Wednesday, July 8, 2009

PENDIRIAN MAHASISWA

Dasar pendidikan Negara yang dipanggil sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan semasa pentadbiran Negara diterajui oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah menimbulkan kontroversi dan mendapat tentangan yang hebat di kalangan pakar akademik, pakar bahasa , NGO, ibu bapa, guru-guru , pelajar dan pelbagai pihak. Ada juga sebahagian pihak yang menyokong dasar ini namun ia adalah golongan minority daripada rakyat. Perkara ini kami ketengahkan apabila membuat kajian dan dan perbincangan dengan golongan yang berautoriti dalam membicarakan berkenaan isu ini. Keprihatinan dan kasih saying kami kepda system pendidikan Negara ini menyebabkan kami terpanggil untuk menyatakan pendirian kami.
Penulisan ini dibuat bukan untuk menyatakan dalil atau hujah berkenaan betapa tidak relevennya dasar ppsmi ini diteruskan kerana sudah banyak hujah dan kajian telah membuktikan kelemahan ppsmi ini dalam meningkatkan mutu pendidikan negara . semua hujah dan kajian yang dibuat sudah cukup untuk membuktikan segalanya. Namun tujuan penulisan ini adalah untuk menyatakan pendirian kami sebagai mahasiswa pendidikan bahawa kami tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan untuk meneruskan ppsmi ini.
Kajian demi kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menyelami kerelevanan dasar yang dibuat. Hampir semua kajian yang dibuat menunjukkan kegagalan dasar ini untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkesan termasuk kajian yang dibuat oleh kementerian pelajaran Malaysia (Kajian Status Pencapaian Murid untul melihat pencapaian murid dalam pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik )sendiri. Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh kajian yang dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) menunjukkan bahawa PPSMI hanyalah dasar yang merugikan. Keadaan ini bukanlah suatu yang boleh dibuat main-main ataupun ‘melepaskan batuk ditangga’, ia adalah suatu yang serius yang perlu diambil tindakan dengan segera.
Kami akui banyak perkara perlu dikaji dan diimbal balik seperti kesan jangka panjang,faedah ,keburukan dan banyak lagi. Namun kemudharatan yang lebih besar perlu di elakkan contohnya seperti ekonomi. Walaupun telah banyak dana sudah dibelanjakan untuk mempentuk system ppsmi ini, yang boleh dikatakan akan merugikan ekonomi Negara jika dipinda kembali , kami berpendapat pindaan kepada bahasa melayu adalah pilihan yang lebih tepat kerana system pendidikan adalah suatu yang amat penting dan ia dalah penentu masadepan Negara. Keberkesanan system pendidikan adalah keutamaan. Penjanaan ekonomi Negara juga adlah datangnya deripada modal insan yang pempunyai nilai kefahaman dan intelektual yang tinggi. Oleh itu, pindaan semula akan menghasilkan kesan yang lebih baik.
Kesimpulannya, pendirian kami sebagai mahasiswa pendidikan adalah tidak menyokong penerusan ppsmi ini. Kembali kepada tujuan asal system pendidikan diwujudkan adalah memberi kesan kepada masyarakat untuk mencapai falsafah pendidikan Negara. Harapan kami supaya kerajaan membuat keputusan yang sebaiknya supaya ia boleh menjadikan system pendidikan Negara lebih baik dan member manfaat kepada semua.

Persatuan mahasiswa pendidikan utm.

1 comment:

Biasa said...

Wah, Sufi ader blog!!
canggih nampak!
^-"