Thursday, July 3, 2008

meeting oh meeting

"ok, esok pukul 10pagi kita ada meeting ye. jangan lupa"

"meeting kita tak settle lagi ni, kita sambung hari rabu ni ye"

"malam ni meeting program, esok meeting persatuan, ingat ye"


Beginilah hidupku sepanjang berada di utm . meeting tak pernah tamat , ianya akan sentiasa bermula. namun hatiku berasa puas apabila meeting kerana banyak perkara dapat diselesaikan secara berkumpulan.

Kadang-kadang kedengaran juga ditelinga asyik meeting je kerja tak buat. bagi saya ini merupakan tanggapan yang salah. kerja tak buat bukanlah salah meeting tersebut tapi cara megurusan ahli dan sistem gerak kerja yang tak tersusun menyebabkan kerja tidak dapat dijalankan. ahli akan rasa malas untuk berkerja. tidak lupa juga ahli yang sentiasa ingin mengatasi pemimpinnya dalam keputusan yang telah ditetapkan. semua ini adalah punca kerja tak menjadi.

Rasulullah amat mengalakkan syura dalam setiap tindakan yang dilakukan tidak kira secara berkumpulan ataupun berseorangan . Terdapat juga banyak ayat berkenaan syura ini ada dibahaskan dalam al-Quran.

Ada sebahagian oarang meyalahkan meeting kerana menyebabkan akademik terabai dan disebabkan meeting jugalah kehidupannya menjadi sibuk. semua itu adalah orang yang bersifat dengan sifat reaktif. mereka menyalahkan sesuatu yang mana mereka nampak boleh menjadi hujah untuk mereka melarikan diri daripada menyumbang sesuatu untuk masyarakat dan ummah ini.

meeting yang saya sebutkan saya lebih spesifikkan kepada meeting untuk gerak kerja untuk islam. sepanjang saya berada di UTM gerak kerja islam seperti menjadi darah daging saya, kerana apa? kerana saya merasakan hidup ini tidak bermakna jika islam tidak menjadi cara hidup seluruh manusia. sebab itulah meeting menjadi-jadi, nak buat kerja bukan senang. perlu ada perancangan yang jelas dan teliti. denagn meeting inilah saya rasakan kesibukan saya terkurang keran berkongsi dengan rakan-rakan . Kerja pun jadi mudah.

mungkin orang tertanya-tanya kalu sibuk cam tu akademik tentu terabaikan? tidak, saya dah jelaskan sebelum ini meeting dan gerak kerja islam bukanlah alasan untuk kesibukan. kesibukan terjadi apabial kita mengisi masa dengan perkara yang sia-sia. Namun jika masa yang kita isi adalah berfaedah dan mendapat berkat dari ALLAH itu bukanlah kesibukan tetapi nikmat. Alhamdulillah, 4sem saya berada di utm saya dah mendapat 2kali anugerah dekan dan tak pernah bawah tiga. masa tu milik ALLAH. bacalah tafsir surah al-asr, Insyaallah.

Jadi meetinglah selalu! untuk kejayaan umat.

2 comments:

Anonymous said...

salam alaika..
betul apa yg anta katakan..sy setuju..yg pling pnting, niat kita mesti betul..dan spt yg terkndung dlm surah al-asr,berpesan2lah tentang kebenaran &kesabaran..kdang2 dlm meeting pun, bleh bertekak & perlukan kesabaran..nak2 klu jd ketua..^_^..wassalam..
p/s:tahniah & alhamdulillah, anta dpt dekan..smg jd seorang muslim yg berjaya dunia&akhirat..amiin..

Miss X said...

salam abg sufi.

Tulisan yg bagus. Jarang jmpe blogger lelaki yg mementingkan tatabahasa dan susunan perkataan dlm blogging. Kemas!!

Sangat jeles dgn abg sufi, sibuk, tp pandai urus masa. Syi ni, masih banyak yg kne belajar. Banyak belajar takpe, tp terlalu lame blajar, tu yg masalah tu. Tunggang langgang jd nye.

Tahniah cz dapat dekan. Hebat2 org Lauz nih.. Huih..

Nnti bile2 ajak la kami ke utm. Walaupun dh diarahkan buat uskam sndri kat uthm, tp rsenye we still have the bond aight? ;)