Sunday, March 23, 2008

Hasil daripada program Intellectual Religion Conference 08, memberikan peluang kepada penulis dalam mengenali diri. Cabaran dan dugaan yang pelbagai telah wujud dalam program ini banyak mematangkan banyak pihak khususnya pihak penganjur program ini. Walaupun perbincangan dalam program ini menjurus kepada kemahiran dan keilmuan berkenaan perbandingan agama tetapi penulis merasakan ia sebenarnya lebih dari itu.
Tidak dinafikan program ini tidak berjalan sepertimana yang diharapkan namun penulis melihat program ini merupakan satu titik tolak dalam memperjuangkan Islam. Islam bukanlah untuk orang islam , tetapi Islam untuk semua umat manusia seperti mana Rasulullah di turunkan untuk memberi rahmat sekalian alam.

1 comment:

Anonymous said...

Betul tu, Islam untuk semua (Islam 4 All).