat apa?” Abdullah tak berpuas hati dengan jawapan jamil

“err..main games sikit... baca komik sikit… borak borak dengan rakan, ”

“Mmmm…. Banyak tak masa yang digunakan?” Tanya Abdullah yang sebenarnya tak inginkan jawapan.

“Errr…..err.. adalah sikit”

“Ni lah masalah nya sekarang. Kita sebenarnya banyak masa . tapi kita buat seperti tiada masa . bila ada masalah masa menimpa kita salahkan perkara yang tak sepatutnya. ”

Jamil tunduk keinsafan.

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA

HARI YANG MEMBERI SERIBU MAKNA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM

HARI YANG MEMBAWA ERTI PENGORBANAN DALAM KEHIDUPAN

IKHLASKAN NIAT , TETAPKAN MATLAMAT DALAM PERJUANG

DUNIA HANYALAH JALAN UNTUK SAMPAI KE DESTINASI SEBENAR

Sunday, November 9, 2008

BELAILAH DENGAN KASIH SAYANG

“ hari ini kita akan bincangkan berkenaan akidah, akidah adalah….. bla.. bla…” naqib menerangkan akidah kepada ahli usrahnya.

Selepas habis menerangkan berkenaan akidah tersebut, naqib berhenti seketika dan bertanya kepada ahli usrah “ antum faham tak?”

Ada sebahagian nya mengganguk dan sebahagian lagi berkata ya.

Naqib meneruskan lagi penerangannya berkenaan akidah dan mangakhiri usrah dengan tasbih dan surah al asr.

Begitulah keadaan yang sering berlaku dalam halaqah usrah. Ianya terlalu kaku dan tiada pembentukan kasih sayang.

Usrah tanpa kasih sayang penyebab utama ahli usrah mudah futur. Usrah hanyalah untuk menyerapkan fikrah. Adakah salah untuk menyerapkan fikrah? Tidak tetapi ia perlu lebih dari itu, usrah adalah kebersamaan.

Setiap gerak gaya , cara percakapan, cara jelingan memainkan peranan penting dalam memindahkan kasih sayang antara naqib dan ahli usrah. Kebanyakan naqib sekarang hanya banyak memberikan pengisian sehinggakan melupakan komponen sebenar manusia iaitu perasaan.

Manusia difitrahkan oleh ALLAH mempunyai perasaan dan naluri. Manusia mempunyai perasaan gembira, sedih, bosan , gelisah, dan bermacam lagi. Komponen perasaan yang utama yang perlu dikuasai oleh naqib semasa usrah adalah perasaan dipunyai dan mempunyai ataupun perasaan ingin dibelai dan membelai.

Perasaan inilah yang akan menghasilkan perasaan kebersamaan dengan usrah tersebut. Kebersamaan membentuk nilai diri seseorang. Mereka akan seronok bersama usrah kerana mereka merasakan diri mereka bernilai. Nilai tersebut memberi mereka kepuasan dalam kehidupan mereka.

Kebanyakan manusia sekarang memcari diri untuk diberi nilai. Ada yang mengambil jalan ber’couple’ ada yang mengambil jalan bermain games, ada yang melakukan bermacam macam perkara yang pelik-pelik. Semata mata kerana nilai.

Thursday, October 30, 2008

NASIHAT SYEIKH ALI TANTAWI KEPADA SEMUA MUSLIMAT

Kepada Puteriku,

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun. Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaAllah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .. “tolong….tolong...aku kecurian.”

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala. Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing…dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku…Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong…Bohong!…Demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?

Renungkanlah!



SEBARKANLAH JIKA MASIH ADA IMAN DALAM DIRI

takwa dan iman

“Dunia merupakan tempat persinggahan sementara. Akhiratlah yang kekal selama lamanya.” Berkata seorang naqib kepada ahli usrahnya.

“Namun kenapa manusia seringkali melupakan destinasi yang sebenarnya?” naqib cuba membuka minda ahli usrahnya.

Naqib berhanti seketika untuk membiarkan ahli usrahnya berfikir.

“Hawa nafsulah peyebabnya” jawab ahli usrah

“Iblis dan syaitan penghasut utama” jawab ahli usrah yang lain.

“Ye ke ?” Tanya naqib tersebut. Ahli usrah tercengang dengan provokasi yang dibuat oleh naqib.
“Salah ke, bukan ke syaitan dan nafsu itu penyebab manusia men jadi lalai.”

“Betul tapi ia bukan penyebab sebenar kelalaian manusia terhadap akhirat. Penyebab utama ialah manusia sendiri.”

“Syaitan dan nafsu merupakan factor sekunder tetapi factor utama atau primer adalah manusia sendiri. Sebab itulah alquran dan assunnah mengajar manusia meninggkatkan kualiti diri dengan iman dan takwa . orang yang beriman dan takwa tidak akan terpengaruh dengan factor sekunder. Namun ia kena sentiasa diperbaharui dan ditambah dari masa ke semasa untuk mengelakkan pengaruh factor sekunder.”

“Macammana nak tambah takwa?”

“Takwa boleh bertambah dengan meningkatkan amalan amalan sunat, mempelajari ilmu dan amalkannya, sentiasa bermuhasabah diri, dan menjaga diri daripada segala kemungkaran dan kemaksiatan. “

“oooo”

“Jadi saya harap kita semua amalkan apa yang kita pelajari dari usrah hari ini.”

“Amir, saya ada beri task untuk kamu bentangkan hari ni kan. Kamu dah bersedia belum?”

“Yep, saya dah bersedia . ok , hari ni saya akan bentangkan peristiwa perang muktah yang saya ambil dari beberapa sumber antaranya arraheeq almakhtum , fiqh sirah dan fiqh harakah.”

“Bagus , bagus . “ puji naqib

Amir membentangkan sirah tersebut dengan cukup teliti dan menarik. sehingga merasakan peperangan itu berada dihadapan mata.

"ada bakat nak ganti ku nanti, he..he.." puji naqib di dalam hati untuk mangelakkan ahli usrahnya men jadi riak.

Wednesday, October 22, 2008

etika pengurusan -ep 4

Isu-Isu Dalam Etika Penngurusan

Etika dalam Pengurusan Politik

Menurut Paul Ricoeur (1990), etika politk adalah mengarahkan kepada hidup yang lebih baik bersama dan untuk orang lain, rangka memperluas lingkup kebebasan dan membangun institusi yang adil. Menurut definisi ini, hidup baik bersama dan untuk orang lain tidak mungkin wujud kecuali menerima pluraliti dan dalam kerangka institusi yang adil. Hidup yang baik adalah cita-cita kebebasan dan institusi yang adil mewujudkan kebebasan engan menghindarkan warganegara atau kelompok-kelompok dari saling merugikan. Etika politik tidak melibatkan golongan individu sahaja tetapi berkaitan dengan tindakan etika sosial.

Menurut Aristotle, politik haruslah mempunyai etika sebagai penghantarnya. Seseorang ahli politik tidak harus menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan individu dan sesuatu kelompok. Sebaliknya berkorban untuk negara dan masyarakat adalah lebih bererti dan mulia. Ini bermaksud, ahli politik mestilah mempunyai garis panduan dan peraturan yang boleh menghindarkan dari menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Penentangan terhadap moral dan etika menjadikan negara lemah dan mundur kerana pemimpin mengamalkan perkara yang mementingkan diri sendiri dan bukannya rakyat dan negara.

Kes 1 : Isu Politik Wang Exco Kedah

Di Malaysia, terdapat banyak rasuah yang berlaku dan kebiasaanya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik. Antara perkara yang kerap dilakukan adalah politik wang. Seperti yang sering dikesan dalam setiap kali menjelang pilihan raya adalah seseorang pemimpin politik biasanya melakukan rasuah untuk menang bagi kerusi yang ditandinginya. Contohnya, YB Datuk Zainol Mat Isa meletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah sebagai hukuman penglibatannya dalam angkara politik wang semasa pemilihan bahagian Baling. Tindakan yang dilakukan adalah sangat memalukan kerana seorang pemimpin tidak harus menggunakan cara kotor untuk mendapat sesuatu atau menjaga kedudukannya. Melakukan perbuatan seperti ini adalah mencemarkan nama baik sesebuah parti malahan diri sendiri.

Kes 2 : Isu Pemberontakan di Selatan Thailand

Isu pengurusan politik juga boleh dilihat dari segi kejayaan individu atau sesuatu organisasi menguruskan amanah yang diberikan dengan seadil-adilnya. Sebagai contoh, konflik yang berterusan di selatan Thailand tidak berkesudahan walaupun sudah mencecah usia lima tahun. Ini kerana rasa tidak puas hati dikalangan penduduk di selatan Thailand terhadap pemerintahan kerajaan Thailand pimpinan Thaksin Sinawatra yang melibatkan kepercayaan dan perasaan tidak puas hati mereka tentang driskriminasi yang diamalkan. Banyak tembakan dan letupan berlaku hampir setiap hari di selatan Thailand. Dalam keganasan yang terbaru pada 19 mac 2008, seorang lelaki terbunuh dalam pertempuran dengan 70 anggota pasukan keselamatan di wilayah Narathiwat. Demi memastikan keadaan stabil dan kembali aman, kerajaan Thailand haruslah bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di selatan Thailand dan melaksanakan apa yang dijanjikan untuk mengembalikan kepercayaan penduduk terhadap kerajaan.

Berdasarkan kajian tentang 2 isu di atas, jelas menunjukkan bahawa berlakunya penyelewengan dalam pengurusan politik apabila seseorang individu atau sesebuah organisasi mendapat kuasa dalam bidang tersebut. Ini tidak seharusnya berlaku kerana kod etika bagi seorang ahli politik bukannya bersifat mengongkong atau menyalahgunakan kuasa kerana ia mengandungi disiplin dan tatacara yang perlu dipatuhi supaya mereka ini lebih bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan.

Seperti isu pemberontakan di selatan Thailand diatas, pemimpin seharusnya bijak membuat sesuatu keputusan dan membuat pertimbangan yang teliti, bukannya menggunakan kekerasan yang menyebabkab keadaan bertambah buruk. Mereka seharusnya tertib dalam membuat keputusan dengan memberikan keutamaan dan kepentingan kepada perkhidmatan, organisasi dan negara, bukannya mementingkan diri sendiri sahaja. Dalam isu politik wang di Kedah pula, seorang pemimpin seharusnya mengelakkan diri daripada menggunakan wang untuk mempengaruhi pemikiran orang lain. Selain telah melakukan rasuah, pemimpin itu juga telah melanggar kod-kod etika yang telah ditetapkan kerana telah menidakkan hak individu lain serta hak masyarakat dengan membeli undi para pengundi.


