Perkembangan tamadun adalah disebabkan oleh pembudayaan ilmu yang utuh dan mendasar. Kebanyakan ketamadunan mencapai kegemilangannya apabila ilmu diletakan ditempat yang paling atas dalam merangka ketamadunannya contohnya tamadun islam seperti tamadun Ummayah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah dibangunkan dengan menjadikan ilmu sebagai asas dalam perlembagaan, begitu juga dengan tamadun yunani yang dibantu oleh golongan ilmu seperti Socrates, Plato, Aristotle dan ramai lagi. Perubahan nilai dalam sesebuah masyarakat juga adalalah disebabkan oleh ilmu seperti Renaisence . begitu juga dengan bangsa yang membangun dan menjadi mulia disebabkan oleh ilmu seperti bangsa Arab apabila di turunkan perutusan daripada tuhan yang membawa cahaya ilmu.
Ilmu adalah suatu integrasi diantara pengetahuan yang holistic dengan tindakan yang jelas. Ilmu bukanlah suatu yang terjuzuk dan terpisah seperti yang wujud sekarang ini. Segala maklumat dan pengetahuan yang tidak berintegrasi dan holistik tidak boleh dipanggil ilmu . Ia hanya boleh dipanggil sebagai pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ilmu sepatutnya mampu untuk membangunkan potensi diri dengan mengaitkan segala pengetahuan dengan kesedaran diri yang tinggi. Ilmu akan mengenalkan seseorang dengan penciptanya. Disebabkan iulah apabila ilmu penuh didada seseorang itu semakin rendah diri. Namun apabila ia bukalah ilmu , ia hanya akan menyebabkan maklumat penuh didada dan menjadi semakin sombong dan bongkak.
Perkembangan ilmu berlaku apabila ia menjadi suatu budaya didalam masyarakat. Budaya perlu wujud kerana ia merupakan identiti bagi sesebuah masyarakat. Mewujudkan budaya bukanlah suatu yang mudah, perlu ada sekelompok manusia yang wujud dalam mayarakat membawa gagasan tersebut sebelum ia menjadibudaya dalam masyarakat. Budaya ilmu amat penting untuk membentuk masyarakat yang cemerlang sepertimana yang ditunjukkan oleh sejarah. Kejatuhan sesebuah masyarakat adalah di sebabkan kebenjatan budaya ilmu dan meningkatnya budaya negatif seperti hedonisma, kegilaan pangkat dan kuasa , kecenderungan kearah rasuah dan sebagainya. Masalah ini akan menyebabkan pembangunan intelektual didalam masyarakat menjadi lemah dan merosot. Pembangunan intelektual adalah pembangunan akal yang dimurnikan dengan prinsip yang kuat. Sesebuah masyarakat akan rosak jika komponen intelektual ini tidak dijadikan salah satu elemen utama dalam masyarakat.
Intelektualisma merupakan komponen yang tidak dapat dipisahkan dengan matlamat sebagai seorang mahasiswa. Ia juga merupakan elemen utama dalam pembentukan institusi pengajian tinggi dengan membentuk masyarakat yang tersendiri mempunyai entiti yang unik. Masyarakat yang berada di institusi pengajian tinggi dipanggil sebagai universiti ini merupakan golongan elit yang tidak dipisahkan dengan budaya ilmu. Hal ini, sering sering diperkatakan kerana sejak sekian lama pengajian tinggi adalah sinonim dengan perkembangan ilmu , tamadun ilmu, dan tradisi yang memartabatkan ilmu. Mahasiswa merupakan salah satu komponen utama dalam membawa agenda pembudayaan ilmu. Disebabkan itu , mahasiswa juga dipanggil sebagai golongan intelektual dan tidak dapat dipisahkan dengan budaya ilmu.
Mahasiswa perlu membawa agenda pembudayaan ilmu kedalam mayarakat untuk membuktikan bahawa berada universiti bukanlah sekadar untuk mendapat sijil semata-mata tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan nilai sebagai seorang mahasiswa yang mampu hidup dalam apa jua keadaan sekali. Nilai sebagai seorang mahasiswa ialah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap yang didasarkan kepada ilmu. Mahasiswa yang mempunyai purata nilai gred yang tinggi bukanlah penunjuk yang sesuai dalam memberikan nilaian ilmu, ia hanyalah nilaian pengetahuan yang tinggi. Nilaian ilmu apabila individu atau sesebuah masyarakat mampu untuk menterjemah pengetahuan itu secara holistic dan member manfaat kepada semua.
mohd nur al sufi bin romele
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment