Tarbiyyah suatu yang absrak. dalam menjanakan proses tersebut banyak pengorbanan yang perlu dilakukan . Oleh kerana itu, ramai yang kecundang dalam penjanaannya. Kebanyakan golongan yang melaunkan slogan tarbiyyah hanyalah rektorik semata-mata. Mereka melihat tarbiyyah dari pandangan manusia bukannya pandangan pencipta manusia.
Golongan tersebut terlupa dalam meletakan batu asas yang penting dalam komponen tarbiyyah iaitu komponen rabbaniyyah.
Komponen ini sentiasa dilupakan untuk menghasilkan manusia yang hebat. mereka meletakan seorang yang ditarbiyyah perlu lantang bersuara, melakukan pengurusan yang hebat dan pelbagai lagi. Namun dalam ramuan mereka terlupa untuk memasukan komponen tarbiyyah.
Disebabkan itu, orang yang membawa perjuangan dakwah sering kali kecundang dengan diri mereka sendiri. Mereka kecundang dengan hawa nafsu dan kebanggaan diri mereka.
Jadi suatu pertanyaan untuk diri ku dan sahabat-sahabat sekalian kemana hilangnya komponen tersebut?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment