Monday, February 15, 2010

BERPINDAH KE BLOG BARU

SALAM, KEPADA SEMUA SIDANG PEMBACA , PENULIS BLOG INI AKAN BERTUKAR KEPADA BLOG YANG BARU UNTUK DIBERIKAN NAFAS BARU. OLEH ITU BLOG INI MENJADI ARKED UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT.

BLOG BARU: www.sagesufi.blogspot.com

Thursday, February 11, 2010

Apabila kasih sayang dan kecintaan dikhianati, apabila kesetiaan diragui, apabila jiwa dilukai

Jalan dakwah adalah jalan yang penuh dengan onak dan ranjau. Yang memerlukan kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Individu dalam perjalanan ini akan merasai pelbagai perasaan. Kadang kadang sedih, kadang kadang gembira kadang kadang kecewa, kadang kadang manis kadang kadang pahit. Semuanya akan dirasai disebabkan ini adalah sunnah dakwah itu sendiri. Disebabkan itulah ramai dikalangan yang mendakwa dirimereka sebagai pendakwah ini, cuba membina diri dengan suatu proses yang dinamakan tarbiyah. Persoalan tarbiyah merupakan persoalan penting dalam memastikan individu yang berada dijalan ini sentiasa disiapkan daripada pelbagai sudut tidak kira dari sudut akidah, rohani, mental,siasah, fizikal, emosi, Perjalanan dakwah ini akan sentiasa berubah dan berganti-ganti.

Namun apabila perjalanan dakwah ini tidak dilandaskan atas perkara yang utama dan tidak bersifat meluas dan sempit, melihat sudut yang menumpu, tidak meraikan perubahan, menyekat idealisma, terlalu focus kepada individu dan kumpulan tertentu, tidak mengutamakan apa yang utama. Lalu jalan dakwah ini menjadi medan bertempur sesama sendiri, mendengar daripada sebelah pihak dan menentang pihak yang lain walaupun satu pertalian, saling salah menyalahkan, tiada empati, semuanya persepsi. Dan akhirnya membuahkan hasil seperti dengki, rasa diri hebat, mendakwa individu atau kumpulan yang lain memecah belahkan kesatuan, tidak mahu mengaku salah dan pelbagai lagi penyakit hati. Semuanya ini dibuat secara halus dan dibelakang tanpa ada perbincangan yang matang. Jika adapun ianya agak terlewat dan telah menghasilkan kesan yang melibatkan maruah individu lain.


Apabila kasih sayang dan kecintaan dikhianati,

Sebelum seseorang itu matang dalam jalan dakwah ini, mereka akan ditempatkan didalam suatu proses yang dipanggil usrah. Ada seorang individu bertanggung jawab menjaga ahli dalam usrah tersebut yang dipanggil sebagai naqib. Naqib itu amat sayang dan banggakan akan ahli usrahnya. Sehinggakan dimana sahaja naqib tersebut sentiasa menceritakan berkenaan kehebatan ahli usrahnya. naqib sentiasa menharapkan ahli usrahnya lebih hebat dan lebih baik daripada dirinya. Sentiasa mendoakan mereka.

Jika ada yang menpertikaikan ahli usrahnya, naqib akan mempertahankan mereka. Naqib tidak pernah mengharapkan apa apa balasan hanya ingin melihat ahli usrahnya menjadi perjuang islam yang hebat yang boleh menjadi sebahagian daripada rantai perjuangan dakwah. Naqib tidak mengharap dipuji dan dihargai tetapi mengharapkan keterikatan hati. Naqib tidak pernah mengadu tidak cukup masa dan ruang, kerana naqib akan sentiasa mencari masa untuk ahlinya. Kerana dia merasakan ahli usrahnya seperti adik yang perlu dibimbing dan diberikan peluang.

Jika ada yang bersangka buruk dan menuduh ahli usrahnya dengan bermacam tuduhan, naqib tersebut akan mempertahankan mereka dengan maruah naqib sendiri.
Namun apabila mereka sudah berada diperingkat matang dalam jalan dakwah, sebahagiannya sudah tidak lagi merasakan perasaan yang sama, jika naqib mereka mempunyai masalah, mereka tidak pernah cuba menolong dan memahami naqib, bahkan ada yang menyebabkan naqib semakin tersungkur. Walaupun sebelum itu, naqib sentiasa mengorbankan perasaan mereka dengan karenah anak usrah yang perbagai, walaupun banyak kali perkataan-perkataan ahli usrahnya melukakan hati naqibnya. Naqib sentiasa bersangka baik dengan menenangkan hati dengan menyatakan kepada hatinya “takperlulah ambil hati, mereka tidak memaksudkan apa yang aku faham”, dan terus melupakannya. Mereka tidak datang bertanyakan dengan baik apabila mereka terdengar suatu yang buruk melanda naqib. Sedangkan naqib dahulu sentiasa risau tentang mereka walaupun tidak ditunjukkan dengan riak muka. Naqib tidak kisah menangis seorang diri untuk kegembiraan ahli usrahnya. Kerana naqib mempunyai prinsip “ sekali kamu menjadi ahli usrah ku, selama- lamanya kamu adalah ahli usrahku, aku akan menjaga kamu dengan baik walaupun tidak bersama”.


Apabila kesetiaan diragui,

“Saya hendak melahirkan generasi selepas ini lebih baik dari saya dalam jalan dakwah ini, saya tidak mahu mereka mengulangi kesilapan yang pernah saya buat. Saya nak mereka mencapai kemenangan dalam jalan dakwah mereka walaupun waktu saya tidak dapat.” Itu merupakan ungkapan yang disemat dalam hati naqib kepada generasi baru. Pengalaman naqib hendak naqib sampaikan kepada mereka supaya mereka boleh menggerakkan dakwah dengan lebih baik.

Namun, apabila naqib berbuat sesuatu yang dirasakan berbeza dengan sebelum ini, mereka memandang enteng. Sedangkan naqib berbuat atas pengalaman yang ada. Dalam kesatuan naqib akan sentiasa taat dalam jalan dakwah ini. Naqib tidak pernah terfikir hendak meruntuhkan kesetiaan naqib dalam menggerakkan dakwah. Naqib pernah menyampaikan hasratnya untuk melakukan perubahan itu, nanum naqib tidak tahu adakah generasi baru mendengar hasrat tersebut. Naqib menjalankan tugas dalam proses tarbiyah dan naqib cuba bersuara juga, tetapi berlaku suatu yang tidak diingini. Naqib pernah mengorbankan masa , tenaga, wang ringit, ibu bapa yang sakit dirumah , adik yang inginkan kasing sayang abangnya, semata mata ingin memastikan proses tarbiyah dijalankan walaupun pelbagai rintangan dilalui. Kesetiaan yang yang mana dipertikaikan dalm jalan dakwah ini. Naqib hanya inginkan yang terbaik untuk mereka kenapa tidak mahu empati kenapa perlu persepsi? Lalu naqib menceritakan tentang hasratnya kepada orang lain untuk memastikan hasratnya itu tidak hilang dari pemikiran, kerana naqib rasa itulah yang terbaik. Ia merupakan idea yang terhasil daripada pengalaman, mengamatan, kajian, ilmu dan kesedaran. Tetapi idea ini disalah faham. Sedangkan idea ini adalah kerana kecintaan naqib terhadap perjuangan. naqib tidak berharap untuk mengikut cara pemikiran naqib tetapi hanya hendak difahami. jangan salahkan naqib.

Air mata tetap mengalir walaupun naqib seorang lelaki

Apabila jiwa dilukai???????

Penulisan diatas merupakan rumusan daripada sebuah buku yang berjudul “aku naqibmu”. Saya mengharapkan kepada sidang pembaca boleh memberikan komen terhadap penulisan ini.

Friday, January 22, 2010

menulis???

Sudah saya tidak mencoretkan sesuatu diatas sawang ni. Bukanlah diseabkan sibuk sangat tetapi berfikir panjang. Setiap kali hendak meletakakn sesuatu huruf atau perkataan saya menilai kembali , adakah perlu perkataan ini diletakan? Apakah kesannya kepada pemikiran pembaca? Banyak persoalan yang bermain dalam pemikiran saya setiap kali hendak menulis. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Mungkin sesetengah orng berpendapat menulis ini , asal dapat point dan ada isi yang hendak ditulis maka teruskan menulis. Tetapi tidak bagi saya, saya sentiasa berfikir perlu ke saya menulis perkara ini dan perkara itu. Saya amat takut jika saya menulis tentang sesuatu masih banyk perkara yang terlepas pandang dan tidak menghasilkan kesan yang patutnya atas kejahilan diri ini.

Saya juga hendak jadi seperti sesetengah orang yang berani dan pantas dalam merespon isu. Saya juga hendak jadi seorang yang memberikan fakta yang hebat dan menarik. Namun apakan daya kejahilan lebih menguasai diri ini.

Carilah ilmu……

Monday, December 21, 2009

Diskusi Buku 2 –As Sirah An-Nabawiyah (Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi) Bahagian 1

Sirah Rasulullah merupakan sejarah kehidupan Rasulullah yang banyak dinukilkan oleh para ulama dengan belbagai bentuk penceritaan . Ada sesetengah kitab menghuraikan sirah dari sudut sejarah dan berfakta seperti kitab ar-raheeq al- makhtum dan Rasul Ulul Azmi Nabi Muhammad saw, ada yang menghuraikan mengikut ijtihad politik dan perjuangan seperti fiqh harakah dan fiqh sirah, ada yang menghuraikan dari sudut teladan pedoman umum dan pelbagai lagi.Disebabkan itulah, bagi saya pembacaan dan analisis buku-buku sirah perlu diperluaskan lagi disebabkan sirah merupakan salah satu tunjang didalam Islam. Nubuwah merupakan salah satu cabang dalam usul akidah. Oleh itu, wajib atas setiap umat islam mengenali kisah hidup dan perjuangan serta mencintai Rasulullah. Tidak dilupakan seharusnya pembacaan buku sirah perlu ditalaqi bersama-sama ustaz yang ‘ahli’nya supaya kefahaman berkenaan sirah tidak dipengaruhi oleh firqah-firqah yang bukan daripada Ahli sunnah wal Jamaah seperti Syiah.

