Penulisan ini adalah untuk mengutarakan pandangan terhadap dua bentuk konsep yang mungkin boleh menjadi panduan kepada bakal pemimpin , pemimpin semasa ataupun mantan pimpinan. 2 konsep yang agak kontroversi jika di bahaskan secara mendalam. Konsep-konsep ini mengambarkan pemikiran seseorang pemimpin dalam mengerakkan organisasi pimpinannya. Kebanyakan pemikiran manusia adalah cenderung dalam membuat kritikan dan mengubahnya dengan perkara yang baru. Begitu juga dengan kepimpinan . apabila sesuatu kepimpinan itu lemah, kebanyakan akan cuba untuk mengkritik dan mencari jalan untuk mengubahnya. Namun perubahan kepimpinan tidak semestinya akan membawa suatu kebaikan kemungkinan juga dengan perubahan yang berlaku akan menyebabkan lebih banyak kelemahan. Dimana silapnya?
Kesilapan besar pemimpin adalah mereka tidak mampu untuk memimpin perubahan. Mereka boleh mengubah corak kepimpinan mereka ataupun menggantikan kepimpinan mereka dengan pimpinan yang baru. Namun permasalah dalam kepimpinan tidak akan selesai jika mereka tidak berdaya dan mengikut arus perubahan . Ini bermakna mereka punca dan dasar kekuatan dalam suatu kepimpinan adalah kemampuan memimpin perubahan.
Mengubah kepimpinan adalah suatu yang mudah. Jika ada suatu permasalah atau kelemahan perkara utama yang akan difikirkan adalah mengubah corak kepimpinan ataupun mengubah kepimpinan . hal ini kerana, mengikut pemikiran mereka jika perubahan ini dilakukan ia akan mampu menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh kepimpinan yang lama. Sedangkan pengubahan kepimpinan yang dilakukan itu merupakan suatu eksperimen melalui hiposis yang menyatakan jika corak kempimpinan di tukar pasti ia lebih baik. Pemikiran ini hanyalah berbentuk teori dan ia memerlukan percubaan . kemungkinan ia akan berjaya dan kemungkinan gagal.
Mengubah pimpinan mungkin salah satu faktor kejayaan organisasi namun ia bukan faktor primer atau utama. Faktor utama adalah kemampuan memimpin perubahan.
Sebagai contoh, kepimpinan di malaysia sudah 5 perdana menteri menjalankan tanggungjawab memimpin negara kini kepimpinan perdana menteri 6 bermula. Masing masing mempunyai kepimpinan tersendiri dan mereka mengubah kepimpinan mereka mengikut analisis mereka terhadap kepimpinan yang lepas dan cuba mencipta konsep yang baru.
Seperti Dato’ seri tun mahadhir mengunakan konsep wawasan 2020, dato tun abdullah menggunakan konsep modal insan dan islam hadhari seterusnya dato seri najib mengunakan konsep one nation. Semua konsep ini diperkenalkan untuk menghasilkan kepimpinan yang cemerlang. Namun ianya tidak dapat jua menyelsaikan permasalahan rakyat yang perbagai dlam pelbagai bidang seprti agama, ekonomi , isu bangsa, dan pelbagai lagi. In jelas menunjukkan mengubah kepimpinan tidak bermakna akan menghasilkan suatu yang cemerlang. Mereka tidak mampu untuk memimpin perubahan rakyat.
Memimpin perubahan bukanlah suatu yang mudah ia memerlukan memikiran yang beraras tinggi dan mempunyai kemahiran generik yang baik. Pemimpin yang mampu memimpin perubahan akan mampu menjadikan perubahan tersebut dalam penguasaannya. Segala permasalahan dan kelemahan yang wujud dalam organisasi yang dipimpinnya boleh diselesaikan dengan mudah kerana pemimpin seperti ini mampu meluaskan pengaruhnya dilingkungan realiti.
Perubahan adalah suatu yang realiti . menurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji manusia ( sosiologi) manusia adalah makhluk yang wajib dan pasti akan mengalami perubahan. Perubahan daripada bentuk fizikal, pemikiran, tingkah laku, sifat, sikap dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia. Sesiapa yang tidak bloeh meraikan perubahan akan mengalami kesulitan dalam kehidupan. Pemimpin adalah manusia yang memimpin manusia dalam bentuk organisasi. Manusia yang dipimpin oleh pemimpin pasti akan berubah, jika pemimpin tidak mampu memimpin perubahan ini pasti kepimpinannya lemah dan hancur.
Banyak lagi hujah yang menyokong konsep dimana perlu kepada kemampuan memimpin perubahan. Cukup setakat ini dulu. Penulis berhasrat untuk menerima hujah yang akan di lontarkan oleh sahabat penulis yang mana menyokong pengubah kepimpinan adalah lebih baik daripada kepimpinan. Insyaallah, penulis akan cuba huraikan dengan lebih lanjut jika isi yang diberikan ini tidak memuaskan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment