Akhir-akhir ini banyak assignment perlu dibuat. tetapi penulis berasa amat gembira membuatnya kerana melalui assignment tersebut. Penulis dapat menampung kelemahan dalam pembelajaran. Penulis tertarik untuk berkongsi satu assignment penulis yang boleh diambil manfaat oleh semua. Assignment ini berkenaan etika pengurusan.
1.1 Definisi etika
Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan.Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambilkira tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’ yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan.Etika boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.Dengan lain perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.
1.2 Definisi pengurusan
Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.
Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut:
1. Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.
2. Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.
3. Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.
4. Mengawal, mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu), berdasarkan maklum balas.
Mary Parker Follett (1868 - 1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20 mentakrifkan "pengurusan" sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang." Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya, iaitu sebagai:
1. tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan keputusannya, mengubah suai sebahagian rancangan asal.
2. tindakan untuk mencapai sesuatu maklamat yang dirancang.
1.3 Etika pengurusan
Etika pengurusan ialah satu set idea dan tingkahlaku yang bermakna yang membawa sesuatu organisasi dalm mencapai maklamat bersama. Ini menunjukkan etika pengurusan merupakan satu etika yang menekankan elemen pentadbiran, kepimpinan, pengawalan, dan penyelarasan dengan dipandukan dengan nilai-nilai dan peraturan-peraturan etika yang dipersetujui dikalangan profesional.
Pengurusan yang baik adalah hasil daripada pembentukan etika yang baik dalam setiap individu yang berorganisasi. Organisasi akan berjalan dengan lancar jika tiada pembentukan nilai negatif dalam menentukan matlamat bersama dan profesional perlu mengikut etika yang telah ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
Ini merupakan bahan pertama dalam assignment ini. Akan bersambung...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamuaalaikum boleh tak saya nak tau ambil rujukan di mana?
Post a Comment