Friday, April 11, 2008

kedamaian

Kedamaian, Keselamatan dan Kesejahteraan
Naluri manusia sentiasa mengharapkan kedamaian. Kedamaian membuatkan manusia berasa selamat dan tenang dalam kehidupan. Suasana yang damai akan musnah jika ada golongan yang cuba meniup api kekeliruan dan kemusnahan. Jika api ini tidak dipadamkan segera kelak ia akan merebak dan seterusnya memusnahkan apa sahaja yang ada disekitarnya. Agama merupakan agen yang memadamkan api kemusnahan itu. Agama mengajar manusia untuk saling berkasih sayang dan saling memahami dalam mencapai kehidupan yang cemerlang. Menghormati, kenal-mengenal, tolong –menolong ini semua adalah komponen yang wujud dalam agama. Ini jua adalah intipati sebenar ajaran Islam.
Namun jika ada kedamaian, pasti ada yang tidak suka. Mereka akan cuba marosakkan ketenanagn ini dengan menaburkan fitnah supaya ketenangan ini musnah. Filem fitna yang dihasilkan oleh Geert Wilder dari Netherlands ,Belanda adalah salah satu daripadanya. Filem yang cuba menyonsangkan dan memanipulasikan perkara yang menjadikan yang salah seperti benar dan yang benar seperti salah. Dengan kata mudahnya pemaparan filem tersebut jauh sekali bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Di dalam filem tersebut, pemaparan berita yang palsu dengan menuduhdan memfitnah Islam mengajar umatnya menjadi pengganas. Ini adalah pendustaan yang nyata dan jelas. Islam mengajar kepada keadilan dan kesejahteraan. Dimana Islam itu sendiri bermaksud selamat dan sejahtera.
Sejarah membuktikan bahawa Islam mengubah masyarakat yang tiada moral dan akhlak kepda masyarakat yang mempunyai budi perkerti dan akhlak yang mulia. Masyrakat arab sebelum kedatangan Islam adalah masyarakat yang memperhambakan diri dengan hawa nafsu dan sentiasa melakukan keburukan iaitu mereka membunuh anak perempuan degan menanam mereka hidup-hidup, menipu, melakukan seks bebas dan berperang. Namun apabila Islam datang, semua keburukan terhapus dan wujudlah kebaikan. Islam mengajar lelaki dan wanita adalah sama nilainya dan saling melengkapi ,perkahwinan yang diiktiraf dan membawa keadilan dan kasih sayang kepada semua yang wujud dimuka bumi ini.
Tamadun Islam juga pernah menyelamatkan tamadun Eropah sewaktu eropah dilanda zaman gelap. Masyarakat Eropah ditindas oleh pemerintah dan gereja , kemajuan dinafikan , kebebasan dirampas, pemikiran dan intelektual dikongkong sehingga masyarakat bangkit menentang dan memberontak . Akhirnya mereka mengambil keilmuan dan pendekatan yang wujud ditamadun islam , merka mempelajari ilmu daripada ilmuan Islam, dan seterusnya mengubah zaman gelap kepada zaman yang gemilang yang dipanggil sebagai zaman Renaisence iaitu zaman kebangkitan.
Islam tidak membenarkan umatnya mencederakan hidupan dimuka bumi temasuklah manusia,, haiwan, tumbuh tumbuhan dan alam sekitar. Namun jika ada golongan yang ingin mehancurkan keadilan dan keamanan tersebut, umatnya diwajibkan membela diri dengan mengunakan pendekatan terbaik dan berhikmah. Sudah lumrah manusia ababila di serang akan membela diri, jika serangan itu dibiarkan pastinya masyarakat yang diserang akan hancur. Membela diri adalah suatu keadilan bagi golongan yang dianiaya. Undang –undang Islam menyuruh umatnya menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta benda manusia termasuklah orang bukan islam yang tidak mengancam Islam.
Oleh itu, jelas menunjukkan segala gambaran dan berita yang dipaparkan didalam filem ‘fitna’ dan cerita-cerita yang mengambarkan keburukan Islam adalah tidak benar. Ianya adalah hasil kedengkian dan kebecian manusia melihat kesenangan dan kedamaian orang lain. Jangan rosakkan kedamaian, keselamatan dan kesejahteraan kerana kedangkalan dan kekurangan fahaman terhadap sesuatu perkara. Kajilah dan selidikilah perkara tersebut supaya terpancar jelas cahaya keadilan .
Oleh,
MOHD NUR AL SUFI BIN ROMELE
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Sains (Kimia)
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
(Pengerusi Jawatankuasa Saudara Kita (JKSK))

No comments: