Thursday, January 22, 2009

ulama mencatur atau dicatur

Pelbagai pendefinisian telah diberi berkenaan ulama, adakah ulama adalah golongan yang hanya menguasai dan pakar dalam bidang agama semata-mata ataupun golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan pakar dalam pelbagai bidang. Pendifinisian ini membawa pengertian yang besar terhadap tajuk yang dibincangkan. Perbincangan yang ingin saya bawa adalah lebih menjurus terhadap keadaan di Malaysia.
Pendapat saya ulama adalah golongan yang mengunakan seluruh kekuatan dan usahanya dalam memartabatkankan islam di atas muka bumi melalui kepakaran yang ada. Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi. Mereka bertanggungjawab membawa tanggung jawab nubuwwah sepertimana yang tunjukkan oleh nabi-nabi . merka adalh reformis yang mana membawa kebaikan dan pengislahan seperti mana nabi-nabi terhadap kaumnya. Mereka juga adalh golongan yang paling bertakwa kepada ALLAH seperti mana yang dinyatakan oleh al-quran. Umara yang zalim dan fasik tidak boleh memperkotak katikkan dan menbonekakan mereka seterusnya meletakkan mereka ke kelas kedua. Mereka bukan hanya dilihat dengan keilmuan mereka semata mata, tetapi berdasarkan usaha mereka mengaplikasikan ilmu di dalam masyarakt. Itulah ulama dari pandangan saya.
Antara persoalan yang wujud sekarang
1. Masalah social berleluasa.
2. Program –program kemaksiatan melata
3. Isu isu akidah semakin berleluasa
4. Pelbagai lagi
Dimana kedudukan ulama?
Jadi saya membawa perbincangan ini untuk difikirkan bersama. Adakah ulama mencatur atau dicatur?

1 comment:

Anonymous said...

ulama seharusnya mencatur segala sistem di dunia ini baik dalam pemerintahan, pendidikan, pentadbiran,ekonomi.kerana itulah pemimpin perlu dipilih dikalangan ulama
yg boleh mentadbir muka bumi Allah mengikut segala syariatNya..
ulama akan mengamalkan islam sepenuhnya dalam sistem urusan dunia
semua itu kerana islam itu bersifat syumuliah..
apabila pemimpin itu bukan dikalangan ulama lebih teruk lagi yang membiarkan maksiat berleleluasa akibatnya..timbullah masalah akidah dikalangan masyarakat.
rata rata masyrakat yang berpemikiran sekular menganggap ulama sebagai tiada nilainya
nauzubillah
kerana itu dakwah perlu diperkasakan biar akidah umat islam teguh,utuh dan menerima sepenuhnya islam dalam kehidupann
sekaligus pada saat itu ulama ini dihargai dan boleh mencatur segala urusan muka bumi berlandaskan islam tidak lagi dicatur oleh manusia yg hanya bertopengkan islam ..
wallahu a'lam..