Monday, July 28, 2008

praktikal atau latihan

“Sufi, kamu dah sombong sekarang ye”

“Tu baru prktikal dah sombong, kalu dah kerja lagi sombong.”

“Tu baru sikit kalu dah beri kuasa, pangkat lagi teruk”

Inilah kata kata yang saya terima selepas seminggu berpraktikal sebagai seorang guru. Kata kata tersebut cukup pedas dan berbisa. Adakah kata kata ini perlu dibalas dengan emosi ataupun dengan logic akal. Emosi bisa menghancurkan diri namun logic akal bisa di katakan sembang kemas. Praktikal sebagai seorang guru mungkin dipandang mudah bagi sesebahagian orang, namun bagi diri yang merasainya mungkin boleh menjadi marah dan sedih apabila kata kata sebegitu dilemparkan tanpa sebab dan kajian yang teliti.

Amanah

Bagi sebahagian orang mungkin amanah dianggap ringan, hanya buat kerja asal siap sudah. Adakah begini sikap sebagai seorang mukmin yang membuat kerja bagaikan melepaskan batuk tangga.

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.(al-hasyr:72)

Apatah lagi jika kita bergelar sebagai guru. Guru bukanlah hanya mengajar akademik semata mata bahkan lebih daripada itu. Guru adalah pentarbiyyah. Kerja sebagai seorang pentarbiyah bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka sebenarnya wajib membentuk individu yang mempelajari ilmu yang mentakarub kepada ALLAH. Membentuk jiwa manusia bukanlah sesuatu yang mudah yang dapat dicapai dengan sekelip mata, hanya cukup menyatakan sekali atau 2 kali selepas itu berlepas tangan.

Pengorbanan perlu dilakukan jika guru tersebut inginkan pentarbiyyahannya menghampiri kesempurnaan. Pada waktu itu, manusia akan menghukum bermacam macam andaian dan tomahan kepada orang yang ingin berkorban demi pentarbiyahan. Maksud tarbiyah disini adalah proses pembentukan individu muslim yang memahami fitrah perjuangan islam seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Lihatlah kepada Rasulullah, demi mendaulatkan islam baginda mengorbankan segala galanya yang berbentuk keduniaan.


24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

(at-taubah:24)

Antara amanah dan hubungan persaudaraan.

Apabila berlakunya persimpangan seperti ini, satu keputusan yang tepat perlu dilakukan walaupun terpaksa menggadaikan salah satu daripadanya. Jika mengikutkan hati pasti kita semua tidak mahu mengadaikan satu pun dalam keputusan kita,namun inilah reality kehidupan. Kita tidak dapat lari dari berhadapan dengan reality.

27. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (al-anfaal:27)

Walaupun terpaksa berhadapan dengan andaian, fitnah dan hukuman yang bertalu-talu daripada segenap masyarakat tidak kira hubungan dekat atau jauh, perjuangan mentarbiyah individu tidak dapat ditinggalkan.

Kesombongan vs tekanan

Masa yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru adalah lama. Selang masa ini pelbagai cabaran dan halangan peru dipatuhi walaupun terpaksa menempuh tekanan yang pelbagai. Kepentingan diri perlu dikorbankan untuk Allah dan RasulNya. Dalam perjalanan ini, kita memerlukan sokongan dan juga kepercayaan daripada orang yang memahami kita, bukanlah hentaman dan andaian yang pelbagai yang boleh mengeruhkan keadaan.

Sebagai umat islam kita tidak boleh menjadi penghukum tetapi kita perlu jadi seorang yang mendamaikan.

Saya amat berminta maaf jika selama saya berada dalam latihan praktikal ini menyingung perasaan orang. Namun percayalah agenda praktikal ini bukanlah hanya mengajar tetapi mentarbiyyah juga.

No comments: