Friday, April 25, 2008

membina nuqaba' berjiwa rabbani

MEMBINA NUQABA BERJIWA RABBANI

Surah al-Fajr : Ayat 27-30

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku.

Jiwa yang tenang adalah imlikasi bagi jiwa yang diselaputi dengan keagungan Allah SWT. Ia merupakan persediaan bagi nuqaba dalam membentuk diri yang berkesan dan boleh melahirkan generasi yang jelas fikrah Islamiyyah. Dengan itu, jelas menunjukkan nuqaba memerlukan jiwa rabbani dalam perjuangannya.

Apakah maknanya jiwa rabbani?

Konsep rabbani mempunyai makna yang sangat luas dan sangat dalam pengertiannya. Perkataan-perkataan rabbana,rabbuna,rububiyah yang berasal daripada kata akar rab semuanya merujuk kepada tuhan yang Maha Esa. Allahlah puncak sesuatu.dialah yang mentadbir dan menguasai sesuatu.

Segala sesuatu itu datangnya dari allah. Segala perbuatan terwujud kerana Allah swt. Jiwa rabbani itu adalah jiwa yang yang meletakkan keyakinan dan keimananya kepada Allah jua terpasak kukuh ketauhidan nya pada tuhan. Tiada sekutu dan tiada duanya.

Dibentuk darinya jiwa penuh keinsafan tentang adanya tuhan yang maha Esa. Yang segar hatinya dengan aliran jernih zikir zikir dan ingatan pada tuhan lalu terhasillah jiwa seorang hamba yang paling kudus. Yang sentiasa merasa kerdil dirinya dan merasa betapa perlunya dia pada tuhan. Hikmah hatinya akan terpancar tanpa perlu dipaksa-paksa. Hikmah hatinya akan mendekatkan manusia pada dirinya. Jiwa rabbani adalah jiwa yang sangat tenang dan sakinah. Daripada jiwanya, wajahnya akan cerah dan berseri seri lantaran cahaya ketaqwaan dan nur ihsannya. Dan tuhan akan memandangnya sebaga a’bd khaira. Hambanya yang baik dan berprinsip. Jiwa rabbani adalah jiwa yang kental dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Panggilan jihad adalah panggilan yang paling dirinduinya. Pengorbanan adalah kemanisan yang tak terhingga baginya. Memberinya tanpa mengharap balasan. Berjuangnya tiada sempadan dan perbatasan.

Peranan dan tanggungjawab nuqaba

Nuqaba yang menguasai jiwa rabbani perlu jelas peranan dan juga tanggung jawab mereka dalam pembentukan individu muslim yang sejati. Peranan dan tanggung jawab ini perlu dipikul dengan serius dan berkesan. Antara peranan dan tanggung jawab nuqaba ialah:


1. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjuk suri teladan yang baik kepada ahli usrah.


2. Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.


3. Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.


4. Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.


5. Memupuk ukwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.


6. Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.


7. Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.


8. Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah, program pilihanraya dan sebagainya.


10. Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.


11. Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.


12. Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.


13. Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

Hubungan nuqaba’, ahli usrah dan Allah SWT

Nuqaba perlu membentuk 2 bentuk hubungan yang utuh dalam membentuk jiwa rabbani iaitu hubungan ventrikal dan hubungan horizontal.

Hubungan ventrikal adalah hubungan diantara makhluk dan pencipta. Hubungan ini perlu diasaskan melalui kefahaman dan dalil yang jelas bukannya taklid. Oleh itu, nuqaba perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu fardu ain seperti ilmu akidah, ilmu syariat, ilmu ibadah dan ilmu tasawuf. Seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ibadat sunat perlu diperbanyakkan khususnya membaca al-quran dan qiamulail. Pengamalan begini adalah amat perlu dalam usaha mentakarub kepada Allah.

Rasulullah SAW walaupun sudah dijamin oleh Allah , baginda tetap qiamulail sehingga bengkak kakinya. Apabila ditanya oleh Aisyah r.a tentang perkara ini Rasulullah mengjawab “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”. Ibrah yang boleh diambil disini adalah nuqaba yang mana juga dikenali sebagai pentarbiyah perlu mengkayakan jiwa mereka dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah supaya setiap gerak kerja yang dilakukan dalam lingkungan keredhaan Allah. Keadaan ini sekaligus memberi kesan kepada peribadi, percakapan dan akhlak nuqaba tersebut. Dengan itu, setiap perbuatan dan percakapan nuqaba akan memberi bekas kepada ahli usrah.

Selain itu, nuqaba juga perlu mempraktikkan hubungan horizontal iaitu menghubungkan jiwa mereka dengan jiwa ahli usrah dan disatukan ke arah matlamat yang satu iaitu Allah SWT. Apabila jiwa disatukan, kekuatan sinergi akan terhasil dapat memberi kesan kepada perjuangan islam sepertimana Rasulullah menyatukan jiwa Muhajirin dan Ansar sehingga boleh mengalahkan tentara musyrikin yang berganda lebih banyak daripada tentera islam.

Penutup

Pembentukan jiwa rabbani merupakan usaha yang penting dalm melahirkan nuqaba yang berkualiti dan berkesan. Kejayaan sesuatu usrah bukanlah semata-mata ketinggian ilmu juga kepetahan bercakap tetapi ia juga berkenaan jiwa yang mengharap keredhaan ilahi.

pemikiran literal

Teknik Berfikir Secara Kreatif Dalam Pemikiran Lateral

  1. Teknik Analogi

berikan analogi terhadap sesuatu situasi atau perkara untuk menerangkan situasi tersebut. Analogi bleh dibahagikan kpd 3

i) Analogi alam

guna alam semulajadi

ii) Analogi peribadi

bayangkan situasi terjadi kpd diri

iii) Analogi fantasi

berfikir secara gila-gila (sesuatu yang tak logic, cth semut menyanyi)

  1. Teknik Idea Dominan

cari cara bagaimana kita menyorokan masalah yang berlaku

cth situasi :

dalam otak kita, suami perlu bertanggunjawab- otak akan kaku kalo kita didominasi dgn perkara ini dan xleh buat perkara lain (bermanja, bergurau senda) jadi perlu cari satu solution untuk buat perkara yang lain. Maknanya bermanja dalam masa yang sama bertanggungjawab

  1. Teknik Sonsang

Menyongsangkan situasi yang ada, cari sudut pandangan yang bertentangan untuk menerbitkan perubahan pada situasi yang ada dan adakah perubahan itu boleh digunakan dan logic atau tidak.

Cth ;

Dalam aktiviti makan. Kita guna tangan untuk makan, sonsangkan kita tidak gunakan tangan untuk makan… maka dalam situasi ini kita mencari idea kalau kita tidak menggunkan tangan bagaimana nak makan? Justeru kita mula berfikir untuk cari penyelesaian maka idea baru adalah, suruh orang suapkan, guna penyedut minuman.. kita tetap boleh makan.. maknanya dalam sesuatu hal mesti ada alternative lain.

  1. Teknik Herot Perot

terdapat 2 proses :

i) situasi yang diherot perotkan

ambil satu bahagian dari situasi yang berlaku dan lakukan perubahan supaya situasi jadi berubah

cth :

orang jual nasi lemak sebenarnya menjual komponen nasi lemak iaitu nasi, sambal bilis dan timun, ambil satu komponen dan ubah cthnya ambil sambal, penjual hanya menjual sambal dan pembeli beli nasi kat tempat lain maka situasi baru selepas teknik ini mugkin penjual nasi lemak menjual sambal kepada penjual lain yang menjual nasi lemak, maka penjual sambal menjual nasi lemak…ada korelasi dgn hujah deduktif, maka situasi ini betul setelah diubah situasi

hujah deduktif dari situasi yang telah diubah

p1 : penjual nasi lemak1 menjual sambal nasi lemak

p2 : penjual nasi lemak1 menjual sambal kpd penjual nesi lemak2

p3 : penjual nasi lemak2 menjual nasi lemak kpd orang

k : penjual nasi lemak1 menjual nasi lemak

hujah ini valid dan boleh diterima

ii) situasi yang dibesar-besarkan

membesarkan sesuatu perkara dengan alasan yang tidak logik untuk memikirkan cara bagaimana perkara ini boleh dilogikan

cth

seseorang gadis akan jadi kekasih kepada seorang lelaki. Kita perbesarkan gadis ini akan menjadi kekasih lelaki selamanya.. jadi kita akan fikir mengapa bagaimana perkara ini boleh terjadi sehingga kesimpulan yang kita buat adalah logik.

Tenik ini tidak boleh digunakan terlalu banyak dalam sesuatu situasi kerana akan menyebabkan masalah kepada otak untuk berfikir sesuatu yang gila-gila dalam sesuatu masa.

  1. Teknik Eliminasi

buang idea yang dirasakan tidak perlu

analisi perlu dilakukan :

i) dapatkan perkara dibuang sepenuhnya

ii) dapatkah perkara ini dibuang separuh

iii) apakan alternative lain untuk ganti perkara ini.

  1. Teknik Analisis Sifat

merombak struktur pemikiran yang kita gunakan sekarang (perhalusi ke akar umbi) bertujuan menerbitka idea baru yang berlainan dengan idea sekarang dalam situasi yang sama.

Cth :

Pensil, kalau difikirkan sifatnya- (kegunaan) boleh menulis sajak, karangan, melukis. (Sifat fizikal ) tajam, diperbuat dari kayu, ada pemadam.

Teknik ini adalah mengmbil salah satu sifat cthnya diperbuat dari kayu. Kayu apa? Kekerasan kayu? Kesesuaian dan jangka hayat.. bermakna ada jenis kayu yang x leh wat pensil… bermakna x semua kayu blh wat pensil, mgkin plastic ada sifat sama blh wat pensil.. plasti (idea baru)

Friday, April 11, 2008

kedamaian

Kedamaian, Keselamatan dan Kesejahteraan
Naluri manusia sentiasa mengharapkan kedamaian. Kedamaian membuatkan manusia berasa selamat dan tenang dalam kehidupan. Suasana yang damai akan musnah jika ada golongan yang cuba meniup api kekeliruan dan kemusnahan. Jika api ini tidak dipadamkan segera kelak ia akan merebak dan seterusnya memusnahkan apa sahaja yang ada disekitarnya. Agama merupakan agen yang memadamkan api kemusnahan itu. Agama mengajar manusia untuk saling berkasih sayang dan saling memahami dalam mencapai kehidupan yang cemerlang. Menghormati, kenal-mengenal, tolong –menolong ini semua adalah komponen yang wujud dalam agama. Ini jua adalah intipati sebenar ajaran Islam.
Namun jika ada kedamaian, pasti ada yang tidak suka. Mereka akan cuba marosakkan ketenanagn ini dengan menaburkan fitnah supaya ketenangan ini musnah. Filem fitna yang dihasilkan oleh Geert Wilder dari Netherlands ,Belanda adalah salah satu daripadanya. Filem yang cuba menyonsangkan dan memanipulasikan perkara yang menjadikan yang salah seperti benar dan yang benar seperti salah. Dengan kata mudahnya pemaparan filem tersebut jauh sekali bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Di dalam filem tersebut, pemaparan berita yang palsu dengan menuduhdan memfitnah Islam mengajar umatnya menjadi pengganas. Ini adalah pendustaan yang nyata dan jelas. Islam mengajar kepada keadilan dan kesejahteraan. Dimana Islam itu sendiri bermaksud selamat dan sejahtera.
Sejarah membuktikan bahawa Islam mengubah masyarakat yang tiada moral dan akhlak kepda masyarakat yang mempunyai budi perkerti dan akhlak yang mulia. Masyrakat arab sebelum kedatangan Islam adalah masyarakat yang memperhambakan diri dengan hawa nafsu dan sentiasa melakukan keburukan iaitu mereka membunuh anak perempuan degan menanam mereka hidup-hidup, menipu, melakukan seks bebas dan berperang. Namun apabila Islam datang, semua keburukan terhapus dan wujudlah kebaikan. Islam mengajar lelaki dan wanita adalah sama nilainya dan saling melengkapi ,perkahwinan yang diiktiraf dan membawa keadilan dan kasih sayang kepada semua yang wujud dimuka bumi ini.
Tamadun Islam juga pernah menyelamatkan tamadun Eropah sewaktu eropah dilanda zaman gelap. Masyarakat Eropah ditindas oleh pemerintah dan gereja , kemajuan dinafikan , kebebasan dirampas, pemikiran dan intelektual dikongkong sehingga masyarakat bangkit menentang dan memberontak . Akhirnya mereka mengambil keilmuan dan pendekatan yang wujud ditamadun islam , merka mempelajari ilmu daripada ilmuan Islam, dan seterusnya mengubah zaman gelap kepada zaman yang gemilang yang dipanggil sebagai zaman Renaisence iaitu zaman kebangkitan.
Islam tidak membenarkan umatnya mencederakan hidupan dimuka bumi temasuklah manusia,, haiwan, tumbuh tumbuhan dan alam sekitar. Namun jika ada golongan yang ingin mehancurkan keadilan dan keamanan tersebut, umatnya diwajibkan membela diri dengan mengunakan pendekatan terbaik dan berhikmah. Sudah lumrah manusia ababila di serang akan membela diri, jika serangan itu dibiarkan pastinya masyarakat yang diserang akan hancur. Membela diri adalah suatu keadilan bagi golongan yang dianiaya. Undang –undang Islam menyuruh umatnya menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta benda manusia termasuklah orang bukan islam yang tidak mengancam Islam.
Oleh itu, jelas menunjukkan segala gambaran dan berita yang dipaparkan didalam filem ‘fitna’ dan cerita-cerita yang mengambarkan keburukan Islam adalah tidak benar. Ianya adalah hasil kedengkian dan kebecian manusia melihat kesenangan dan kedamaian orang lain. Jangan rosakkan kedamaian, keselamatan dan kesejahteraan kerana kedangkalan dan kekurangan fahaman terhadap sesuatu perkara. Kajilah dan selidikilah perkara tersebut supaya terpancar jelas cahaya keadilan .
Oleh,
MOHD NUR AL SUFI BIN ROMELE
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Sains (Kimia)
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
(Pengerusi Jawatankuasa Saudara Kita (JKSK))