Sunday, August 23, 2009

budaya ilmu 3

Apabila memperkatakan berkenaan kebudayaan, maka perkara yang biasanya akan timbul dalam pemikiran bahawa budaya itu adalah segala perkara yang berkaitan dengan segala bentuk kegiatan seni, sama ada seni lukis, seni muzik ataupun seni tarian dan sebagainya. Namun sebenarnya maksud budaya adalah lebih daripada itu. Budaya sebenarnya adalah cara hidup sesuatu masyarakat serta kemajuan keseluruhan cara hidup manusia yang melibatkan akal, akhlak dan daya usaha mereka. Jadi secara tidak langsung, budaya itu mencerminkan taraf pencapaian serta perilaku kehidupan sesebuah masyarakat. Ia meliputi beberapa perkara penting seperti peningkatan ilmu, cara berfikir, cara bertindak dan juga cara mengurus serta mentadbir kehidupan seharian.

Budaya ilmu menurut tafsiran Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ialah “kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan dan keadaan dimana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentukan dan diputuskan serta dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan.”
Takrifan tersebut jelas menerangkan bahawa budaya ilmu adalah penglibatan yang secara menyeluruh secara langsung atau tidak langsung untuk menjadikan ilmu sebagai terasnya dalam diri individu ataupun masyarakat. Namun keadaan yang dilihat sekarang ilmu hanya menjadi alat kerana terasnya adalah material dan kemewahan dalam kehidupan. Disebabkan itu, pengetahuan yang ada bukanlah untuk menjadikan ilmu sebagai teras tetapi untuk memenuhi kepentingan diri semata-mata.
Segala perkara yang dilakukan atas dasar dan teras keilmuan merupakan budaya ilmu. Kecintaan kepada ilmu dengan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti keilmuan secara langsung atau tidak langsung membentuk budaya yang cemerlang. Budaya membaca, penulisan, penerbitan, pengkajian, diskusi ilmiah adalah diantara komponen yang penting dalam pembudayaan ilmu.

Mahasiswa pendidikan merupakan bakal guru yang akan memimpin generasi masa hadapan. Seorang guru perlu melengkapi dirinya dengan ilmu yang secukupnya untuk membentuk generasi akan datang. Kehidupan berbudaya ilmu sepatutnya menjadi salah satu cara hidup yang wajib wujud dalam diri seorang guru. Guru bukan hanya mengajar ilmu akademik semata-mata tetapi mengajar ilmu kehidupan yang sebenarnya seperti akhlak, pembentukan peribadi yang baik, kaitan dengan agama dan sebagainya supaya pendidikan yang holistic dapat diwujudkan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Falsafah pendidikan Negara menyatakan " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

mohd nur al sufi bin romele

Tuesday, August 18, 2009

budaya ilmu 2

Perkembangan tamadun adalah disebabkan oleh pembudayaan ilmu yang utuh dan mendasar. Kebanyakan ketamadunan mencapai kegemilangannya apabila ilmu diletakan ditempat yang paling atas dalam merangka ketamadunannya contohnya tamadun islam seperti tamadun Ummayah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah dibangunkan dengan menjadikan ilmu sebagai asas dalam perlembagaan, begitu juga dengan tamadun yunani yang dibantu oleh golongan ilmu seperti Socrates, Plato, Aristotle dan ramai lagi. Perubahan nilai dalam sesebuah masyarakat juga adalalah disebabkan oleh ilmu seperti Renaisence . begitu juga dengan bangsa yang membangun dan menjadi mulia disebabkan oleh ilmu seperti bangsa Arab apabila di turunkan perutusan daripada tuhan yang membawa cahaya ilmu.

Ilmu adalah suatu integrasi diantara pengetahuan yang holistic dengan tindakan yang jelas. Ilmu bukanlah suatu yang terjuzuk dan terpisah seperti yang wujud sekarang ini. Segala maklumat dan pengetahuan yang tidak berintegrasi dan holistik tidak boleh dipanggil ilmu . Ia hanya boleh dipanggil sebagai pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ilmu sepatutnya mampu untuk membangunkan potensi diri dengan mengaitkan segala pengetahuan dengan kesedaran diri yang tinggi. Ilmu akan mengenalkan seseorang dengan penciptanya. Disebabkan iulah apabila ilmu penuh didada seseorang itu semakin rendah diri. Namun apabila ia bukalah ilmu , ia hanya akan menyebabkan maklumat penuh didada dan menjadi semakin sombong dan bongkak.

Perkembangan ilmu berlaku apabila ia menjadi suatu budaya didalam masyarakat. Budaya perlu wujud kerana ia merupakan identiti bagi sesebuah masyarakat. Mewujudkan budaya bukanlah suatu yang mudah, perlu ada sekelompok manusia yang wujud dalam mayarakat membawa gagasan tersebut sebelum ia menjadibudaya dalam masyarakat. Budaya ilmu amat penting untuk membentuk masyarakat yang cemerlang sepertimana yang ditunjukkan oleh sejarah. Kejatuhan sesebuah masyarakat adalah di sebabkan kebenjatan budaya ilmu dan meningkatnya budaya negatif seperti hedonisma, kegilaan pangkat dan kuasa , kecenderungan kearah rasuah dan sebagainya. Masalah ini akan menyebabkan pembangunan intelektual didalam masyarakat menjadi lemah dan merosot. Pembangunan intelektual adalah pembangunan akal yang dimurnikan dengan prinsip yang kuat. Sesebuah masyarakat akan rosak jika komponen intelektual ini tidak dijadikan salah satu elemen utama dalam masyarakat.

Intelektualisma merupakan komponen yang tidak dapat dipisahkan dengan matlamat sebagai seorang mahasiswa. Ia juga merupakan elemen utama dalam pembentukan institusi pengajian tinggi dengan membentuk masyarakat yang tersendiri mempunyai entiti yang unik. Masyarakat yang berada di institusi pengajian tinggi dipanggil sebagai universiti ini merupakan golongan elit yang tidak dipisahkan dengan budaya ilmu. Hal ini, sering sering diperkatakan kerana sejak sekian lama pengajian tinggi adalah sinonim dengan perkembangan ilmu , tamadun ilmu, dan tradisi yang memartabatkan ilmu. Mahasiswa merupakan salah satu komponen utama dalam membawa agenda pembudayaan ilmu. Disebabkan itu , mahasiswa juga dipanggil sebagai golongan intelektual dan tidak dapat dipisahkan dengan budaya ilmu.

Mahasiswa perlu membawa agenda pembudayaan ilmu kedalam mayarakat untuk membuktikan bahawa berada universiti bukanlah sekadar untuk mendapat sijil semata-mata tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan nilai sebagai seorang mahasiswa yang mampu hidup dalam apa jua keadaan sekali. Nilai sebagai seorang mahasiswa ialah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap yang didasarkan kepada ilmu. Mahasiswa yang mempunyai purata nilai gred yang tinggi bukanlah penunjuk yang sesuai dalam memberikan nilaian ilmu, ia hanyalah nilaian pengetahuan yang tinggi. Nilaian ilmu apabila individu atau sesebuah masyarakat mampu untuk menterjemah pengetahuan itu secara holistic dan member manfaat kepada semua.

mohd nur al sufi bin romele

Friday, August 14, 2009

jawapan naib cancelor utm

Terima kasih,

1. Apakah program budaya ilmu sesuai untuk mahasiswa?
Lihat hal, 70 buku Menghayati Budaya Ilmu (edisi pertama).

2. Kaji tahap perkembangan budaya ilmu?
kaji dari segi nilai ilmu, komitmen terhadap aktiviti ilmu, sumber ilmu dan penghayatan ilmu dari segi amalan dan sikap terhadap ilmu yang dipelajari. Boleh juga dibuat kualitative analysis. Contoh integriti dalam ilmu (lawan meniru, ciplak dll); sanjung ilmu (lawan melebihkan hal yang bukan bersifat keilmuan, misalnya antara membeli buku dan kad prepaid talipon) dll

3. Budaya ilmu di UTM?
Perlu sama-sama disuburkan oleh setiap pihak. Saya tak mahu menjadi Hakim, tetapi jadi petugas ilmu yang sama-sama mencari jalan menyubur dan menghayati ekosistem intelektual.

4. SUmber rujukan dan instrumen?
For you to think!

TQ and salam.
------------------------------------------------------------------------------------------------

PROF. DATO' IR. DR. ZAINI UJANG

Vice-Chancellor / Naib Canselor
(Professor of Environmental Biotechnology)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 Johor Bahru
Malaysia

Tel +6 07 553 0000 or +6 07 557 5960
Fax: + 07 557 9376
Email: zaini@utm.my

UTM Website: http://www.utm.my
Personal: http://www.fkkksa.utm.my/staff/zaini

email untuk naib cancelor utm

Assalamualaikum, tahniah kepada Prof Dato. kerana berjaya memacu utm sehingga berjaya mendapat ranking yang terbaik di malaysia dan antara terbaik di asia. Saya Mohd Nur Al Sufi Bin Romele. Saya merupakan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) juga merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan. Saya sekarang tengah membuat projek sarjana muda yang bertajuk Budaya Ilmu Dikalangan mahasiswa . Saya memilih tajuk ini kerana tertarik dengan gagasan yang dibawa oleh Prof. Dato' berkenaan budaya ilmu yang ingin di rejuvenasikan di utm ini. Saya juga ada membaca buku-buku daripada tokoh tokoh yang mengagaskan idealisma ini seperti Prof. Syed Naquib Al Attas, Dr.Wan Mohd Nor, Prof. Syed Husein Al Attas dan buku Prof Dato' juga seperti Penghayatan Budaya Ilmu, Mengangkasa Pengajian Tinggi dan buku buku lama Prof Dato. ini semua banyak menimbulkan minat saya dalam mengkaji berkenaan budaya ilmu ini. namun apa saya lihat permasalahan utama di dalam gagasan budaya ilmu ini adalah kurangnya sambutan daripada kalangan mahasiswa. Mahasiswa tidak jelas tentang gagasan yang dibawa. Mahasiswa hanya berfikir untuk mendapatkan segulung ijazah semata-mata berbanding dengan mendapatkan ilmu sebenar. Ini menyebabkan mereka hanya berminat terlibat dalam kepompong yang sempit dan yang boleh memberi kepentingan kepada diri sendiri sahaja tanpa menampakkan nilai ilmu secara holistik yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.

Oleh itu, saya cuba untuk menyahut gagasan yang Prof Dato' utarakan namun saya juga tidak nampak ruang yang jelas dalam bersama-sama merealisasikan gagasan tersebut. Saya berhasrat mendapatkan maklum balas daraipada Prof Dato' berkenaan budaya ilmu ini.

1. Apakah program dan bentuk program budaya ilmu yang sesuai, praktikal dan membumi untuk mahasiswa?
2. Apakah persoalan yang sepatutnya yang disoalkan untuk mengkaji tahap perkembangan budaya ilmu?
3. Apakah pendapat prof dato' berkenaan tahap budaya ilmu yang wujud di utm?
4. Apakah sumber rujukan dan instrumen yang terbaik dalam mengkaji berkenaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa?

Saya amat berharap jasa baik daripada dato untuk respon email dari saya ini dan saya minta maaf mengganggu Prof Dato. Di sini saya ada melampirkan sekali kertas cadangan kajian saya.

Sunday, August 2, 2009

Sokongan kepada “say no to bonceng”

Mahasiswa adalah golongan yang terpilih dikalangan masyarakat. Kepakaran dan intelektual men jadi simbolik yang tidak dapat dipisahkan dari pandangan masyarakat terhadap mahasiswa. Daya pemikiran yang tinggi dan jauh juga menjadikan mahasiswa golongan yang istimewa dan dikagumi. Disebabkan itulah mahasiswa diberi tempat yang istimewa iaitu ditempatkan disebuah institusi yang dipanggil sebagai universiti. Segala kemudahan dan prasarana yang pelbagai disediakan kepada mahasiswa untuk memastikan proses perkembangan intelektual menjadi pesat dan tepat.

Persoalan utama yang perlu diselesaikan adalah adakah mahasiswa sekarang seperti yang dinyatakan. Kehidupan mahasiswa sekarang tidak menggambarkan budaya intelektual fungsi. Mahaiswa lebih suka membudayakan budaya luar seperti hedonisma, berpasangan , melepak dan sebagainya. Perkara ini amat membimbangkan bagi golongan yang mengambil berat. Oleh itu, kedengaran baru baru ini, proses transformasi telah dilancarkan untuk mengambalikan mahasiswa ke tempat yang sepatutnya.

Pelbagai pihak yang mempunyai kesedaran telah memainkan peranan mereka untuk mengizzahkan kembali mahaiswa. Antaranya Persatuan Mahasiswa Islam University Teknologi Malaysia. Persatuan ini telah melakukan banyak usaha untuk menjadikan mahasiswa benar- benar sedar tentang peranan sebenar seorang mahasiswa .Program seperti seminar intelektual dan projek “Say No To Bonceng”. projek “Say No To Bonceng” adalah salah satu projek yang dirangka dengan cukup teliti dalam membanteras kejatuhan moral dikalangan mahasiswa akibat tidak mempunyai pemikiran yang panjang. Projek ini mempunyai nilai yang cukup tinggi dalam membangunkan kembali nilai seorang mahasiswa.

Pencegahan budaya membonceng adalah amat perlu dalam menangani masalah gejala social yang parah sekarang ini. Membonceng adalah salah satu proses dalam gejala sosial yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan akhlak . Secara logiknya, apabila sesuatu pasangan yang bukan mahram bebas melakukan perkara yang tidak bermoral akan menyebabkan berlakunya perkara perkara maksiat seperti zina, mengandung luar nikah dan sebagainya. Ini akan menjatuhkan maruah sebagai golongan intelektual.

Dengan itu, Persatuan Mahasiswa Pendidikan dengan sepenuh hati menyokong usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam dan akan cuba membantu jika memerlukan bantuan dalam menjayakan program ini. Kami juga menyeru kepada seluruh masyarakat kampus supaya memberikan sokongan dan kerjasama yang baik dalam menjayakan usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam ini.

Oleh :
Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan utm