Saturday, May 30, 2009

respon subjek teras di kurangkan

dah lama tak update blog ni. maaf ye kepada semua peminat. he.. he..

berkenaan subjek teras di kurangkan , saya berasa tidak senag hati mendengarnya. sebelum ni menteri pelajaran memeri kenyataan yang menyatakan kementerian akan mengehadkan pengambilan subjek kepada 10 subjek. saya merasakan keputusan ini diambil secara terburu-buru tanpa menyelidikan yang jelas.

apabila subjek teras dikurangkan kepada 3 atau 4 subjek pasti ada subjek yang akan dicicirkan (sebelum ni 6 subjek) . agak agak lah subjek apa yang dicicirkan tu ye??
1. b. melayu
2. b. inggeris
3. matematik
4. sejarah
5. sains
6. pendidikan islam/ moral

yang pasti, subjek bahasa (melayu dan inggeris) tidak akan digugurkan kerana bahasa melayu adalh termasuk dalm perlembagaan dan agen penyatuan rakyat , begitu juga dengan b. inggeris yang ingin diperkasakan .apatah lagi jika ingin mengetepikan matematik yang cukup penting dalam membina pemikiran dan juga pengunaan seharian manusia.

yang tinggal sekarang adalah 3 subjek yang akan fight untuk menjadi subjek teras. sata tidak kisah jika sejarah atau sains akan digugurkan . namun jika subjek pendidikan islam/moral di gugurkan daripada subjek teras. ia pasti akan mengundang masalah.

jika kita lihat bagaimana keadaan masyarakat sekarang yang kian menjauhi agama. jika pendidikan menjadi elektif, ia menunjukan pendidikan islam/moral adalah tidak penting. nak ambil atau tidak terpulang. sudah pasti dalam keadaan masyarakat seperti ini akan cuba mengambil pendidikan islam sambil lewa kerana kerajaan sendiri menjadikannya tidak penting.

harapan saya jika perancangan pengurangan subjek ini diteruslah, subjek pendidikan islam perlu kekal sebagai subjek teras, untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap agama dan akhlak. jika tidak , maaf jika saya katakan kerajaan ingin meninggalkan agama dan akhlak sebagai komponen terpenting.

subjek teras di kurangkan?????

Subjek teras dikurang
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

Calon SPM boleh ambil lebih banyak mata pelajaran elektif ikut pengkhususan

KUALA LUMPUR: Bilangan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikurangkan kepada tiga atau empat, berbanding enam sekarang selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil calon peperiksaan itu, mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengurangan subjek teras itu akan membolehkan calon SPM dalam semua aliran pendidikan, termasuk agama mengambil lebih banyak mata pelajaran elektif mengikut keperluan bidang pengkhususan dan minat masing-masing.

Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral.

"Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu.

"Ini bermakna calon masih berpeluang mengambil beberapa subjek elektif lain yang diminati tanpa perlu mengorbankan pemilihan mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau memberi contoh, calon dalam aliran sains dapat mengambil mata pelajaran elektif Biologi, Kimia, Fizik serta Matematik Tambahan dan pada masa sama boleh memilih dua atau tiga subjek lain yang di luar bidang aliran pendidikan mereka seperti Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.

Alimuddin berkata, calon dari aliran agama juga mempunyai peluang mengambil subjek yang mencukupi dalam bidang pengkhususan mereka, seperti Tasawwur Islam, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Beliau mengulas kebimbangan ibu bapa dan pelajar aliran agama mengenai kekangan untuk mengambil mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka berikutan keputusan Kementerian Pelajaran mengehadkan pengambilan maksimum 10 subjek dalam SPM yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Kebimbangan sama turut disuarakan ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Samy Vellu dalam kenyataannya semalam, meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula peraturan itu kerana berpendapat ia akan menghalang pelajar keturunan India daripada mengambil kedua-dua kertas Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil dalam peperiksaan itu.

Mengenai subjek teras yang akan dikeluarkan dan dijadikan mata pelajaran elektif, Alimuddin berkata ia masih terbuka kepada sebarang pandangan daripada pihak lain.

"Kementerian dalam peringkat akhir menambah baik keseluruhan cadangan penstrukturan semula SPM, termasuk dari segi penentuan mata pelajaran teras serta sistem penggredan peperiksaan itu, yang dijangka siap dalam satu atau dua minggu lagi.

"Apabila siap, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat profesional kementerian sebelum dibentangkan kepada Menteri Pelajaran untuk kelulusan dan sekiranya diminta Menteri Pelajaran, nota Kabinet akan turut disediakan," katanya.

Mengulas lanjut, Alimuddin menegaskan langkah mengehadkan pengambilan subjek dalam SPM tidak akan menimbulkan masalah besar kerana berdasarkan statistik, tahun lalu tidak sampai 10 peratus atau kira-kira 38,000 daripada 480,000 calon SPM mengambil lebih 10 mata pelajaran.

Beliau menasihatkan calon tidak membuat pemilihan subjek elektif secara 'caca marba' atau 'bertindih', sebaliknya menumpukan pengambilan mata pelajaran mengikut pengkhususan masing-masing berdasarkan keperluan kelulusan untuk memasuki bidang pengajian tertentu di universiti kelak.

Justeru, katanya, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) amat penting bagi menentukan kecenderungan penguasaan bidang ilmu seseorang pelajar untuk membolehkannya mengkhusus dalam aliran pendidikan berkenaan mulai Tingkatan Empat.

"Kementerian berharap ibu bapa dan pelajar memahami langkah ini (mengehadkan bilangan subjek boleh diambil calon SPM). Antara tujuannya ialah untuk mengelakkan calon mengabaikan aktiviti kokurikulum.

"Apabila mengambil terlalu banyak subjek, mereka tiada masa kerana terpaksa mengikuti tuisyen bagi mata pelajaran elektif yang tidak diajar di sekolah.

"Ada banyak aduan bahawa sistem pendidikan negara ketika ini seolah-olah terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata sedangkan konsep sebenar pendidikan ialah gabungan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai murni bagi melahirkan modal insan cemerlang," katanya.-sumber berita harian-