Baru-baru ini saya sudah menghabiskan satu lagi kitab sirah yang agak hebat dan menarik iaitu buku Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi yang bertajuk As-Sirah An-Nabawiyah. Beliau menghuraikan sirah melalui kaca mata al-quran dan menyentuh juga berkenaan isu-isu kontroversi berkenaan sirah nabawiyah. Buku ini merupakan himpunan artikel, kuliah, ceramah dan dialog umum oleh Syeikh Muhammad. Buku ini boleh dikatakan hasil suatu usaha dan proses yang amat rumit melalui penlitian, pengkajian dan dokumentasi.

Jika saya hendak mendiskusikan semua isi yang ada dalam buku yang setebal 570 muka surat ini, nescaya saya akan menulis satu lagi buku yang baru. Jadi saya akan huraikan pembacaan saya secara umum dan mengambil perhatian kepada isi-isi penting yang perlu dikongsikan bersama. Saya akan diskusi lebih kepada pengajaran yang dibentangkan dalam buku ini. Oleh itu, keterangan berbentuk fakta akan saya kurangkan, kerana fakta berkenaan sirah ini kebanyakan boleh dibaca daripada pelbagai buku sirah yang ada di pasaran.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam buku ini adalah berkenaan kelahiran rasulullah. Segala perkara berkenaan rasulullah telah disebut lama di dalam kitab kitab sebelum ini seperti kitab injil dan taurat walaupun sebahagian besar dalam kitab tersebut telah diselewangkan. Keadaan masyarakat jahiliyah sebelum kelahiran rasulullah amat teruk dan menjijikan. Namun ALLAH memilih Mekah sebagai tempat yang terbaik untuk dilahirkan padanya seorang Rasul yang memberi rahmat di sekelian alam. Ulama banyak membahaskan berkenaan sebab-sebab rasulullah dilahirkan dimekah dengan penuh ilmiah dan berdasrkan dalil aqli serta naqli antaranya pemikiran masyarakat mekah tidak dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran falsafah dan ketuhanan yang memeningkan seperti ketamadunan yunani .

Semasa kelahiran rasulullah juga terdapat pelbagai peristiwa yang amat mengagumkan den pelik pada pemikiran manusia seperti terpadamnya api parsi yang tidak pernah padam beratus tahun dan dan pelbagai lagi. Namun untuk menceritakan berkenaan kisah dan peristiwa kelahiran Rasulullah saya lebih suka untuk merujuk kepada kitab barzanji yang menceritakan secara teliti dan menyeluruh. Kitab tersebut amat baik dipelajari oleh setiap muslim secara bertalaqi.

Saya rasa cukup dulu diskusi untuk kali ini. Mungkin diskusi ini masih banyak yang boleh dibahaskan dan ditampung oleh semua. Jadi saya harap dibahagian komen pembaca sekalian boleh menambah isi dan memantapkan lagi perbincangan kita. Nanti dibahagian lain saya akan menambahnya kemudian.

Monday, November 30, 2009

kekeliruan dalam akidah

ulasan saya: sekarang ini kita berhadapan dengan isu akidah yang cukup memeningkan. dan ianya berlaku banyak dikalangan golongan yang membawa dakwah tidak kira di kampus atau di luar kampus. maaf bagi semua jika saya mangatakan bahawa golongan dakwah kampus berdawah dengan keadaan tidak jelas berkenaan akidah. bagaimana hendak kita betulkan perkara ini. nescaya jawapannya carilah ilmu dengan ahlinya(yakni guru yang memang menyelami dalam bidang usuludin dan mempunyai sanad yang benar dan sahih lagi jelas). bagi saya pendakwah di kampus perlulah mencari jalan yang terbaik supaya tidak jatuh kedalam kekeliruan akidah kerana pendakwah kampus adalah pejuang akidah. artikel dibawah bukanlah untuk melabelkan sebagian golongan(kecuali jelas golongan tersebut dengan apa yang dibawanya)tetapi untuk menjadi pencerahan minda untuk kita semua dalam mencari kebenaran.


Tulisan 'Bahaya Taklid Dalam Akidah' ini ditulis oleh Dr Asmadi Mohamed Naim (UUM) sila rujuk Utusan Malaysia 25 November 2009 (klik sini). Saya harap ia dapat dimengertikan oleh ramai pembaca Insya-Allah.

APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.

Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.

Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?

Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (al-Zukhruf: 87).

Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).

Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. (al-Zukhruf: 88).

Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.

Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?

Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.

Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?

Maka saya berkata: "Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.

"Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).

Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!

Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.

Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma'mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M'tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.

Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan 'fitnah al-Quran itu makhluk' yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.

Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy'ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).

Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.

Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy'ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.

Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).

Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.

Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: "Wujud maksud ada, lawannya tiada.... akhirnya semuanya tiada".

Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.

Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.

Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?

Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.

Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.

Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.

Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).

Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).

Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.

Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-'ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.