MEMBINA NUQABA BERJIWA RABBANI
Surah al-Fajr : Ayat 27-30
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku.
Jiwa yang tenang adalah imlikasi bagi jiwa yang diselaputi dengan keagungan Allah SWT. Ia merupakan persediaan bagi nuqaba dalam membentuk diri yang berkesan dan boleh melahirkan generasi yang jelas fikrah Islamiyyah. Dengan itu, jelas menunjukkan nuqaba memerlukan jiwa rabbani dalam perjuangannya.
Apakah maknanya jiwa rabbani?
Konsep rabbani mempunyai makna yang sangat luas dan sangat dalam pengertiannya. Perkataan-perkataan rabbana,rabbuna,rububiyah yang berasal daripada kata akar rab semuanya merujuk kepada tuhan yang Maha Esa. Allahlah puncak sesuatu.dialah yang mentadbir dan menguasai sesuatu.
Segala sesuatu itu datangnya dari allah. Segala perbuatan terwujud kerana Allah swt. Jiwa rabbani itu adalah jiwa yang yang meletakkan keyakinan dan keimananya kepada Allah jua terpasak kukuh ketauhidan nya pada tuhan. Tiada sekutu dan tiada duanya.
Dibentuk darinya jiwa penuh keinsafan tentang adanya tuhan yang maha Esa. Yang segar hatinya dengan aliran jernih zikir zikir dan ingatan pada tuhan lalu terhasillah jiwa seorang hamba yang paling kudus. Yang sentiasa merasa kerdil dirinya dan merasa betapa perlunya dia pada tuhan. Hikmah hatinya akan terpancar tanpa perlu dipaksa-paksa. Hikmah hatinya akan mendekatkan manusia pada dirinya. Jiwa rabbani adalah jiwa yang sangat tenang dan sakinah. Daripada jiwanya, wajahnya akan cerah dan berseri seri lantaran cahaya ketaqwaan dan nur ihsannya. Dan tuhan akan memandangnya sebaga a’bd khaira. Hambanya yang baik dan berprinsip. Jiwa rabbani adalah jiwa yang kental dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Panggilan jihad adalah panggilan yang paling dirinduinya. Pengorbanan adalah kemanisan yang tak terhingga baginya. Memberinya tanpa mengharap balasan. Berjuangnya tiada sempadan dan perbatasan.
Peranan dan tanggungjawab nuqaba
Nuqaba yang menguasai jiwa rabbani perlu jelas peranan dan juga tanggung jawab mereka dalam pembentukan individu muslim yang sejati. Peranan dan tanggung jawab ini perlu dipikul dengan serius dan berkesan. Antara peranan dan tanggung jawab nuqaba ialah:
1. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjuk suri teladan yang baik kepada ahli usrah.
2. Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.
3. Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.
4. Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.
5. Memupuk ukwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.
6. Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.
7. Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.
8. Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah, program pilihanraya dan sebagainya.
10. Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.
11. Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.
12. Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.
13. Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.
Hubungan nuqaba’, ahli usrah dan Allah SWT
Nuqaba perlu membentuk 2 bentuk hubungan yang utuh dalam membentuk jiwa rabbani iaitu hubungan ventrikal dan hubungan horizontal.
Hubungan ventrikal adalah hubungan diantara makhluk dan pencipta. Hubungan ini perlu diasaskan melalui kefahaman dan dalil yang jelas bukannya taklid. Oleh itu, nuqaba perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu fardu ain seperti ilmu akidah, ilmu syariat, ilmu ibadah dan ilmu tasawuf. Seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ibadat sunat perlu diperbanyakkan khususnya membaca al-quran dan qiamulail. Pengamalan begini adalah amat perlu dalam usaha mentakarub kepada Allah.
Rasulullah SAW walaupun sudah dijamin oleh Allah , baginda tetap qiamulail sehingga bengkak kakinya. Apabila ditanya oleh Aisyah r.a tentang perkara ini Rasulullah mengjawab “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”. Ibrah yang boleh diambil disini adalah nuqaba yang mana juga dikenali sebagai pentarbiyah perlu mengkayakan jiwa mereka dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah supaya setiap gerak kerja yang dilakukan dalam lingkungan keredhaan Allah. Keadaan ini sekaligus memberi kesan kepada peribadi, percakapan dan akhlak nuqaba tersebut. Dengan itu, setiap perbuatan dan percakapan nuqaba akan memberi bekas kepada ahli usrah.
Selain itu, nuqaba juga perlu mempraktikkan hubungan horizontal iaitu menghubungkan jiwa mereka dengan jiwa ahli usrah dan disatukan ke arah matlamat yang satu iaitu Allah SWT. Apabila jiwa disatukan, kekuatan sinergi akan terhasil dapat memberi kesan kepada perjuangan islam sepertimana Rasulullah menyatukan jiwa Muhajirin dan Ansar sehingga boleh mengalahkan tentara musyrikin yang berganda lebih banyak daripada tentera islam.
Penutup
Pembentukan jiwa rabbani merupakan usaha yang penting dalm melahirkan nuqaba yang berkualiti dan berkesan. Kejayaan sesuatu usrah bukanlah semata-mata ketinggian ilmu juga kepetahan bercakap tetapi ia juga berkenaan jiwa yang mengharap keredhaan ilahi.
No comments:
Post a Comment