Etika Pengurusan Perniagaan

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Niaga atau perniagaan pula merupakan satu sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Maka, etika dalam pengurusan perniagaan boleh didefinisikan sebagai pengarahan atau pengawalan kumpulan yang melakukan sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan untuk tujuan menyelaraskan kumpulan ini untuk mencapai matlamat perniagaan mereka.

Kes 1 : Kerugian Pendapatan Syarikat Penerbangan MAS

Dalam masalah kerugian yang melibatkan syarikat penerbangan MAS, satu persoalan telah dikemukakan mengenai tindakan pihak pengurusan mengurangkan bilangan pekerjanya. Sebilangan berpendapat sepatutnya bilangan pengurusan atasan yang perlu dikurangkan. Masalah ini tidak akan selesai selagi pucuk kepimpinan yang ada dalam MAS dibiarkan terus memegang jawatan mereka. Sepatutunya pihak pertama yang mesti meletak jawatan dalam MAS ialah Pengarah Eksekutifnya, iaitu Munir Majid kerana setiap pertubuhan ataupun organisasi pimpinan beliau didapati sering bermasalah.

Selain itu, perlu ada satu pelan konkrit untuk MAS menguruskan syarikat tanpa banyak ‘free-loading’ oleh pihak kerajaan. Semua tiket percuma yang diberikan oleh wakil rakyat mesti dihapuskan. Wakil rakyat dan golongan istana (tidak termasuk Sultan dan Raja-raja serta Permaisuri pertama mereka) harus menggunakan tiket kelas biasa dan tidak memerlukan layanan istimewa di mana mesti ada petugas khas dalam penerbangan yang mereka gunakan. Bagi penerbangan yang tidak sampai dua jam, sepatutnya tidak perlu ada perkhidmatan ‘Business Class’ kerana ianya hanya membuang masa dan sumber.

Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, dipercayai bahawa Khairy Jamaluddin sudah menjadi satu 'nama berpuaka' dalam dunia perniagaan di Malaysia. Bukan sahaja dalam dunia politik Melayu yang telah membunuh ekonomi orang Melayu, Khairy Jamaluddin kerap disebut-sebut sebagai salah seorang ‘orang atas’ dalam MAS. Dalam pemulihan MAS selepas gugurnya pimpinan Tajuddin Ramli dulu hampir semua pengurus kanan yang baru adalah mereka yang menjadi pilihan dan perlantikan oleh Khairy Jamaluddin. Kerana itulah muncul pembaziran yang banyak kerana ada restu orang atas.

Berdasarkan ulasan isu yang melanda MAS diatas, jelas sekali pihak pengurusan telah mengenepikan etika perniagaan yang menyebabkan berlakunya kemelesetan dalam pengurusan syarikat ini. Antaranya ialah pihak pengurusan sepatutnya bertanggung jawab sepenuhnya terhadap sagala hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat, sepereti yang termaktub dalam kod-kod etika. Selain itu, kod-kod etika juga menyatakan bahawa setiap individu atau sesuatu organisasi hendaklah mengelakkan diri daripada sikap pilih kasih dan juga membuat sesuatu keputusan akibat dipengaruhi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang hanya memikirkan kepentingan sendiri sahaja.

Kes 2 : Kandungan Kentang Goreng McDonald

Pada Mei 2001, satu tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap rangkaian restoran makanan segera McDonald yang terbesar di Seattle, Amerika Syarikat. McDonald didakwa selama lebih satu dekad, menipu pelanggan vegetariannya kerana telah menyediakan kentang goreng yang mengandungi ekstrak daging lembu. Tuntutan mahkamah itu telah diikuti dengan laporan media yang terperinci menerangkan bagaimana McDonald membuat promosi palsu kentang gorengnya yang mengatakan ianya adalah seratus-peratus vegetarian.

Walaupun pada mulanya McDonald tidak mahu memberi sebarang komen terhadap isu tersebut, tetapi McDonald telah mengeluarkan "maaf bersyarat", tetapi masih tidak mengaku menggunakan perisa ekstrak daging lembu pada kentang gorengnya. Kumpulan-kumpulan aktivis Hindu seperti Shiv Sena, Vishwa Hindu Parishad (VHP) dan Bajrang Dal telah melakukan demonstrasi di hadapan ibu pejabat McDonald di New Delhi memprotes tentang penggunaan perisa daging lembu bagi kentang goreng yang dijual oleh McDonald. Mereka juga telah menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri India, meminta supaya semua restoran McDonald di India ditutup.

Pada masa yang sama, lebih banyak kes-kes yang telah difailkan terhadap McDonald di California, Amerika Syarikat dan Kanada. Keadaan ini menyebabkan McDonald terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah tersebut. Pihak pengurusan McDonald di India pula dengan pantas mengesahkan produk tersebut tidak mempunyai kandungan atau bahan yang tidak boleh dimakan oleh pelanggan vegetarian.

Ternyata pihak pengurusan McDonald telah melanggar etika pegurusan perniagaan yang telah digariskan. Antaranya ialah pihak pengurusan tidak memaklumkan perkara sebenar (kandungan sebenar kentang goreng) kepada masyarakat menyebabkan berlakunya rusuhan. Selain itu, pihak pengurusan juga didapati tidak bertanggungjawab terhadap tindakan mereka kerana enggan mengaku kesalahan mereka, tetapi hanya mengeluarkan kenyataan "maaf bersyarat".

Wednesday, October 15, 2008

BAGAIMANA MENJADI NAQIB EFEKTIF

DIMANA FOKUS MU? Ep 1

“ana mempunyai 4 orang ahli usrah yang ana jaga untuk diberikan kefahaman berkenaan fikrah islamiayah yang sebenar, tetapi lama kelamaan ahli usrah ana semakin berkurangan . kini ahli usrah ana hanya tinggal seorang je. Tu pun tak faham sangat tentang apa yang sebenarnya yang ana hendakkan.”

“ahli usrah ana memang cam tu, bila minta datang usrah je macam-macam alasan yang diberikan. Sibuk, nak focus belajar, nak study, ada kerja lain, ada discussion, letih, takde mood dan bermacam lagi. Yang datang pun seorang dua je, baik tak payah buat usrah. Habiskan masa je. Biarlah mereka yang lain. Memang mereka tak minat nak faham agama.”

“ ana takde banyak ilmu. Susahlah nak pegang usrah . nanti ahli usrah Tanya macam-macam tak leh jawab malu je. Tak layak lah berilah kat orang yang lebh layak. Ana buat kerja lain je.”

Naqib merupakan tunjang dalam menggerakkan usrah. Naqib yang berkualiti akan menghasilkan ahli usrah yang berkualiti. Kebanyakan naqib tidak mahu meningkatkan kualiti yang ada dalam dirinya walaupun sebenarnya mereka mampu.


“kita boleh kawal apa yang boleh kita kawal tetapi kita tidak boleh kawal apa yang kita tidak kawal maka berfokuslah kepada apa yang boleh kita kawal”


Nuqaba yang sentiasa menyalahkan keadaan yang tidak dapat dia kawal menyebabkan dia merasakan lemah dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Ini kerana nuqaba tersebut focus kepada perkara yang tidak dapat dikawal. Suasana luar, ahli usrah, sahabat, kerja mengejut, assignment semua itu adalah perkara yang tidak kawal.

Namun kita mempumengawal tindakan, pemikiran, pilihan dan respon diri sendiri. Bermaksud kita boleh mengawal diri. Apabila kita focus kepada diri , dengan automatik kita dalam proses meningkatkan kuliti diri. Kualiti diri yang diperkembangkan akan menghasilkan pengaruh. Maka, pengaruh tersebut akan dapat menghubungkan diri dengan perkara yang tidak dapat dikawal, akhirnya perkara yang tidak dapat dikawal akan berada didalam lingkungan pengaruh.

Ahli usrah sentiasa memberikan alas an, suasana akan sentasa berubah kerja akan sentiasa bertambah, walaupun begitu apa bila lingkungan pengaruh dihasilkan menjadikan diri kita memberikan kesan terhadap perkara yang tidak dapat dikawal. Terbentuklah kualiti diri.
Ahli usrah akan merasa rugi tidak datang usrah dengan seorang naqib yang berkualiti yang boleh mendatangkan kesan terhadap dirinya, malahan mereka akan rasa seronok dan boleh meningkatkan kualiti diri mereka sendiri. Mereka akan rela meluangkan dan mengorbankan masa mereka jika mereka merasakan sesuatu itu member manfaat kepada mereka. mereka rela mengorbankan duit mereka jika merka tahu mereka akan mendapat pulangan yang lebih lumayan. Semuanya merka akan lakukan jika usrah tersebut berkualiti di bimbing oleh naqib yang berkualiti untuk menghasilkan diri sendiri yang berkualiti.

Reality usrah hari ini tidak seperti itu, masing-masing mencari alsan untuk berada dalam zon yang selamat dan selesa. Naqib memberi alasan tidak cukup ilmu, tiada pengalaman , tidak layak, tidak mempu, tidak pendai bercakap, sibuk dengan gerak kerja , begitu juga dengan ahli usrah alasan yang sama cuma alasannya mungkin lebih banyak. Akibat tidak focus kepada kawalan sebenar. Semua ini akan menjurus kepada proses pemusnahan.

Jika usrah diadakan pun, hanyalah untuk memenuhi syarat bukannya untuk menghasilkan kualiti dan kesempurnaan. Usrah hanyalah untuk menjadi medan bercakap semata-mata bukannya medan berfikir . mdean hanya untuk bertemu muka bukan untuk mengikat hati. Maka akhirnya lahirkan pejuang yang hanya memenuhi syarat bukanya pejuang sejati. Mereka seperti robot yang diprogramkan untuk mencapai matlamat. Mereka tidak dapat berfikir sendiri hanyalah mennggu arahan.

Ini adalah kesan tidak focus kepada perkara yang boleh dikawal tetapi focus kepada perkara yang tidak dapat dikawal. Menyalahkannya segala yang wujud didalam suasana dan keadaan. Semua ini adalah pembunuh bagi gerakan islam.

Saturday, September 20, 2008

isteriku........

Sepertimana izzudin di sarawak melakarkan kisah persimpangannya dengan penuh perasaan yang bercmpur baur, ( www.wiraislam.blogspot.com )saya juga begitu.

Hati ini telah mengikat setia dalam perjuangan islam, setelah mengenal islam pada umurku 18tahun . Terheret bersama sama jasad kn pemikiran ku bersama. Kini saya sedar diri saya bukan untuk saya tapi untuk ALLAH dan islam.

Memegang jawatan bukanlah pilihan tetapi tanggungjawab yang terpaksa diambil untuk islam. Saya tidak suka memegang jawatan sebagai pemimpin tapi lebih suka untuk mempelajari ilmu, bersendirian membaca buku, berfikir , berzikir, merenung diri. Alangkah bestnya .

Teringat sebuah rangkap kata kata yang hebat dari seorang ulama kepada sahabatnya. “Jika kamu di sana menitis air mata dalam munajat mu dangan tuhanmu dengan beribadat yang penuh khusyuk, tapi kami disini menumpahkan darah untuk menjaga kemuliaan islam”. ayat ini memberi seribu satu erti kepada saya.

Presiden HADAF( Himpunan Anak Didik Al-Falah), pengerusi JKSK( Jawatankuasa Saudara Kita), aktivis kampus, dan pendakwah . semua ini adalah amanah yang sanagt berat dan besar. Tidak pernah saya terfikir sehingga boleh menjadi seperti ini.

Sejarah kehidupan saya sebelum ini tidak pernah membawa kepada jalan ini. Saya seorang yang amat mementingkan akademik. Tidak pernah terfikir tentang perjuangan. Hidup hanyalah untuk diriku.

Namun sekarang saya telah berkahwin 3 sekaligus. Cuma yang keempat belum dicari. Isteri pertamaku adalah islam, isteri kedua ku adalah ummah dan isteri ke tiga ku adalah perjuangan. Berat sangat ku ingin menjaga ketiga-tiga isteriku ini.

Termenung sebentar, adakah isteri-isteri ku ini kekal bersama ku ataupun akan bercerai. Saya mohon kepada sahabat sekalian doakan kan saya.

Monday, September 15, 2008

etika pengurusan -ep 3

sambungan....

3.0 Kod-Kod Etika Pengurusan
Kod etika merupakan salah satu elemen yang penting dalam memastikan sesuatu profesion berkesan. Definisi kod etika ialah dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi dan peraturan-peraturan etika yang diharap untuk dipatuhi oleh semua ahli dalam organisai tersebut. Kod etika berfungsi dalam mengawal setiap tindakan dan tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai professional .
Setiap badan professional mempunyai kod etika yang khusus yang menjadi panduan kepada ahli-ahlinya tentang peraturan dan tingkahlaku yang perlu dipatuhi. Badan professional yang berbeza mampunyai kod etika yang berbeza. Begitu juga dengan etika pengurusan, kod etika pengurusan berbeza dengan kod etika kejuruteraan, kod etika pendidikan dan pelbagai lagi. Setiap badan pengurusan mempunyai kod etika yang tersendiri iaitu setiap syarikat dan perkhidmatan awam mempunyai kod etika yang berlainan mengikut bidang tugas mereka.
Walaubagaimanapun, semua badan pengurusan mempunyai titik sepunya dalam merangka dan membuat kod etika bagi organisasi mereka. Kod etika itu diwajibkan kepada semua individu dalam organisasi memtuhinya. Kod etika diasaskan berdasarkan prinsip asas etika iaitu kebenaran dan kebaikan dan menolak keburukan dan kejahatan.
Kod-kod etika pengurusan
Setiap individu dalam organisasi pengurusan mestilah :
1. Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab
2. Bercakap benar dan menepati janji
3. Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan
4. Bertindak berasaskan profesionalisme
5. Memberikan arahan yang jelas dan tepat
6. Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas
7. Sanggup menerima teguran dan nasihat
8. Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.
9. Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik
10. Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja
11. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa
12. Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat
13. Setiap tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi.
14. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk membolehkan setiap tugas dan tanggungjawab disempurnakan ke tahap yang terbaik
15. Bersikap terbuka dan responsif kepada perubahan idea, pengetahuan dan kemahiran baru serta sanggup menerima dan memberi teguran atau kritikan membina
16. Membuat pertimbangan yang teliti sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan
17. Bertindak atau membuat keputusan dengan segera dan cekap
18. Tertib dalam bertindak dan membuat keputusan berasaskan keutamaan dan kepentingan organisasi, perkhidmatan dan negara
19. Menegakkan kebenaran dan menegur kesilapan dengan penuh hikmah dan berhemah
20. Melaksanakan keputusan muktamad yang dibuat oleh pihak yang lebih berwibawa walaupun bertentangan dengan pendapat peribadi
21. Kreatif, inovatif dan proaktif
22. Bersabar dalam menghadapi masalah dan tenang dalam menangani tekanan
23. Bersikap terbuka dalam memberi buah fikiran dan pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran
24. Memaklumkan tindakan dan keputusan kepada pihak-pihak yang berhak mengetahuinya, sama ada pihak-pihak dalam organisasi atau di luar organisasi
25. Mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai kehendak undang-undang dan peraturan serta keutamaan dan fakta yang tepat sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan
26. Membuat penilaian secara objektif dan profesional 
27. Menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat 
28. Kritis dan analitis dalam membuat pertimbangan menggunakan kaedah yang betul
29. Menghargai hak dan keperluan setiap individu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa
30. Seimbang dalam pembawaan diri, adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja
Setiap individu dalam organisasi pengurusan mestilah mengelakkan dan menjauhi:
1. Menipu, menyeleweng dan mungkir janji
2. Menyalahgunakan kuasa
3. Mempengaruhi pemikiran orang lain untuk tujuan yang menyalahi undang-undang dan peraturan
4. Mengambil kesempatan untuk kepentingan diri
5. Tidak amanah dan khianat
6. Mengelak diri dari tugas dan tanggungjawab
7. Melaksanakan tugas secara sambil lewa
8. Menggunakan masa pejabat untuk urusan lain
9. Menipu, menyeleweng dan mungkir janji
10. Bertindak atau membuat keputusan secara membuta tuli, tergesa-gesa atau cuai tanpa berasaskan ilmu, kemahiran, undang-undang dan peraturan
11. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara tidak cekap dan melibatkan pembaziran sumber
12. Mudah ditipu, diselewengkan atau dipengaruhi untuk membuat keputusan atau bertindak bertentangan dengan kebenaran, undang-undang dan peraturan
13. Mudah dipengaruhi oleh emosi diri sehingga mengatasi akal fikiran yang waras mengakibatkan keputusan atau tindakan bertentangan dengan kebenaran, undang-undang dan peraturan
14. Tidak melaksanakan keputusan muktamad oleh pihak yang lebih berwibawa kerana bertentangan dengan pendapat peribadi
15. Berpuas hati dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada
16. Menyembunyikan tindakan dan keputusan yang dibuat daripada pengetahuan pihak yang berhak
17. Mengelak dari diketahui proses sesuatu tindakan atau keputusan dibuat
18. Tamak, hasad, haloba dan dengki sehingga menafikan pihak yang berhak mendapat maklumat mengenai tindakan dan keputusan yang dibuat
19. Menggugat kewibawaan orang lain melalui fitnah atau khabar angin
20. Menyalahkan orang lain atas kesilapan atau kegagalan sesuatu tindakan dan keputusan yang dibuat
21. Mengamalkan pilih kasih
22. Mengabaikan hak individu dan kumpulan
23. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
24. Berniat buruk dan berprasangka
25. Menyembunyikan maklumat dan fakta
26. Membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan secara terburu-buru dan sambil lewa
Berikut merupakan contoh kod etika untuk sebuah jabatan pengurusan :
1. Amanah dan pertanggungjawab
Melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh ikhlas , jujur mengikut peraturan dan procedur yang ditetapakn tanpa ada kepentingan peribadi dan bertanggungjawab diatas hasil kerja, tindakan atau keputusan yang dibuat.
2. Komitmen dan dedikasi
Sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh kesungguhan,efektif, produtif dan beriltizam untuk menghasilkan kualiti kerja terbaik serta sedia dan rela menerima tanggungjawab dan menyertai program anjuran jabatan pada bila-bila masa demi kepentingan jabatan
3. Bijaksana dan profesional
Bertindak dengan arif berdasarkan ilmu dan fakta, tertib dalam membuat keputusan , sentiasa kreatif, inovatif, proaktif dan berdaya saing disamping dapat bertindak dalam keadaan tenag tanpa dipengaruhi emosi.
4. Telus dan saksama
Menjalankan tugas menepati keperluan selaras dengan peraturan dan undang-undang dengan memastikan setiap tindakan atau keputusan diambil tidak berat sebelah dan menepati piawai kualiti perkhidmatan selaras dengan piagam pelanggan
5. Berakhlak dan berdisiplin
Sentiasa memperlihatkan sifat-sifat kepribadian yang luhur dengan berkelakuan baik, mematuhi undang-undang dan peraturan yang diguna pakai serta manepati masa.
6. Saling manghormati dan kerja berpasukan
Sentiasa saling hormat manghormati antara satu saam lain tanpa mengira pangkatdan kedudukan, bersikap positif, bertolak ansur, berfikiran terbuka dan sentiasa berkerjasama sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas demi kepantingan jabatan
7. Mesra pelanggan
Memberi perkhidmatan terbaik secara telus, memenuhi kehendak dan mesra pelanggan dalam setiap tugas yang diamanahkan berlandaskan peraturan.
8. Bersyukur dan berbangga
Sentiasa bersyukur dengan anugerah tuhan dan berbanggamenjadi warga jabatan dengan memberikan perkhidmatan berkualiti serta sentiasa berusaha kearah kecemerlangan demikepentingan jabatan.

Jika semua individu dalam organisasi pengurusan mengikut kod etika yang telah ditetapkan , segala perkara dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Dengan itu, matlamat organisasi dapat dicapai dengan cemerlang.

bersambung...

ramadhan bulan ujian....

alhamdulillah, bulan ramadhan ini benar-benar menjadi bulan ujian buatku. ujian-ujian ini menyebabkanku tak mampu mengupas panjang apa yang ingin ku sampaikan.

cukuplah kalau ku katakan, ujian ini menjadikanku semakin mengenal siapakah diri ku sebagai manusia.

ujian
1. ayah kena operate buang testis kerana pecah dan bernanah
2. persatuan yang ku pegang tunggang langgang kerana kelemahanku
3. setiap kali pergi masjid pasti selipar ku hilang. setakat ini 3 kali berturut-turut selipar hilang daripada 3 kali ku bersolat ke masjid.
4. teringgal bas balik utm

Thursday, September 4, 2008

pagi ini..

hari ni tertinggal sahur sekaligus tertinggal tahajud. sedih nye.

pagi ni saya di beri peluang untuk memberikan tazkirah diperhimpunan sekolah. saya bantai tajuk proaktif di bulan ramadhan juga dikaitkan dengan jihad.

nanti jika ada masa saya akan huraikan.. ok ye

Wednesday, September 3, 2008

balik utm dan ramadhan

hush, letih juga. selepas 3 hari berada di utm untuk bersama-sama dengan sahabat yang dikasihi, ku kembali semula ke sekolah untuk meneruskan agenda tarbiyahku.

alhamdulillah sekarang ku sudah berda dibulan ramadhan, bulan yang hebat. bualan yang ku selalu nantikan untuk mengubah diri. bulan ramdhan sebelum ini banyak ku bazirkan tanpa perubahan yang baik. namun untuk ramadhan tahun ini ku cuba mentarbiyah dan mengubah peradigma diri ku supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Thursday, August 28, 2008

ke mana perjuangan ku

Tersentak hatiku bila membaca blog sahabat perjuangan ku yang telah tidak aku bersua dengan mereka. mereka begitu gigih menulis dan berdakwah, bila ku lihat pada diri ini amat terasa malu dengan mereka.

terimbau kembali ku mengenali perjuangan ini. ku cukup naif dan jahil namun ku merasakan ku tahu segalanya. perjuangan inilah menyedarkan aku tentang kehidupan dan erti kehidupan. barulah ku sedar terlalu jauh untuk ku mengharungi dunia ini untuk tiba ke destinasi. ku mula mencari makna diri yang telah lama hilang. ku cuba mempergiatkan pembacaan ku dalam pelbagai bidang supaya tidak tersungkur dipintu penjawapan.

perjuangan ini menjadikan aku lebih jelas dalam melihat dunia. dugaan dan cabaran tak pernah terlepas dari diri ini. ku amat takut dengan ujian kesenangan berbanding ujian kesusahan. ku sering tewas dalam ujian kesenangan. sehinggakan menjadikan ku semakin jauh dari tuhan ku. oh tuhan ampunkanlah aku.

adakala ku menangis mengenangkan kehidupan umat sekrang ini. ku menangis bukan kerana mereka tetapi kerana diri ku yang tidak mempu untuk menolong mereka. ku terlalu lemah....

semasa ku menulis ini ku berasa keseorangan kerna tertinggal jauh kebelakang berbanding sahabatku yang lain yang memecut laju dalm perjuangan ini.

sahabat bawalah ku bersama dalam kelajuanmu jangan tinggalkan aku. persediaan mereka hebat seperti aku yang mempunyai motor ex5 ingin mengejar kereta ferrari. bawalah aku tumpang bersama mu didalam ferrari itu.

sahabat jika kamu ingin tahu, sekarang aku diuji dengan kesenangan yang aku takut hadapinya. jangan tinggalkan aku.. jangan tinggalkan aku..

Monday, August 25, 2008

baru balik cuti....

setelah seminggu berada di rumah, banyak perkara yang telah tertinggal. mood mengajar pun dah tak de. sebulan sebelum ini rasa berkobar- kobar mangajar di sekolah, nak buat pembaharuanlah, islah lah dan bermacam lagi. namun bila balik ke sekolah semula setelah seminggu bercuti banyak mengubah perancangan. melihat kepada keadaan budak budak yang balik dari cuti yang kurang barmaya manyebabkan ianya berjangkit kepada ku. letih sangat rasa. mungkin gejala futur mula merebak di dalam diri ini. ya, gejala futur.

keimanan terasa lemah, diukur dengan amalan sunat yang semakin berkurangan. kerja jadi lambat, hati terasa berat. ya ALLAH, apa dah jadi kepada ku?

ku cuba selami kembali diri sendiri. dimana silapnya. dalam keadaan dunia yang dalam fasa letupan dengan pelbagai isu, kenapa ku jadi semakin tidak bemaya? sepatutnyaku semakin bersemangat dalam keadaan ini. seperti bukan diri ku.

cuti seminggu telah ku penuhi dengan membaca sebuah buku yang bertajuk "menjadi remaja berkarisma" tak ingat dah siapa tulis. melalui buku ni banyak perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam hidup. walaupun begitu kenapa jiwa ku semakin lemah...kosong..

ah!! tersedar aku, rupanya ada faktor menyebabkan ku jadi begini . komputer games rupanya.. pada awalnya hanya ingin mencuba tapi semakin ketagih. astaugfirullah, ini puncanya.

mulai saat ini ku cuba mangorak langkah kembali, menyusun strategi mengembalikan keizzahan diri. ku tinggalkan apa yang tidak bermakna untuk ku. ku sedar rasulullah pernah mengingatkan kepda ummatnya supaya meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

Sunday, August 24, 2008

perlu ada perubahan paradigma

sekali lagi, aku berfikir. walaupun telah lama ku berfikir perkara yang sama. ku perlu mencari identiti ku sendiri dalam menulis blog ini. akhirnya ku mengambil kata putus, mengubah gaya penulisan supaya lebih berbentuk realiti . realiti yang mengambarkan kehidupan ku dan ummah masa kini. ku harap ia menjadi muhasabah untuk diriku dan pedoman untuk semua. perkara yang baik dijadikan peluang dan yang buruk dijadikan kesedaran.

Monday, August 11, 2008

etika pengurusan -ep 2

salam, atas permintaan saya menyambung kajian saya terhadap etika pengurusan

2.0 Teori Etika
Bagi pembahasan tentang teori etika pengurusan, dijelaskan mengapa seseorang profesional itu perlu memahami teori-teori tersebut agar dapat dipraktikkannya semasa melaksanakan tanggungjawab. Seterusnya dapat mempertingkatkan kesedaran dan kesungguhan untuk terus melakukan kebaikan dan menegakan kebenaran. Berikut akan diuraikan tiga teori tentang etika pengurusan yang berkaitan, iaitu teori keperibadian mulia, teori tindakan betul, dan teori wajiban.
2.1 Teori Keperibadian Mulia
Teori keperibadian mulia berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia ini cenderung kepada mencari ”The golden mean”.Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik.
Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru manakala keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
Sebagai contoh seorang pekerja atau ketua itu haruslah mengamalkan tingkahlaku yang baik yang melambangkan ketelusan dalam sesuatu pengurusan serta mengelakkan diri daripada ahklak-ahklak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Banyak contoh yang dapat kita lihat dalam pentadbiran negara kita sendiri di mana ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah dan tidak kurangnya juga yang menerima rasuah untuk meluluskan sesuatu projek.
2.2 Teori Teologis
Seterusnya, teori yang berkaitan dengan etika pengurusan adalah teori teleologis. Teori ini menerangkan tentang‘consequentialism’ iaitu sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat(consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan. Contohnya rasuah yang merupakan satu jenayah kolar putih paling tinggi di Malaysia. Sungguhpun begitu, kegiatan ini tetap menjadi kebiasaan di dalam pengurusan. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat. Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan projeknya diluluskan.
Kesannya, gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada pelanggan kepada pihak pengurusan kerana tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yang telah dijalankan. Namun demikian, di sesetengah buah negara, amalan ini 'diterima' oleh masyarakat walaupun ianya terang-terang salah di sisi undang-undang. Ini mungkin disebabkan pendapatan bulanan yang rendah seperti di Thailand, India, Indonesia dan Amerika Latin. Banyak faktor yang menyokong jenayah ini 'diterima' di negara-negara ini. Diantaranya termasuklah kesempitan hidup, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDK) yang rendah.
2.3 Teori Etika Deotologikal
Sementara Teori Etika Deontologikal pula adalah sejenis etika kepercayaan yang menyatakan bahawa konseo tanggungjawab tidak terikat dengan konsep kebaikan dan tindakan yang betul tidak ditentukan oleh kebaikan yang akan dihasilkan. Sebaliknya, yang menentukan sama ada satu-satu tindakan itu betul atau salah ialah sikap seseorang yang komited atau tindakan yang dikehendaki oleh ajaran agama. Sehubungan dengan itu, dalam sistem pengurusan mestilah bertindak bukan hanya tanggungjawab yang telah ditentukan tetapi mestilah kerana tanggungjawab tersebut. Sebagai contoh, dalam kehidupan sosial, pemaju perumahan menguruskan tentang pembinaan perumahan kepada penduduk di kawasan setempat dengan mengondolkan kawasan hutan. Ini merupakan satu tanggungjawab kepada masyarakat tetapi akibat disebalik penggondolan hutan itu ditentukan oleh seseorang berdasarkan ajaran agamanya.
3.0 Kod-Kod Etika Pengurusan
Kod etika merupakan salah satu elemen yang penting dalam memastikan sesuatu profesion berkesan. Definisi kod etika ialah dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi dan peraturan-peraturan etika yang diharap untuk dipatuhi oleh semua ahli dalam organisai tersebut. Kod etika berfungsi dalam mengawal setiap tindakan dan tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai professional .
Setiap badan professional mempunyai kod etika yang khusus yang menjadi panduan kepada ahli-ahlinya tentang peraturan dan tingkahlaku yang perlu dipatuhi. Badan professional yang berbeza mampunyai kod etika yang berbeza. Begitu juga dengan etika pengurusan, kod etika pengurusan berbeza dengan kod etika kejuruteraan, kod etika pendidikan dan pelbagai lagi. Setiap badan pengurusan mempunyai kod etika yang tersendiri iaitu setiap syarikat dan perkhidmatan awam mempunyai kod etika yang berlainan mengikut bidang tugas mereka.
Walaubagaimanapun, semua badan pengurusan mempunyai titik sepunya dalam merangka dan membuat kod etika bagi organisasi mereka. Kod etika itu diwajibkan kepada semua individu dalam organisasi memtuhinya. Kod etika diasaskan berdasarkan prinsip asas etika iaitu kebenaran dan kebaikan dan menolak keburukan dan kejahatan.

nantikan sambungannya...................

Wednesday, July 30, 2008

penghayatan isra' mikraj

PERISTIWA Israk dan Mikraj mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan umat Islam teladan bagi menimbulkan keinsafan dalam diri untuk ke arah kebaikan. Di antara pengajaran itu ialah:l Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis dan dibawa menghadap ke hadrat-Nya di Sidratul Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam.Ini kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.

Sebelum Rasulullah diIsrakkan, baginda menjalani suatu 'pembedahan' untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah.

Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan manakala yang lain kekal dalam kemaksiatan. Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa dikerjakan.

Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah serta umatnya iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga.

Rasulullah memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril. Ini jelas menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah.

Beberapa tempat yang disinggahi Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat itu.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini.

Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah ketika mengdadap-Nya.

Kejadian yang berlaku perlu diperhalusi oleh umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan mereka di samping melakukan muhasabah diri untuk mengubah akhlak ke arah kebaikan dengan mengambil pengajaran daripada kebesaran dan keajaiban yang berlaku ketika peristiwa itu.

Monday, July 28, 2008

praktikal atau latihan

“Sufi, kamu dah sombong sekarang ye”

“Tu baru prktikal dah sombong, kalu dah kerja lagi sombong.”

“Tu baru sikit kalu dah beri kuasa, pangkat lagi teruk”

Inilah kata kata yang saya terima selepas seminggu berpraktikal sebagai seorang guru. Kata kata tersebut cukup pedas dan berbisa. Adakah kata kata ini perlu dibalas dengan emosi ataupun dengan logic akal. Emosi bisa menghancurkan diri namun logic akal bisa di katakan sembang kemas. Praktikal sebagai seorang guru mungkin dipandang mudah bagi sesebahagian orang, namun bagi diri yang merasainya mungkin boleh menjadi marah dan sedih apabila kata kata sebegitu dilemparkan tanpa sebab dan kajian yang teliti.

Amanah

Bagi sebahagian orang mungkin amanah dianggap ringan, hanya buat kerja asal siap sudah. Adakah begini sikap sebagai seorang mukmin yang membuat kerja bagaikan melepaskan batuk tangga.

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.(al-hasyr:72)

Apatah lagi jika kita bergelar sebagai guru. Guru bukanlah hanya mengajar akademik semata mata bahkan lebih daripada itu. Guru adalah pentarbiyyah. Kerja sebagai seorang pentarbiyah bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka sebenarnya wajib membentuk individu yang mempelajari ilmu yang mentakarub kepada ALLAH. Membentuk jiwa manusia bukanlah sesuatu yang mudah yang dapat dicapai dengan sekelip mata, hanya cukup menyatakan sekali atau 2 kali selepas itu berlepas tangan.

Pengorbanan perlu dilakukan jika guru tersebut inginkan pentarbiyyahannya menghampiri kesempurnaan. Pada waktu itu, manusia akan menghukum bermacam macam andaian dan tomahan kepada orang yang ingin berkorban demi pentarbiyahan. Maksud tarbiyah disini adalah proses pembentukan individu muslim yang memahami fitrah perjuangan islam seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Lihatlah kepada Rasulullah, demi mendaulatkan islam baginda mengorbankan segala galanya yang berbentuk keduniaan.


24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

(at-taubah:24)

Antara amanah dan hubungan persaudaraan.

Apabila berlakunya persimpangan seperti ini, satu keputusan yang tepat perlu dilakukan walaupun terpaksa menggadaikan salah satu daripadanya. Jika mengikutkan hati pasti kita semua tidak mahu mengadaikan satu pun dalam keputusan kita,namun inilah reality kehidupan. Kita tidak dapat lari dari berhadapan dengan reality.

27. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (al-anfaal:27)

Walaupun terpaksa berhadapan dengan andaian, fitnah dan hukuman yang bertalu-talu daripada segenap masyarakat tidak kira hubungan dekat atau jauh, perjuangan mentarbiyah individu tidak dapat ditinggalkan.

Kesombongan vs tekanan

Masa yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru adalah lama. Selang masa ini pelbagai cabaran dan halangan peru dipatuhi walaupun terpaksa menempuh tekanan yang pelbagai. Kepentingan diri perlu dikorbankan untuk Allah dan RasulNya. Dalam perjalanan ini, kita memerlukan sokongan dan juga kepercayaan daripada orang yang memahami kita, bukanlah hentaman dan andaian yang pelbagai yang boleh mengeruhkan keadaan.

Sebagai umat islam kita tidak boleh menjadi penghukum tetapi kita perlu jadi seorang yang mendamaikan.

Saya amat berminta maaf jika selama saya berada dalam latihan praktikal ini menyingung perasaan orang. Namun percayalah agenda praktikal ini bukanlah hanya mengajar tetapi mentarbiyyah juga.

Wednesday, July 23, 2008

KEM KEPIMPINAN SEKOLAH

Kem kepimpinan merupakan kem yang dianjurkan untuk membina jati diri individu menjadi seorang pemimpin. Baru baru ini saya dipilih untuk menjadi ajk dalam sebuah kem kepimpinan yang dianjurkan oleh sebuah sekolah. Kem ini memakan masa 3hari 2 malam. Pelajar yang terlibat dalam kem tersebut mencecah 150 orang. Pada awalnya saya hanyalah pembantu dalam slot slot tertentu, namun akibat kekurangan ajk saya melantik sendiri diri saya menjadi unit pengisian dan rohani.

Saya mendapat beberapa slot yang agak penting dalam kem tersebut antaranya kuliah maghrib, kuliah subuh dan imam waktu solat dan segala kegiatan berkenaan kerohaian automatic berada di bawah saya.

Peserta sampai agak lewat juga pada hari pendaftaran, namun alhamdulillah semua pelajar dapat dikumpulkan semasa solat maghrib. Sebelum kuliah maghrib dimulakan peserta diberi taklimat program dahulu.

Kuliah maghrib disampaikan oleh saya . dan tajuk kuliah yang saya berikan pada malam itu ialah Kepimpinan Berilmu. Antara isi yang saya sentuh pada malam itu

1.setiap orang adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya oleh Allah tentang apa yang dipimpinnya. ( mafhum hadis)

2.seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan antaranya komunikasi berkesan, pengaruh yang besar, akhlak cemerlang dan pelbagai lagi.

3.Namun, perkara yang utama yang disentuh adalah komunikasi berkesan.

4.seorang pemimpin apabila bercakap perlukan kepada hujah dan dalil yang jelas dan kukuh yang mana tidak dapat dipertikaikan oleh orang lain

5.hujah dan dalil perlu juga specific dalam penghuraian sesuatu perkara yang diperbahaskan.

6.pemimpin yang berkualiti perlu bercakap atas dasar kebenaran bukanlah retorik semata mata dalam memikat orang disekitarnya contohnya Rasulullah, seorang pemimpin yang bercakap atas dasar kebenaran walaupun pada awalnya ditentang namun kebenaran tidak dapat disekat akhirnya kebanaran tersebut tersebar keseluruh dunia.

7. pemimpin yang bercakap atas dasar kebenaran perlu berani menghadapi risiko. Segala halangan dan cabaran dalam menegakkan kebenaran akan menjadikan seseorang itu hebat.

dan beberapa lagi isi yang disentuh.


Kuliah maghrib perlu diberhentikan kerana masa yang dikekang oleh tentatif program. Malam itu mereka memulakan ldk pertama mereka dan tidur pukul 1.30pagi.

Pada subuhnya, selepas menunaikan solat subuh program diteruskan dengan kuliah subuh. Tetapi yang uniknya kuliah subuh ini adalah pendengarnya semuanya muslimah kecuali penceramahnya iaitu saya kerana peserta muslimin terpaksa menyediakan diri untuk program selepas itu. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memberikan kuliah khusus berkenaan wanita. Tajuknya maruah penghias peribadi. Antara isi yang disentuh adalah:

1.maruah adalah sesuatu yang penting bagi setiap individu . tiada maruah tiadalah nilai.

2.maruah saya bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu aurat, pergaulan, dan beberapa lagi. Namun dengan masa yang diberi kebanyakan isi berkisar berkenaan aurat

3.aurat adalah perkara yang mengaibkan. Ianya perlu di jaga dengan baik dan waspada.

4.mengikut mazhab imam syafie, aurat lelaki dengan lelaki dan perempuan adalah dari pusat hingga ke lutut. Dan aurat perempuan dengan perempuan muslim juga dari puat kelutu. Namun aurat perempuan dengan perempuan non muslim dan lelaki adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

5.syarat aurat bukan hanya menutup tetapi menjaga ianya termasuklah memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan

juga terdapat beberapa isu aurat yang disentuh.

Selepas itu , peserta diminta untuk berkhidmat diri. (bersambung)

Tuesday, July 8, 2008

BERSAMA EXCO KEROHANIAN KOLEJ

Alhamulillah, semalam saya dijemput untuk memberikan sedikit pengisian disebuah kolej kediaman. pada awalnya saya tak bersedia kerana kengkangan masa yang ada. namun Allah taala memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan tugas yang berat ini.

pengisian ini semperna program usrah yang diadakan oleh jawatankuasa exco kerohanian. program ini dianjurkan khusus kepada pelajar tahun 1 . perkara pertama yang saya sentuh dalam pengisian saya adalah niat ikhlas. Niat ikhlas perkataan yang mudah diungkapkan dengan kata-kata namun perit dalam pelaksanaan. saya membacakan hadith pertama imam nawawi dalam matan arbain yang mana berkisarkan berkenaan niat. hadith ini dijadikan sumber untuk diistimbat hukum dalam usul fiqh. hadith yang memberi 1001 makna dalam kehidupan yang bergelar muslim. tidak sah solat seseorang tampa niat, tidak sah puasa tanpa niat, tidak sah haji tanpa niat.

niat yang ikhlas adalah semata-mata ditujukan kapada Allah. niat selain daripada pengabdian kepada Allah adalah sia-sia.

matlamat hidup sebagai manusia

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (54:56)

setiap perbuatan yang dimulakan dengan niat pengabdian diri kepada Allah adalah dikira sebagai ibadat. bukanlah sepertimana yang difahami oleh masyarakat sekarang. ibadat hanya solat, puasa, baca alquran dan haji. ini adalah kefahaman yang salah dan batil akibat daripada pengaruh sekularisma yang menular kedalam masyarakat sekarang. ibadat terbahagi kepada 2 iaitu ibadat umum dan ibadat khusus. ibadat umum adalah setiap perbuatan yang kita lakukan dalam seharian seperti makan, tidur, bercakap dan sebagainya,dengan syarat ia adalah dilakukan untuk mendapatkan keredhaan kepada Allah dan tidak menyalahi syarak.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.........".(2:30)

tidak lupa juga manusia diberikan sutu tugas yan cukup berat iaitu menjadi khalifah. imam mawardi menyatakan khalifah adalah orang yang mana "menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya(agama).

nilai manusia

dengan kata mudahnya hidup sebagai manusia adalah untuk memberi nilai kepada diri sendiri dan masyarakat dan keseluruhannya yang wujud di atas bumi ini. manusia yang hidup yang hanya memberi nilai kepada diri sendiri sahaja tidak akan berjaya. manusia perlu menunaikan apa yang diajar oleh al quran dan sunnah iaitu menyebarkan kasih sayang dan kerahmatan keseluruh muka bumi.

program diteruskan

selepas pengisian tersebut, program diteruskan dengan membahagikan hadirin yang berminat menyertai program mentor mentee kedalam kumpulan kecil. setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 orang mentor.

program ini satu program yang menarik yang boleh mendedahkan pelajar dengan suasana agama dan ukhwah.

terima kasih exco kerohanian! syabas!

Monday, July 7, 2008

Think Positive: Seven Ideas That Really Work

Listed below are seven ideas that really work to help you think more positive. Life is difficult, but there are things you can do to lighten your load. See if some of these don't help.

1. Teach Yourself A Lesson
In counseling this technique is called reframing. You take a bad experience and try to define what it is that you can learn from this experience that will make your life better. It is a way of turning pain to gain.

2. Interrupt Your Negative Thoughts
Research shows that if you continue to think negatively, you will feel more negative. Interrupting those thoughts and replacing them with positive memories can be extremely helpful in creating more positive energy.

3. Set Realistic Goals
Positive thinkers have learned how to meet their objectives. They set standards that are neither too high nor too low. They feel a sense of accomplishments when they complete tasks o­n their daily "to do" list. Realistic goals must be specific and they must be achievable.

4. Be Good To Yourself
You need to define those things that make you feel good and as often as you can incorporate them into your life. We know that positive reinforcement works. You need to reinforce yourself with the things that you value and enjoy.

5. Look For The Silver Lining
While it is true that negative things do happen and that there are times, when we seem to be overwhelmed by them, it is important that positive things do, in fact happen. Take time each day to write down or think about positive things that occurred in your day. It could be as simple as looking at a beautiful cloud, or hearing a song that you really enjoy.

6. Be Glad It's Not Worse
This technique simply put says, while my situation may be bad, it indeed could be worse. An example would be that you break your wrist, but that's better than being paralyzed for the rest of your life from the waist down. While sometimes our situation is as bad as it gets, usually, in most of our situations, we can find things that are worse.

7. Fake It
Charlie Chaplin o­nce said, "Smile though your heart is breaking." While it is important to get in touch with our feelings, being able to tell a joke, put a smile o­n our face, or do something that is absurdly pleasurable can help the discomfort of our lives go away.

Consider whether any of these techniques help you think more positively.

Thursday, July 3, 2008

meeting oh meeting

"ok, esok pukul 10pagi kita ada meeting ye. jangan lupa"

"meeting kita tak settle lagi ni, kita sambung hari rabu ni ye"

"malam ni meeting program, esok meeting persatuan, ingat ye"


Beginilah hidupku sepanjang berada di utm . meeting tak pernah tamat , ianya akan sentiasa bermula. namun hatiku berasa puas apabila meeting kerana banyak perkara dapat diselesaikan secara berkumpulan.

Kadang-kadang kedengaran juga ditelinga asyik meeting je kerja tak buat. bagi saya ini merupakan tanggapan yang salah. kerja tak buat bukanlah salah meeting tersebut tapi cara megurusan ahli dan sistem gerak kerja yang tak tersusun menyebabkan kerja tidak dapat dijalankan. ahli akan rasa malas untuk berkerja. tidak lupa juga ahli yang sentiasa ingin mengatasi pemimpinnya dalam keputusan yang telah ditetapkan. semua ini adalah punca kerja tak menjadi.

Rasulullah amat mengalakkan syura dalam setiap tindakan yang dilakukan tidak kira secara berkumpulan ataupun berseorangan . Terdapat juga banyak ayat berkenaan syura ini ada dibahaskan dalam al-Quran.

Ada sebahagian oarang meyalahkan meeting kerana menyebabkan akademik terabai dan disebabkan meeting jugalah kehidupannya menjadi sibuk. semua itu adalah orang yang bersifat dengan sifat reaktif. mereka menyalahkan sesuatu yang mana mereka nampak boleh menjadi hujah untuk mereka melarikan diri daripada menyumbang sesuatu untuk masyarakat dan ummah ini.

meeting yang saya sebutkan saya lebih spesifikkan kepada meeting untuk gerak kerja untuk islam. sepanjang saya berada di UTM gerak kerja islam seperti menjadi darah daging saya, kerana apa? kerana saya merasakan hidup ini tidak bermakna jika islam tidak menjadi cara hidup seluruh manusia. sebab itulah meeting menjadi-jadi, nak buat kerja bukan senang. perlu ada perancangan yang jelas dan teliti. denagn meeting inilah saya rasakan kesibukan saya terkurang keran berkongsi dengan rakan-rakan . Kerja pun jadi mudah.

mungkin orang tertanya-tanya kalu sibuk cam tu akademik tentu terabaikan? tidak, saya dah jelaskan sebelum ini meeting dan gerak kerja islam bukanlah alasan untuk kesibukan. kesibukan terjadi apabial kita mengisi masa dengan perkara yang sia-sia. Namun jika masa yang kita isi adalah berfaedah dan mendapat berkat dari ALLAH itu bukanlah kesibukan tetapi nikmat. Alhamdulillah, 4sem saya berada di utm saya dah mendapat 2kali anugerah dekan dan tak pernah bawah tiga. masa tu milik ALLAH. bacalah tafsir surah al-asr, Insyaallah.

Jadi meetinglah selalu! untuk kejayaan umat.

Wednesday, July 2, 2008

bermulanya disini

semalam dapat juga menjejak kaki di kota tinggi. Bertolak dari utm pukul 8.45 pgi dan sampai 11.00pagi. Tujuan saya ke kota tinggi adalah untuk menguruskan penempatan latihan mengajar pada sem ini. tempat persinggahan adalah sekolah menengah sains kota tinggi. yang mana sekolah yang dikatakan memegang rekod 10 sekolah asrama penuh terbaik di Malaysia. suasana sekolah tersebut lebih kurang sama je dengan sekolah biasa. saya pergi bersama 3orang sahabat lain.

semasa berada dalam kawasan sekolah, salah seorang sahabat saya terpandang banner program sekolah iaitu karnival sekolah. pelbagai aktiviti dijalankan. Namun yang terkilannya dalam banyak banyak program tu, satu pun tiada program islamic. sedih gak.

sistem pendidikan merupakan penyumbang terbesar dalam melahairkan individu yang memahami islam, namun hari ini sistem pendidikan hanya dianggap sebagai tempat melahirkan individu yang berbentuk manusia tetapi berfikiran robot. Disebabkan itulah, segala anasir anasir kuning yang wujud dalam duni globalisasi sekarang memudahkan mereka terpengaruh seperti yang diprogramkan. robot apabila diprogram kan dengan arahan tertentu tidak dapat mengenalpasti adakah ianya baik atau buruk. ini kerana sistem sekarang banyak menkankan akdemik sahaja sehingga meninggalkan komponen sahsiah dan akhlak. kajian menunjukan pelajar sekarang mengalami krisis nilai yang teruk. sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan keadaan ini.

selamatkanlah adik-adik kita, selamatkanlah saudara kita.

insyaallah dengan sedikit kefahaman yang Allah berikan. sya ingin cuba mengubah suasna tersebut dengan title saya sebagai seorang guru.

saya ingin cuba . anda bila lagi?

Monday, June 30, 2008

artikel lama

erti sebuah pengorbanan dan roh umat islam, merupakan artikel pertama dan kedua saya. ketika itu saya baru sahaja menghabiskan pengajian di matrikulasi pahang. artikel itu melambangkan kesedaran saya terhadap pentingnya hidup ini untuk memberi nilai kepada masyarakat bukan untuk diri sendiri sahaja. akhirnya saya membuat keputusan jalan hidup ini saya tukarkan daripada jalan mencari nilai diri sahaja kepada mencari nilai kehidupan sebenar.
insyaallah jika Allah memberi keluangan masa akan saya cuba menyelongkari perjalanan hidup untuk dikongsikan bersama.

ROH UMAT ISLAM




Seringkali kita mendengar pelbagai bahana telah melanda dunia umat islam. Umat islam bagaikan boneka yang dipermainkan untuk menghiburkan dunia. Yang peliknya umat islam sendiri terhibur dengan permainan boneka itu. Yang sudah pasti tukang dalangnya ialah golongan yang ingin menjatuhkan islam iaitu yahudi dan nasrani. Melalui hasutan yahudi dan nasrani inilah golongan yang lain seperti Buddha dan hindu turut berkolaborasi dengan mereka. Tidak lupa juga umat islam yang menjadi zombie mereka turut memainkan peranan yang penting dalam menjadi gunting dalam lipatan umat islam. Wah, betapa hebatnya mereka. Boneka umat islam ini dimainkan dengan perbagai jenis cerita menarik hinggakan dunia tak jemu melihat persembahan mereka. Mereka tak akan berhanti kerana ramai yang melihat persembahan mereka dan mereka mendapat untung yang lumayan. Kenapa ada umat islam ada yang jadi boneka dan ada yang jadi zombie? Bukankah umat islam itu satu? Umat islamkan dibawah satu akidah ynag sama? Kenapa umat islam menjadi boneka? Kenapa umat islam menjadi zombie? Kenapa sampai sebegitu rupa keadaan islam? Marilah kita lihat firman ALLAH dalm surah al-baqarah ayat 120:

“orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikut jalan mereka…”

Kenapa umat islam tidak menentang mereka? Sebenarnya umat islam tidak mampu sekarang. Adapun boneka yang menyedari dirinya dipermainkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Umat islam sudah kehilangan roh yang sempurna. Apakah roh umat islam? Islam lah roh mereka. Islamlah kekuatan mereka. Roh mereka tidak sempurna jika islam mereka tidak sempurna.Roh yang sempurna dapat dihasilkan dengan mengambil islam secara keseluruhan seperti firman ALLAH dalam surah al-baqarah ayat 208

“ wahai orang-orang yang beriman , masuklah ke dalam islam secara keseluruhan…”

Kesempurnaan roh akan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada pemiliknya. Pemiliknya akan mampu menghadapi segala mehnah dan tribulasi tanpa masalah. Seperti mana sahabat rasulullah dahulu, mereka tidak pernah merasa lemah di hadapan manusia dan mereka mampu menguasai dunia, islamlah yang telah memuliakan mereka dihadapan manusia kerana mereka yayin segala sesuatu yang wujud adalan datangnya dari ALLAH. Setiap cabaran dan rintangan yang mereka hadapi adalah merupakan ujian dari ALLAH yang akan menambahkan iman mereka, mematangkan mereka dan menambahkan pengertian mereka tentang hakikat kehidupan yang sebenar.

Firman ALLAH dalam surah al-imran ayat 139-142:
“ janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang beriman. Jika kamu (pada perang uhud ) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum ( kafir) itupun ( pada perang badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa( kejayaan dan kehancuran) itu.kami mempergilirkan antara manusia( agar mereka mendapat pelajaran)dan supaya ALLAH mebezakan orang-orang beriman (dengan orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-NYA (gugur sebagai) syuhada’.dan ALLAH tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar ALLAH membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang bersabar”.

Sebenarnya jelas bagi kita bawa sahabat mempunyai iman yang kental kerana mempunyai roh islam yang tinggi hasil dari tarbiyyah Rasulullah saw.

Sekarang roh umat islam semakin menghilang dan kebanyakannya sudah tiada. Inilah penyebab umat islam menjadi boneka dan zombie. Umat islam akan ikut rentak yang telah di aturkan oleh musuh islam untuk memusnahkan islam kerana tiada pegangan yang kuat. Pendoktrinan memainkan peranan penting dalam menghasilkan zombie(mayat hidup) yang akan membantu musuh islam dalam merealisasikan perencanaan mereka. Segala pebuatan dan pemikiran mereka telah dibasuh dan diprogramkan untuk mencintai dunia. Dunia adalah segalanya bagi mereka. Akhirat cuma perkataan dimulut sahaja.

Sepertimana marhum sabda Rasulullah saw, “ akan tiba satu zaman diman umat islam akan dikerumuni oleh semua bangsa di seluruh dunia, seperti mereka ingin memakan hidangan makanan. Sahabat bertanya “adakah umat islam sedikit pada waktu itu”. Rasulullah menjawab” Tidak,bahkan kamu banyak seperti buih di waktu banjir. Tetapi ALLAH telah mencabut rasa gerun dihati musuh-musuh kamu terhadap kamu dan ALLAH mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu”. Sahabat bertanya “ Apakah wahan itu ya, Rasulullah?” Rasulullah menjawab “cintakan dunia dan takutkan mati”.”

Begitulah perencanaan orang kafir dalam memusnahkan islam. Mereka menkaji setiap kelemahan umat islam. Mereka tidak pernah berhenti. Seperti yang dilihat sekarang pelabelan islam sebagai terrorist diterima oleh semua penduduk dunia temasuklah sebahagian umat islam. Umat islam sendiri yang mengecam umat islam. Roh umat islam sudah tiada. Selamatkanlah umat islam, ya ALLAH!

Dalam dunia globalisasi sekarang , sedar tak sedar umat islam sebenarnya hidup dalam lingkungan ideology-ideologi kiri dan kanan. Ideology ini telah membasuh pemikiran dan hati umat islam dalam melihat keagungan islam dan seterusnya membawa mereka kearah pemikiran materialistic yang palsu. Kemunculan idealogi ini adalah hasil dari falsafah-falsafah yang direka oleh manusia dalam membentuk sebuah masyarakat yang cemerlang mengikut acuan mereka sendiri. Penghasilan ideology ini juga disebabkan tekanan dalam msyarakat itu sendiri contohnya kongkongan pihak gereja semasa zaman gelap. Kemudian ideology ini termodifikasi dan terasimilasi dalam seluruh masyarakat dunia mengikut keadaan msyarakat tersebut contohnya kadar kapasiti penduduk di china membuatkan mereka mudah untuk menerima system komunis. Ideology-ideologi inilah telah merosakkan akal dan hati umat islam sehingga menghasilkan umat islam berbentuk boneka dan zombie. Peresapan ideology ini adalah salah satu strategi musuh islam dalam melaksanakan agendanya. Oleh itu, wajib bagi umat islam mengetahui epistemology berkenaan ideologi ini.

Umat Islam masih boleh diselamatkan, roh umat islam masih boleh dikembalikan semula kerana itulah janji ALLAH. Persoalannya adakah kita akan menjadi perintis dalam pergerakan evolusi tersebut? Ataupun kita hanya menjadi penonton sahaja? Alangkah ruginya kita jika hanya jadi penonton sahaja. Jadi marilah kita mengorak langkah dalam mempersiapkan diri kita dengan perbagai persiapan dan bekalan untuk menuju kearahnya. Dan ingatlah ALLAH selalu bersama orang-orang yang benar.

ERTI SEBUAH PENGORBANAN

ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Alhamdulillah, dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali. Sejak di alam roh kita telah berjanji dengan ALLAH untuk taat dan mengabdikan diri kepada-NYA dengan sepenuhnya, tetapi setelah dilahirkan di alam syuhada’, kita telah melupakannya. Tetapi ALLAH SWT telah mendatangkan seorang rasul dari kalangan manusia yang berat atasnya beban yang dipikulnya untuk menjadi panduan dan petunjuk kepada seluruh umat manusia mengingatkan kembali janji kita dengan ALLAH SWT supaya kita tidak mendapat azab yang pedih di hari yang kemudian dan moga–moga mendapat syurga yang penuh nikmat kebahagiaan. InsyaALLLAH.

Oleh itu, wajib atas kita percaya bahawa Islam merupakan agama yang sempurna dan diredhai oleh ALLAH. Asas bagi islam adalah akidah Islamiyyah yang didalamnya terkandung element keimanan dan ketakwaan yang menjadi dasar dalam menentukan darjat seseorang disisi ALLAH SWT. Dalam mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT, satu-satunya cara adalah melalui pengorbanan. Kita lihat dalam sirah nabawiyyah, kekuatan RASULULLAH dan para sahabat adalah didapati melalui pengorbanan dan bersusah payah dalam perjuangan dakwah. Jika ALLAH berkehendak meletakkan hidayah kepada semua manusia dimuka bumi pada waktu itu nescaya semuanya akan beriman kepada ALLAH SWT. Tetapi mengapa ALLAH SWT, meletakkan Rasulullah dan para sahabat dalam keadaan genting dan menyiksakan semasa menegakkan Islam? Ini kerana ALLAH SWT, ingin menguji mereka sepertimana firman ALLAH dalam surah al-ankabut ayat 2-3,

“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.

dan ALLAH SWT menjelaskan lagi dalam surah al imran ayat 142,

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar”.

Dengan itu, jelaslah bagi kita bahawa keimanan dan ketakwaan bukannya sesuatu yang mudah dicapai walaupun mempunyai ilmu yang menggunung tinggi. Ilmu merupakan alat untuk kita melakukan pengorbanan untuk mendapatkan keimanan dan ketakwaan yang mantap. Imam Al-ghazali menyatakan ilmu tanpa amal bagai pohon tanpa buah. Amal yang dimaksudkan boleh juga dirujuk sebagai pengorbanan.

Dunia sekarang telah banyak menipu pandangan mata dan juga pandangan hati kita. Kita sudah tidak dapat membezakan yang manakah permata dan yang manakah kaca. Justeru itu, untuk membezakan kaca dan permata ia perlu diuji dahulu dengan ujian yang teliti dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Begitulah perumpamaan bagi manusia, untuk menilai ketulenan iman seseorang ia perlu diuji. Usah bicara sebelum diuji. Sudah menjadi fitrah manusia dalam inginkan kesenangan hidup yang materialistik tetapi, ingatlah yang terbaik hanyalah disisi ALLAH seperti dalam surah al imran ayat 14-15.

“dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita-wnita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan , binatang-binatang ternak dan sawah lading, itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(syurga)”. Katakanlah: ingatlah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada ALLAH) pada sisi Tuahn mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya.

Memang tidak dinafikan manusia dilahirkan dengan fitrahnya begitu, tapi harus diingat akal adalah penimbangtara untuk menentukan apakah yang terbaik. Apabila tiba satu masa dimana kta terpaksa memilih dunia atau pun ALLAH dan Rasul-NYA, maka pada waktu itulah akal akan memberi ekspresi terhadap perkara tersebut, dan pada waktu itulah kekuatan iman dan takwa akan membantu. Sepertimana dalam al-Quran menyatakan dalam surah at-taubah ayat 24

“katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari ALLAH danRasul-NYA dan berjihadlah dijalanNYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusannya dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”.

Jelas bagi kita bahawa untuk mendapat keredhaan ALLAH bukannya sesuatu yang mudah. Kita terpaksa mengorbankan segala yang berbentuk realistik dan emperikal untuk mendapatkan dunia yang abadi. Jika diajukan soalan berkenaan adakah kita perlu mengorbankan kasih sayang ibubapa kerana Islam? Ya, perlu dimana bukan nya bermaksud kita perlu mengabaikan dan meninggalkan mereka bahkan kita perlu membahagiakan mereka dengan sebaiknya dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Tetapi kita harus faham ibubapa kita tidak fahm sepertimana yang kita faham, oleh itu kita perlu mengunakan pendekatan yang terbaik dalam meletakkan mereka pada situasi yang sesuai dalam perjalanan dakwah. Kita melakukan pengorbanan ini bukan sahaja untuk mendapat kebahagiaan diri sendiri bahkan untuk ibubapa kita seterusnya seluruh umat manusia di akhirat kelak. Berdoalah kepada yang YANG MAHA AGUNG supaya DIA memberi faham kepada umat manusia khususnya ibubapa kita sendiri sepertimana kita faham betapa pentingnya pengorbanan dalam pejuangan menegakkan Islam dan meletakkan al-Quran sebagai perlembagaan yang tertinggi. Sahabat Rasulullah, Mus’ab bin Umaiyah seorang anak seorang bangsawan, telah mengorbankan segalanya hinggakan semasa dia mati Rasulullah menangis melihat keadaannya yang memilukan, dia tidak mempunyai kain yang cukup untuk mengkafankan drinya. Ya, sahabat . mendapat redha ALLAH, cukup susah. Kadang kala kita terpaksa menjadi gharib(pelik dari manusia biasa)

Sabda dari Rasulullah saw,” islam itu datang daripad gharib(dagang) dan akan kembali gharib(dagang), maka beruntunglah bagi orang-orang yang gharib(dagang).

Adakah wajib untuk kita berjuang sehingga sebegitu rupa? Bukankah kita sudah aman? Bukankah kita dah mempunyai negara Islam? Sudah ramai orang yang bejuang kenapa mesti kita? Cukuplah dengan amal ibadat yang dibuat, kita dah lakukan tahajud setiap malam, tak cukup lagi ke? aku dah berdakwah, tak perlulah terlalu estrim sehingga mengorbankan akademik? Bukankah belajar ilmu itu satu jihad, dan aku dah berjihad melawan hawanafsu aku bukankah aku dah layak untuk syurga ALLAH?

Inilah persoalan persoalan yang akan bermain dalam minda kita yang serba dangkal ini. Kita masih belum matang dan skop pemikiran masih sempit apatah lagi mengatakan diri mengenali islam. Kita tidak melihat kepada saudara- saudara kita yang lain yang memerlukan kita untuk menyelamatkan mereka dalam gelombang maksiat , sedangkan kita masih mementingkan diri sendiri, inikah ajaran ISLAM yang dibawa oleh Rasulullah, yang ditunjukkan Rasulullah? Islam tidak akan berjaya selagi pemikiran ini masih wujud dalam minda golongan yang mengatakan mereka memahami Islam. Tepuk dada Tanya iman.

Sabda Rasulullah saw,”Tidak beriman seorang itu, jika dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.”

Pemikiran umat Islam sekarang telah dijajah oleh musuh ALLAH, kita perlu membebaskan penjajahan ini dari diri umat islam. Kita tidak mampu berseorangan dalam usaha ini , kita memerlukan teman yang memahaminya sama seperti kita memahami islam. Sahabat kita perlu bersatu, sahabat kita perlu bergabung , sahabat mari kita contohi rasulullah. Sahabat, rasulullah pun memerlukan sahabatnya untuk berjuang tetapi kenapa kita berseorangan? hebatkah kita sehingga boleh mengatasi dakwah Rasulullah.


Akhir kata, hidup sebagai hamba bukannya mudah, kita perlu terus melakukan kerja sehingga kita meninggal dunia. Semasa menbuat kerja perlulah melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh semoga tuan kita menyayangi kita. Hidup ini satu perjuangan, jika berhentinya perjuangan nescaya berhentilah hidup kita. Semoga ALLAH memberi kefahaman yang sejati kepada kita dalam mendaulatkan ISLAM.

Friday, April 25, 2008

membina nuqaba' berjiwa rabbani

MEMBINA NUQABA BERJIWA RABBANI

Surah al-Fajr : Ayat 27-30

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku.

Jiwa yang tenang adalah imlikasi bagi jiwa yang diselaputi dengan keagungan Allah SWT. Ia merupakan persediaan bagi nuqaba dalam membentuk diri yang berkesan dan boleh melahirkan generasi yang jelas fikrah Islamiyyah. Dengan itu, jelas menunjukkan nuqaba memerlukan jiwa rabbani dalam perjuangannya.

Apakah maknanya jiwa rabbani?

Konsep rabbani mempunyai makna yang sangat luas dan sangat dalam pengertiannya. Perkataan-perkataan rabbana,rabbuna,rububiyah yang berasal daripada kata akar rab semuanya merujuk kepada tuhan yang Maha Esa. Allahlah puncak sesuatu.dialah yang mentadbir dan menguasai sesuatu.

Segala sesuatu itu datangnya dari allah. Segala perbuatan terwujud kerana Allah swt. Jiwa rabbani itu adalah jiwa yang yang meletakkan keyakinan dan keimananya kepada Allah jua terpasak kukuh ketauhidan nya pada tuhan. Tiada sekutu dan tiada duanya.

Dibentuk darinya jiwa penuh keinsafan tentang adanya tuhan yang maha Esa. Yang segar hatinya dengan aliran jernih zikir zikir dan ingatan pada tuhan lalu terhasillah jiwa seorang hamba yang paling kudus. Yang sentiasa merasa kerdil dirinya dan merasa betapa perlunya dia pada tuhan. Hikmah hatinya akan terpancar tanpa perlu dipaksa-paksa. Hikmah hatinya akan mendekatkan manusia pada dirinya. Jiwa rabbani adalah jiwa yang sangat tenang dan sakinah. Daripada jiwanya, wajahnya akan cerah dan berseri seri lantaran cahaya ketaqwaan dan nur ihsannya. Dan tuhan akan memandangnya sebaga a’bd khaira. Hambanya yang baik dan berprinsip. Jiwa rabbani adalah jiwa yang kental dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Panggilan jihad adalah panggilan yang paling dirinduinya. Pengorbanan adalah kemanisan yang tak terhingga baginya. Memberinya tanpa mengharap balasan. Berjuangnya tiada sempadan dan perbatasan.

Peranan dan tanggungjawab nuqaba

Nuqaba yang menguasai jiwa rabbani perlu jelas peranan dan juga tanggung jawab mereka dalam pembentukan individu muslim yang sejati. Peranan dan tanggung jawab ini perlu dipikul dengan serius dan berkesan. Antara peranan dan tanggung jawab nuqaba ialah:


1. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjuk suri teladan yang baik kepada ahli usrah.


2. Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.


3. Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.


4. Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.


5. Memupuk ukwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.


6. Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.


7. Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.


8. Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah, program pilihanraya dan sebagainya.


10. Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.


11. Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.


12. Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.


13. Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

Hubungan nuqaba’, ahli usrah dan Allah SWT

Nuqaba perlu membentuk 2 bentuk hubungan yang utuh dalam membentuk jiwa rabbani iaitu hubungan ventrikal dan hubungan horizontal.

Hubungan ventrikal adalah hubungan diantara makhluk dan pencipta. Hubungan ini perlu diasaskan melalui kefahaman dan dalil yang jelas bukannya taklid. Oleh itu, nuqaba perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu fardu ain seperti ilmu akidah, ilmu syariat, ilmu ibadah dan ilmu tasawuf. Seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ibadat sunat perlu diperbanyakkan khususnya membaca al-quran dan qiamulail. Pengamalan begini adalah amat perlu dalam usaha mentakarub kepada Allah.

Rasulullah SAW walaupun sudah dijamin oleh Allah , baginda tetap qiamulail sehingga bengkak kakinya. Apabila ditanya oleh Aisyah r.a tentang perkara ini Rasulullah mengjawab “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”. Ibrah yang boleh diambil disini adalah nuqaba yang mana juga dikenali sebagai pentarbiyah perlu mengkayakan jiwa mereka dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah supaya setiap gerak kerja yang dilakukan dalam lingkungan keredhaan Allah. Keadaan ini sekaligus memberi kesan kepada peribadi, percakapan dan akhlak nuqaba tersebut. Dengan itu, setiap perbuatan dan percakapan nuqaba akan memberi bekas kepada ahli usrah.

Selain itu, nuqaba juga perlu mempraktikkan hubungan horizontal iaitu menghubungkan jiwa mereka dengan jiwa ahli usrah dan disatukan ke arah matlamat yang satu iaitu Allah SWT. Apabila jiwa disatukan, kekuatan sinergi akan terhasil dapat memberi kesan kepada perjuangan islam sepertimana Rasulullah menyatukan jiwa Muhajirin dan Ansar sehingga boleh mengalahkan tentara musyrikin yang berganda lebih banyak daripada tentera islam.

Penutup

Pembentukan jiwa rabbani merupakan usaha yang penting dalm melahirkan nuqaba yang berkualiti dan berkesan. Kejayaan sesuatu usrah bukanlah semata-mata ketinggian ilmu juga kepetahan bercakap tetapi ia juga berkenaan jiwa yang mengharap keredhaan ilahi.

pemikiran literal

Teknik Berfikir Secara Kreatif Dalam Pemikiran Lateral

  1. Teknik Analogi

berikan analogi terhadap sesuatu situasi atau perkara untuk menerangkan situasi tersebut. Analogi bleh dibahagikan kpd 3

i) Analogi alam

guna alam semulajadi

ii) Analogi peribadi

bayangkan situasi terjadi kpd diri

iii) Analogi fantasi

berfikir secara gila-gila (sesuatu yang tak logic, cth semut menyanyi)

  1. Teknik Idea Dominan

cari cara bagaimana kita menyorokan masalah yang berlaku

cth situasi :

dalam otak kita, suami perlu bertanggunjawab- otak akan kaku kalo kita didominasi dgn perkara ini dan xleh buat perkara lain (bermanja, bergurau senda) jadi perlu cari satu solution untuk buat perkara yang lain. Maknanya bermanja dalam masa yang sama bertanggungjawab

  1. Teknik Sonsang

Menyongsangkan situasi yang ada, cari sudut pandangan yang bertentangan untuk menerbitkan perubahan pada situasi yang ada dan adakah perubahan itu boleh digunakan dan logic atau tidak.

Cth ;

Dalam aktiviti makan. Kita guna tangan untuk makan, sonsangkan kita tidak gunakan tangan untuk makan… maka dalam situasi ini kita mencari idea kalau kita tidak menggunkan tangan bagaimana nak makan? Justeru kita mula berfikir untuk cari penyelesaian maka idea baru adalah, suruh orang suapkan, guna penyedut minuman.. kita tetap boleh makan.. maknanya dalam sesuatu hal mesti ada alternative lain.

  1. Teknik Herot Perot

terdapat 2 proses :

i) situasi yang diherot perotkan

ambil satu bahagian dari situasi yang berlaku dan lakukan perubahan supaya situasi jadi berubah

cth :

orang jual nasi lemak sebenarnya menjual komponen nasi lemak iaitu nasi, sambal bilis dan timun, ambil satu komponen dan ubah cthnya ambil sambal, penjual hanya menjual sambal dan pembeli beli nasi kat tempat lain maka situasi baru selepas teknik ini mugkin penjual nasi lemak menjual sambal kepada penjual lain yang menjual nasi lemak, maka penjual sambal menjual nasi lemak…ada korelasi dgn hujah deduktif, maka situasi ini betul setelah diubah situasi

hujah deduktif dari situasi yang telah diubah

p1 : penjual nasi lemak1 menjual sambal nasi lemak

p2 : penjual nasi lemak1 menjual sambal kpd penjual nesi lemak2

p3 : penjual nasi lemak2 menjual nasi lemak kpd orang

k : penjual nasi lemak1 menjual nasi lemak

hujah ini valid dan boleh diterima

ii) situasi yang dibesar-besarkan

membesarkan sesuatu perkara dengan alasan yang tidak logik untuk memikirkan cara bagaimana perkara ini boleh dilogikan

cth

seseorang gadis akan jadi kekasih kepada seorang lelaki. Kita perbesarkan gadis ini akan menjadi kekasih lelaki selamanya.. jadi kita akan fikir mengapa bagaimana perkara ini boleh terjadi sehingga kesimpulan yang kita buat adalah logik.

Tenik ini tidak boleh digunakan terlalu banyak dalam sesuatu situasi kerana akan menyebabkan masalah kepada otak untuk berfikir sesuatu yang gila-gila dalam sesuatu masa.

  1. Teknik Eliminasi

buang idea yang dirasakan tidak perlu

analisi perlu dilakukan :

i) dapatkan perkara dibuang sepenuhnya

ii) dapatkah perkara ini dibuang separuh

iii) apakan alternative lain untuk ganti perkara ini.

  1. Teknik Analisis Sifat

merombak struktur pemikiran yang kita gunakan sekarang (perhalusi ke akar umbi) bertujuan menerbitka idea baru yang berlainan dengan idea sekarang dalam situasi yang sama.

Cth :

Pensil, kalau difikirkan sifatnya- (kegunaan) boleh menulis sajak, karangan, melukis. (Sifat fizikal ) tajam, diperbuat dari kayu, ada pemadam.

Teknik ini adalah mengmbil salah satu sifat cthnya diperbuat dari kayu. Kayu apa? Kekerasan kayu? Kesesuaian dan jangka hayat.. bermakna ada jenis kayu yang x leh wat pensil… bermakna x semua kayu blh wat pensil, mgkin plastic ada sifat sama blh wat pensil.. plasti (idea baru)