Tuesday, July 8, 2008

BERSAMA EXCO KEROHANIAN KOLEJ

Alhamulillah, semalam saya dijemput untuk memberikan sedikit pengisian disebuah kolej kediaman. pada awalnya saya tak bersedia kerana kengkangan masa yang ada. namun Allah taala memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan tugas yang berat ini.

pengisian ini semperna program usrah yang diadakan oleh jawatankuasa exco kerohanian. program ini dianjurkan khusus kepada pelajar tahun 1 . perkara pertama yang saya sentuh dalam pengisian saya adalah niat ikhlas. Niat ikhlas perkataan yang mudah diungkapkan dengan kata-kata namun perit dalam pelaksanaan. saya membacakan hadith pertama imam nawawi dalam matan arbain yang mana berkisarkan berkenaan niat. hadith ini dijadikan sumber untuk diistimbat hukum dalam usul fiqh. hadith yang memberi 1001 makna dalam kehidupan yang bergelar muslim. tidak sah solat seseorang tampa niat, tidak sah puasa tanpa niat, tidak sah haji tanpa niat.

niat yang ikhlas adalah semata-mata ditujukan kapada Allah. niat selain daripada pengabdian kepada Allah adalah sia-sia.

matlamat hidup sebagai manusia

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (54:56)

setiap perbuatan yang dimulakan dengan niat pengabdian diri kepada Allah adalah dikira sebagai ibadat. bukanlah sepertimana yang difahami oleh masyarakat sekarang. ibadat hanya solat, puasa, baca alquran dan haji. ini adalah kefahaman yang salah dan batil akibat daripada pengaruh sekularisma yang menular kedalam masyarakat sekarang. ibadat terbahagi kepada 2 iaitu ibadat umum dan ibadat khusus. ibadat umum adalah setiap perbuatan yang kita lakukan dalam seharian seperti makan, tidur, bercakap dan sebagainya,dengan syarat ia adalah dilakukan untuk mendapatkan keredhaan kepada Allah dan tidak menyalahi syarak.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.........".(2:30)

tidak lupa juga manusia diberikan sutu tugas yan cukup berat iaitu menjadi khalifah. imam mawardi menyatakan khalifah adalah orang yang mana "menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya(agama).

nilai manusia

dengan kata mudahnya hidup sebagai manusia adalah untuk memberi nilai kepada diri sendiri dan masyarakat dan keseluruhannya yang wujud di atas bumi ini. manusia yang hidup yang hanya memberi nilai kepada diri sendiri sahaja tidak akan berjaya. manusia perlu menunaikan apa yang diajar oleh al quran dan sunnah iaitu menyebarkan kasih sayang dan kerahmatan keseluruh muka bumi.

program diteruskan

selepas pengisian tersebut, program diteruskan dengan membahagikan hadirin yang berminat menyertai program mentor mentee kedalam kumpulan kecil. setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 orang mentor.

program ini satu program yang menarik yang boleh mendedahkan pelajar dengan suasana agama dan ukhwah.

terima kasih exco kerohanian! syabas!

No comments: