Wednesday, July 30, 2008

penghayatan isra' mikraj

PERISTIWA Israk dan Mikraj mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan umat Islam teladan bagi menimbulkan keinsafan dalam diri untuk ke arah kebaikan. Di antara pengajaran itu ialah:l Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis dan dibawa menghadap ke hadrat-Nya di Sidratul Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam.Ini kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.

Sebelum Rasulullah diIsrakkan, baginda menjalani suatu 'pembedahan' untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah.

Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan manakala yang lain kekal dalam kemaksiatan. Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa dikerjakan.

Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah serta umatnya iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga.

Rasulullah memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril. Ini jelas menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah.

Beberapa tempat yang disinggahi Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat itu.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini.

Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah ketika mengdadap-Nya.

Kejadian yang berlaku perlu diperhalusi oleh umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan mereka di samping melakukan muhasabah diri untuk mengubah akhlak ke arah kebaikan dengan mengambil pengajaran daripada kebesaran dan keajaiban yang berlaku ketika peristiwa itu.

Monday, July 28, 2008

praktikal atau latihan

“Sufi, kamu dah sombong sekarang ye”

“Tu baru prktikal dah sombong, kalu dah kerja lagi sombong.”

“Tu baru sikit kalu dah beri kuasa, pangkat lagi teruk”

Inilah kata kata yang saya terima selepas seminggu berpraktikal sebagai seorang guru. Kata kata tersebut cukup pedas dan berbisa. Adakah kata kata ini perlu dibalas dengan emosi ataupun dengan logic akal. Emosi bisa menghancurkan diri namun logic akal bisa di katakan sembang kemas. Praktikal sebagai seorang guru mungkin dipandang mudah bagi sesebahagian orang, namun bagi diri yang merasainya mungkin boleh menjadi marah dan sedih apabila kata kata sebegitu dilemparkan tanpa sebab dan kajian yang teliti.

Amanah

Bagi sebahagian orang mungkin amanah dianggap ringan, hanya buat kerja asal siap sudah. Adakah begini sikap sebagai seorang mukmin yang membuat kerja bagaikan melepaskan batuk tangga.

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.(al-hasyr:72)

Apatah lagi jika kita bergelar sebagai guru. Guru bukanlah hanya mengajar akademik semata mata bahkan lebih daripada itu. Guru adalah pentarbiyyah. Kerja sebagai seorang pentarbiyah bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka sebenarnya wajib membentuk individu yang mempelajari ilmu yang mentakarub kepada ALLAH. Membentuk jiwa manusia bukanlah sesuatu yang mudah yang dapat dicapai dengan sekelip mata, hanya cukup menyatakan sekali atau 2 kali selepas itu berlepas tangan.

Pengorbanan perlu dilakukan jika guru tersebut inginkan pentarbiyyahannya menghampiri kesempurnaan. Pada waktu itu, manusia akan menghukum bermacam macam andaian dan tomahan kepada orang yang ingin berkorban demi pentarbiyahan. Maksud tarbiyah disini adalah proses pembentukan individu muslim yang memahami fitrah perjuangan islam seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Lihatlah kepada Rasulullah, demi mendaulatkan islam baginda mengorbankan segala galanya yang berbentuk keduniaan.


24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

(at-taubah:24)

Antara amanah dan hubungan persaudaraan.

Apabila berlakunya persimpangan seperti ini, satu keputusan yang tepat perlu dilakukan walaupun terpaksa menggadaikan salah satu daripadanya. Jika mengikutkan hati pasti kita semua tidak mahu mengadaikan satu pun dalam keputusan kita,namun inilah reality kehidupan. Kita tidak dapat lari dari berhadapan dengan reality.

27. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (al-anfaal:27)

Walaupun terpaksa berhadapan dengan andaian, fitnah dan hukuman yang bertalu-talu daripada segenap masyarakat tidak kira hubungan dekat atau jauh, perjuangan mentarbiyah individu tidak dapat ditinggalkan.

Kesombongan vs tekanan

Masa yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru adalah lama. Selang masa ini pelbagai cabaran dan halangan peru dipatuhi walaupun terpaksa menempuh tekanan yang pelbagai. Kepentingan diri perlu dikorbankan untuk Allah dan RasulNya. Dalam perjalanan ini, kita memerlukan sokongan dan juga kepercayaan daripada orang yang memahami kita, bukanlah hentaman dan andaian yang pelbagai yang boleh mengeruhkan keadaan.

Sebagai umat islam kita tidak boleh menjadi penghukum tetapi kita perlu jadi seorang yang mendamaikan.

Saya amat berminta maaf jika selama saya berada dalam latihan praktikal ini menyingung perasaan orang. Namun percayalah agenda praktikal ini bukanlah hanya mengajar tetapi mentarbiyyah juga.

Wednesday, July 23, 2008

KEM KEPIMPINAN SEKOLAH

Kem kepimpinan merupakan kem yang dianjurkan untuk membina jati diri individu menjadi seorang pemimpin. Baru baru ini saya dipilih untuk menjadi ajk dalam sebuah kem kepimpinan yang dianjurkan oleh sebuah sekolah. Kem ini memakan masa 3hari 2 malam. Pelajar yang terlibat dalam kem tersebut mencecah 150 orang. Pada awalnya saya hanyalah pembantu dalam slot slot tertentu, namun akibat kekurangan ajk saya melantik sendiri diri saya menjadi unit pengisian dan rohani.

Saya mendapat beberapa slot yang agak penting dalam kem tersebut antaranya kuliah maghrib, kuliah subuh dan imam waktu solat dan segala kegiatan berkenaan kerohaian automatic berada di bawah saya.

Peserta sampai agak lewat juga pada hari pendaftaran, namun alhamdulillah semua pelajar dapat dikumpulkan semasa solat maghrib. Sebelum kuliah maghrib dimulakan peserta diberi taklimat program dahulu.

Kuliah maghrib disampaikan oleh saya . dan tajuk kuliah yang saya berikan pada malam itu ialah Kepimpinan Berilmu. Antara isi yang saya sentuh pada malam itu

1.setiap orang adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya oleh Allah tentang apa yang dipimpinnya. ( mafhum hadis)

2.seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan antaranya komunikasi berkesan, pengaruh yang besar, akhlak cemerlang dan pelbagai lagi.

3.Namun, perkara yang utama yang disentuh adalah komunikasi berkesan.

4.seorang pemimpin apabila bercakap perlukan kepada hujah dan dalil yang jelas dan kukuh yang mana tidak dapat dipertikaikan oleh orang lain

5.hujah dan dalil perlu juga specific dalam penghuraian sesuatu perkara yang diperbahaskan.

6.pemimpin yang berkualiti perlu bercakap atas dasar kebenaran bukanlah retorik semata mata dalam memikat orang disekitarnya contohnya Rasulullah, seorang pemimpin yang bercakap atas dasar kebenaran walaupun pada awalnya ditentang namun kebenaran tidak dapat disekat akhirnya kebanaran tersebut tersebar keseluruh dunia.

7. pemimpin yang bercakap atas dasar kebenaran perlu berani menghadapi risiko. Segala halangan dan cabaran dalam menegakkan kebenaran akan menjadikan seseorang itu hebat.

dan beberapa lagi isi yang disentuh.


Kuliah maghrib perlu diberhentikan kerana masa yang dikekang oleh tentatif program. Malam itu mereka memulakan ldk pertama mereka dan tidur pukul 1.30pagi.

Pada subuhnya, selepas menunaikan solat subuh program diteruskan dengan kuliah subuh. Tetapi yang uniknya kuliah subuh ini adalah pendengarnya semuanya muslimah kecuali penceramahnya iaitu saya kerana peserta muslimin terpaksa menyediakan diri untuk program selepas itu. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memberikan kuliah khusus berkenaan wanita. Tajuknya maruah penghias peribadi. Antara isi yang disentuh adalah:

1.maruah adalah sesuatu yang penting bagi setiap individu . tiada maruah tiadalah nilai.

2.maruah saya bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu aurat, pergaulan, dan beberapa lagi. Namun dengan masa yang diberi kebanyakan isi berkisar berkenaan aurat

3.aurat adalah perkara yang mengaibkan. Ianya perlu di jaga dengan baik dan waspada.

4.mengikut mazhab imam syafie, aurat lelaki dengan lelaki dan perempuan adalah dari pusat hingga ke lutut. Dan aurat perempuan dengan perempuan muslim juga dari puat kelutu. Namun aurat perempuan dengan perempuan non muslim dan lelaki adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

5.syarat aurat bukan hanya menutup tetapi menjaga ianya termasuklah memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan

juga terdapat beberapa isu aurat yang disentuh.

Selepas itu , peserta diminta untuk berkhidmat diri. (bersambung)

Tuesday, July 8, 2008

BERSAMA EXCO KEROHANIAN KOLEJ

Alhamulillah, semalam saya dijemput untuk memberikan sedikit pengisian disebuah kolej kediaman. pada awalnya saya tak bersedia kerana kengkangan masa yang ada. namun Allah taala memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan tugas yang berat ini.

pengisian ini semperna program usrah yang diadakan oleh jawatankuasa exco kerohanian. program ini dianjurkan khusus kepada pelajar tahun 1 . perkara pertama yang saya sentuh dalam pengisian saya adalah niat ikhlas. Niat ikhlas perkataan yang mudah diungkapkan dengan kata-kata namun perit dalam pelaksanaan. saya membacakan hadith pertama imam nawawi dalam matan arbain yang mana berkisarkan berkenaan niat. hadith ini dijadikan sumber untuk diistimbat hukum dalam usul fiqh. hadith yang memberi 1001 makna dalam kehidupan yang bergelar muslim. tidak sah solat seseorang tampa niat, tidak sah puasa tanpa niat, tidak sah haji tanpa niat.

niat yang ikhlas adalah semata-mata ditujukan kapada Allah. niat selain daripada pengabdian kepada Allah adalah sia-sia.

matlamat hidup sebagai manusia

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (54:56)

setiap perbuatan yang dimulakan dengan niat pengabdian diri kepada Allah adalah dikira sebagai ibadat. bukanlah sepertimana yang difahami oleh masyarakat sekarang. ibadat hanya solat, puasa, baca alquran dan haji. ini adalah kefahaman yang salah dan batil akibat daripada pengaruh sekularisma yang menular kedalam masyarakat sekarang. ibadat terbahagi kepada 2 iaitu ibadat umum dan ibadat khusus. ibadat umum adalah setiap perbuatan yang kita lakukan dalam seharian seperti makan, tidur, bercakap dan sebagainya,dengan syarat ia adalah dilakukan untuk mendapatkan keredhaan kepada Allah dan tidak menyalahi syarak.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.........".(2:30)

tidak lupa juga manusia diberikan sutu tugas yan cukup berat iaitu menjadi khalifah. imam mawardi menyatakan khalifah adalah orang yang mana "menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya(agama).

nilai manusia

dengan kata mudahnya hidup sebagai manusia adalah untuk memberi nilai kepada diri sendiri dan masyarakat dan keseluruhannya yang wujud di atas bumi ini. manusia yang hidup yang hanya memberi nilai kepada diri sendiri sahaja tidak akan berjaya. manusia perlu menunaikan apa yang diajar oleh al quran dan sunnah iaitu menyebarkan kasih sayang dan kerahmatan keseluruh muka bumi.

program diteruskan

selepas pengisian tersebut, program diteruskan dengan membahagikan hadirin yang berminat menyertai program mentor mentee kedalam kumpulan kecil. setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 orang mentor.

program ini satu program yang menarik yang boleh mendedahkan pelajar dengan suasana agama dan ukhwah.

terima kasih exco kerohanian! syabas!

Monday, July 7, 2008

Think Positive: Seven Ideas That Really Work

Listed below are seven ideas that really work to help you think more positive. Life is difficult, but there are things you can do to lighten your load. See if some of these don't help.

1. Teach Yourself A Lesson
In counseling this technique is called reframing. You take a bad experience and try to define what it is that you can learn from this experience that will make your life better. It is a way of turning pain to gain.

2. Interrupt Your Negative Thoughts
Research shows that if you continue to think negatively, you will feel more negative. Interrupting those thoughts and replacing them with positive memories can be extremely helpful in creating more positive energy.

3. Set Realistic Goals
Positive thinkers have learned how to meet their objectives. They set standards that are neither too high nor too low. They feel a sense of accomplishments when they complete tasks o­n their daily "to do" list. Realistic goals must be specific and they must be achievable.

4. Be Good To Yourself
You need to define those things that make you feel good and as often as you can incorporate them into your life. We know that positive reinforcement works. You need to reinforce yourself with the things that you value and enjoy.

5. Look For The Silver Lining
While it is true that negative things do happen and that there are times, when we seem to be overwhelmed by them, it is important that positive things do, in fact happen. Take time each day to write down or think about positive things that occurred in your day. It could be as simple as looking at a beautiful cloud, or hearing a song that you really enjoy.

6. Be Glad It's Not Worse
This technique simply put says, while my situation may be bad, it indeed could be worse. An example would be that you break your wrist, but that's better than being paralyzed for the rest of your life from the waist down. While sometimes our situation is as bad as it gets, usually, in most of our situations, we can find things that are worse.

7. Fake It
Charlie Chaplin o­nce said, "Smile though your heart is breaking." While it is important to get in touch with our feelings, being able to tell a joke, put a smile o­n our face, or do something that is absurdly pleasurable can help the discomfort of our lives go away.

Consider whether any of these techniques help you think more positively.

Thursday, July 3, 2008

meeting oh meeting

"ok, esok pukul 10pagi kita ada meeting ye. jangan lupa"

"meeting kita tak settle lagi ni, kita sambung hari rabu ni ye"

"malam ni meeting program, esok meeting persatuan, ingat ye"


Beginilah hidupku sepanjang berada di utm . meeting tak pernah tamat , ianya akan sentiasa bermula. namun hatiku berasa puas apabila meeting kerana banyak perkara dapat diselesaikan secara berkumpulan.

Kadang-kadang kedengaran juga ditelinga asyik meeting je kerja tak buat. bagi saya ini merupakan tanggapan yang salah. kerja tak buat bukanlah salah meeting tersebut tapi cara megurusan ahli dan sistem gerak kerja yang tak tersusun menyebabkan kerja tidak dapat dijalankan. ahli akan rasa malas untuk berkerja. tidak lupa juga ahli yang sentiasa ingin mengatasi pemimpinnya dalam keputusan yang telah ditetapkan. semua ini adalah punca kerja tak menjadi.

Rasulullah amat mengalakkan syura dalam setiap tindakan yang dilakukan tidak kira secara berkumpulan ataupun berseorangan . Terdapat juga banyak ayat berkenaan syura ini ada dibahaskan dalam al-Quran.

Ada sebahagian oarang meyalahkan meeting kerana menyebabkan akademik terabai dan disebabkan meeting jugalah kehidupannya menjadi sibuk. semua itu adalah orang yang bersifat dengan sifat reaktif. mereka menyalahkan sesuatu yang mana mereka nampak boleh menjadi hujah untuk mereka melarikan diri daripada menyumbang sesuatu untuk masyarakat dan ummah ini.

meeting yang saya sebutkan saya lebih spesifikkan kepada meeting untuk gerak kerja untuk islam. sepanjang saya berada di UTM gerak kerja islam seperti menjadi darah daging saya, kerana apa? kerana saya merasakan hidup ini tidak bermakna jika islam tidak menjadi cara hidup seluruh manusia. sebab itulah meeting menjadi-jadi, nak buat kerja bukan senang. perlu ada perancangan yang jelas dan teliti. denagn meeting inilah saya rasakan kesibukan saya terkurang keran berkongsi dengan rakan-rakan . Kerja pun jadi mudah.

mungkin orang tertanya-tanya kalu sibuk cam tu akademik tentu terabaikan? tidak, saya dah jelaskan sebelum ini meeting dan gerak kerja islam bukanlah alasan untuk kesibukan. kesibukan terjadi apabial kita mengisi masa dengan perkara yang sia-sia. Namun jika masa yang kita isi adalah berfaedah dan mendapat berkat dari ALLAH itu bukanlah kesibukan tetapi nikmat. Alhamdulillah, 4sem saya berada di utm saya dah mendapat 2kali anugerah dekan dan tak pernah bawah tiga. masa tu milik ALLAH. bacalah tafsir surah al-asr, Insyaallah.

Jadi meetinglah selalu! untuk kejayaan umat.

Wednesday, July 2, 2008

bermulanya disini

semalam dapat juga menjejak kaki di kota tinggi. Bertolak dari utm pukul 8.45 pgi dan sampai 11.00pagi. Tujuan saya ke kota tinggi adalah untuk menguruskan penempatan latihan mengajar pada sem ini. tempat persinggahan adalah sekolah menengah sains kota tinggi. yang mana sekolah yang dikatakan memegang rekod 10 sekolah asrama penuh terbaik di Malaysia. suasana sekolah tersebut lebih kurang sama je dengan sekolah biasa. saya pergi bersama 3orang sahabat lain.

semasa berada dalam kawasan sekolah, salah seorang sahabat saya terpandang banner program sekolah iaitu karnival sekolah. pelbagai aktiviti dijalankan. Namun yang terkilannya dalam banyak banyak program tu, satu pun tiada program islamic. sedih gak.

sistem pendidikan merupakan penyumbang terbesar dalam melahairkan individu yang memahami islam, namun hari ini sistem pendidikan hanya dianggap sebagai tempat melahirkan individu yang berbentuk manusia tetapi berfikiran robot. Disebabkan itulah, segala anasir anasir kuning yang wujud dalam duni globalisasi sekarang memudahkan mereka terpengaruh seperti yang diprogramkan. robot apabila diprogram kan dengan arahan tertentu tidak dapat mengenalpasti adakah ianya baik atau buruk. ini kerana sistem sekarang banyak menkankan akdemik sahaja sehingga meninggalkan komponen sahsiah dan akhlak. kajian menunjukan pelajar sekarang mengalami krisis nilai yang teruk. sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan keadaan ini.

selamatkanlah adik-adik kita, selamatkanlah saudara kita.

insyaallah dengan sedikit kefahaman yang Allah berikan. sya ingin cuba mengubah suasna tersebut dengan title saya sebagai seorang guru.

saya ingin cuba . anda bila lagi?