dah lama tak update blog ni. maaf ye kepada semua peminat. he.. he..
berkenaan subjek teras di kurangkan , saya berasa tidak senag hati mendengarnya. sebelum ni menteri pelajaran memeri kenyataan yang menyatakan kementerian akan mengehadkan pengambilan subjek kepada 10 subjek. saya merasakan keputusan ini diambil secara terburu-buru tanpa menyelidikan yang jelas.
apabila subjek teras dikurangkan kepada 3 atau 4 subjek pasti ada subjek yang akan dicicirkan (sebelum ni 6 subjek) . agak agak lah subjek apa yang dicicirkan tu ye??
1. b. melayu
2. b. inggeris
3. matematik
4. sejarah
5. sains
6. pendidikan islam/ moral
yang pasti, subjek bahasa (melayu dan inggeris) tidak akan digugurkan kerana bahasa melayu adalh termasuk dalm perlembagaan dan agen penyatuan rakyat , begitu juga dengan b. inggeris yang ingin diperkasakan .apatah lagi jika ingin mengetepikan matematik yang cukup penting dalam membina pemikiran dan juga pengunaan seharian manusia.
yang tinggal sekarang adalah 3 subjek yang akan fight untuk menjadi subjek teras. sata tidak kisah jika sejarah atau sains akan digugurkan . namun jika subjek pendidikan islam/moral di gugurkan daripada subjek teras. ia pasti akan mengundang masalah.
jika kita lihat bagaimana keadaan masyarakat sekarang yang kian menjauhi agama. jika pendidikan menjadi elektif, ia menunjukan pendidikan islam/moral adalah tidak penting. nak ambil atau tidak terpulang. sudah pasti dalam keadaan masyarakat seperti ini akan cuba mengambil pendidikan islam sambil lewa kerana kerajaan sendiri menjadikannya tidak penting.
harapan saya jika perancangan pengurangan subjek ini diteruslah, subjek pendidikan islam perlu kekal sebagai subjek teras, untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap agama dan akhlak. jika tidak , maaf jika saya katakan kerajaan ingin meninggalkan agama dan akhlak sebagai komponen terpenting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aku panas isu nih..ngarut tul la..sekat budak2 pandai.dengki bdak sek agama yang monopoli keputusan tertinggi setiap tahun...ish..potong btul la..
salam
apelagi isu yg menimbulkan spekulasi nih!!waduh2..
tak cukup dengan PPSMI , isu yg tak selesai2..kini timbul pulak isu baru..
ana pelik lah kpm ni
sesuka hati je nak wat gi2 gini..
seolah2 keputusan yg dibuat tu muktamad..sedangkan perlu dibincang semasak masaknya..kasian anak anak malaysia terutama student sekolah agama
terpaksa jadi robot ikut arahan pihak atasan yg bai ana pendek akal..pasti ada udang disebalik batu ni!!
agaknya termakan hasutan rang 2 yg jeles ikon cemerlang sekarang budak sekolah agama..alangkah sedihnya pengembanagn ilmu disekat.alasannya sangat remeh pasal biasiswa kononnya...
ana tak penah lah dengar
takat ni sistem pendidkan negara lain buat limitasi macam yg kpm buat ni.waduh2..
yg pasti mangsanya budak sekolah agamalah..tak dapat nak ambik subjek penting
lama lama subjek yg jarang student ambil kerana limitasini pasti boleh terkubur seolah olah tak wujud dalam sistem pendidkan selama ni...
p/s : semua benda pun nak disekularkan.sekarang ni..pening2..!
Post a Comment