Monday, February 15, 2010

BERPINDAH KE BLOG BARU

SALAM, KEPADA SEMUA SIDANG PEMBACA , PENULIS BLOG INI AKAN BERTUKAR KEPADA BLOG YANG BARU UNTUK DIBERIKAN NAFAS BARU. OLEH ITU BLOG INI MENJADI ARKED UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT.

BLOG BARU: www.sagesufi.blogspot.com

Thursday, February 11, 2010

Apabila kasih sayang dan kecintaan dikhianati, apabila kesetiaan diragui, apabila jiwa dilukai

Jalan dakwah adalah jalan yang penuh dengan onak dan ranjau. Yang memerlukan kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Individu dalam perjalanan ini akan merasai pelbagai perasaan. Kadang kadang sedih, kadang kadang gembira kadang kadang kecewa, kadang kadang manis kadang kadang pahit. Semuanya akan dirasai disebabkan ini adalah sunnah dakwah itu sendiri. Disebabkan itulah ramai dikalangan yang mendakwa dirimereka sebagai pendakwah ini, cuba membina diri dengan suatu proses yang dinamakan tarbiyah. Persoalan tarbiyah merupakan persoalan penting dalam memastikan individu yang berada dijalan ini sentiasa disiapkan daripada pelbagai sudut tidak kira dari sudut akidah, rohani, mental,siasah, fizikal, emosi, Perjalanan dakwah ini akan sentiasa berubah dan berganti-ganti.

Namun apabila perjalanan dakwah ini tidak dilandaskan atas perkara yang utama dan tidak bersifat meluas dan sempit, melihat sudut yang menumpu, tidak meraikan perubahan, menyekat idealisma, terlalu focus kepada individu dan kumpulan tertentu, tidak mengutamakan apa yang utama. Lalu jalan dakwah ini menjadi medan bertempur sesama sendiri, mendengar daripada sebelah pihak dan menentang pihak yang lain walaupun satu pertalian, saling salah menyalahkan, tiada empati, semuanya persepsi. Dan akhirnya membuahkan hasil seperti dengki, rasa diri hebat, mendakwa individu atau kumpulan yang lain memecah belahkan kesatuan, tidak mahu mengaku salah dan pelbagai lagi penyakit hati. Semuanya ini dibuat secara halus dan dibelakang tanpa ada perbincangan yang matang. Jika adapun ianya agak terlewat dan telah menghasilkan kesan yang melibatkan maruah individu lain.


Apabila kasih sayang dan kecintaan dikhianati,

Sebelum seseorang itu matang dalam jalan dakwah ini, mereka akan ditempatkan didalam suatu proses yang dipanggil usrah. Ada seorang individu bertanggung jawab menjaga ahli dalam usrah tersebut yang dipanggil sebagai naqib. Naqib itu amat sayang dan banggakan akan ahli usrahnya. Sehinggakan dimana sahaja naqib tersebut sentiasa menceritakan berkenaan kehebatan ahli usrahnya. naqib sentiasa menharapkan ahli usrahnya lebih hebat dan lebih baik daripada dirinya. Sentiasa mendoakan mereka.

Jika ada yang menpertikaikan ahli usrahnya, naqib akan mempertahankan mereka. Naqib tidak pernah mengharapkan apa apa balasan hanya ingin melihat ahli usrahnya menjadi perjuang islam yang hebat yang boleh menjadi sebahagian daripada rantai perjuangan dakwah. Naqib tidak mengharap dipuji dan dihargai tetapi mengharapkan keterikatan hati. Naqib tidak pernah mengadu tidak cukup masa dan ruang, kerana naqib akan sentiasa mencari masa untuk ahlinya. Kerana dia merasakan ahli usrahnya seperti adik yang perlu dibimbing dan diberikan peluang.

Jika ada yang bersangka buruk dan menuduh ahli usrahnya dengan bermacam tuduhan, naqib tersebut akan mempertahankan mereka dengan maruah naqib sendiri.
Namun apabila mereka sudah berada diperingkat matang dalam jalan dakwah, sebahagiannya sudah tidak lagi merasakan perasaan yang sama, jika naqib mereka mempunyai masalah, mereka tidak pernah cuba menolong dan memahami naqib, bahkan ada yang menyebabkan naqib semakin tersungkur. Walaupun sebelum itu, naqib sentiasa mengorbankan perasaan mereka dengan karenah anak usrah yang perbagai, walaupun banyak kali perkataan-perkataan ahli usrahnya melukakan hati naqibnya. Naqib sentiasa bersangka baik dengan menenangkan hati dengan menyatakan kepada hatinya “takperlulah ambil hati, mereka tidak memaksudkan apa yang aku faham”, dan terus melupakannya. Mereka tidak datang bertanyakan dengan baik apabila mereka terdengar suatu yang buruk melanda naqib. Sedangkan naqib dahulu sentiasa risau tentang mereka walaupun tidak ditunjukkan dengan riak muka. Naqib tidak kisah menangis seorang diri untuk kegembiraan ahli usrahnya. Kerana naqib mempunyai prinsip “ sekali kamu menjadi ahli usrah ku, selama- lamanya kamu adalah ahli usrahku, aku akan menjaga kamu dengan baik walaupun tidak bersama”.


Apabila kesetiaan diragui,

“Saya hendak melahirkan generasi selepas ini lebih baik dari saya dalam jalan dakwah ini, saya tidak mahu mereka mengulangi kesilapan yang pernah saya buat. Saya nak mereka mencapai kemenangan dalam jalan dakwah mereka walaupun waktu saya tidak dapat.” Itu merupakan ungkapan yang disemat dalam hati naqib kepada generasi baru. Pengalaman naqib hendak naqib sampaikan kepada mereka supaya mereka boleh menggerakkan dakwah dengan lebih baik.

Namun, apabila naqib berbuat sesuatu yang dirasakan berbeza dengan sebelum ini, mereka memandang enteng. Sedangkan naqib berbuat atas pengalaman yang ada. Dalam kesatuan naqib akan sentiasa taat dalam jalan dakwah ini. Naqib tidak pernah terfikir hendak meruntuhkan kesetiaan naqib dalam menggerakkan dakwah. Naqib pernah menyampaikan hasratnya untuk melakukan perubahan itu, nanum naqib tidak tahu adakah generasi baru mendengar hasrat tersebut. Naqib menjalankan tugas dalam proses tarbiyah dan naqib cuba bersuara juga, tetapi berlaku suatu yang tidak diingini. Naqib pernah mengorbankan masa , tenaga, wang ringit, ibu bapa yang sakit dirumah , adik yang inginkan kasing sayang abangnya, semata mata ingin memastikan proses tarbiyah dijalankan walaupun pelbagai rintangan dilalui. Kesetiaan yang yang mana dipertikaikan dalm jalan dakwah ini. Naqib hanya inginkan yang terbaik untuk mereka kenapa tidak mahu empati kenapa perlu persepsi? Lalu naqib menceritakan tentang hasratnya kepada orang lain untuk memastikan hasratnya itu tidak hilang dari pemikiran, kerana naqib rasa itulah yang terbaik. Ia merupakan idea yang terhasil daripada pengalaman, mengamatan, kajian, ilmu dan kesedaran. Tetapi idea ini disalah faham. Sedangkan idea ini adalah kerana kecintaan naqib terhadap perjuangan. naqib tidak berharap untuk mengikut cara pemikiran naqib tetapi hanya hendak difahami. jangan salahkan naqib.

Air mata tetap mengalir walaupun naqib seorang lelaki

Apabila jiwa dilukai???????

Penulisan diatas merupakan rumusan daripada sebuah buku yang berjudul “aku naqibmu”. Saya mengharapkan kepada sidang pembaca boleh memberikan komen terhadap penulisan ini.

Friday, January 22, 2010

menulis???

Sudah saya tidak mencoretkan sesuatu diatas sawang ni. Bukanlah diseabkan sibuk sangat tetapi berfikir panjang. Setiap kali hendak meletakakn sesuatu huruf atau perkataan saya menilai kembali , adakah perlu perkataan ini diletakan? Apakah kesannya kepada pemikiran pembaca? Banyak persoalan yang bermain dalam pemikiran saya setiap kali hendak menulis. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Mungkin sesetengah orng berpendapat menulis ini , asal dapat point dan ada isi yang hendak ditulis maka teruskan menulis. Tetapi tidak bagi saya, saya sentiasa berfikir perlu ke saya menulis perkara ini dan perkara itu. Saya amat takut jika saya menulis tentang sesuatu masih banyk perkara yang terlepas pandang dan tidak menghasilkan kesan yang patutnya atas kejahilan diri ini.

Saya juga hendak jadi seperti sesetengah orang yang berani dan pantas dalam merespon isu. Saya juga hendak jadi seorang yang memberikan fakta yang hebat dan menarik. Namun apakan daya kejahilan lebih menguasai diri ini.

Carilah ilmu……

Monday, December 21, 2009

Diskusi Buku 2 –As Sirah An-Nabawiyah (Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi) Bahagian 1

Sirah Rasulullah merupakan sejarah kehidupan Rasulullah yang banyak dinukilkan oleh para ulama dengan belbagai bentuk penceritaan . Ada sesetengah kitab menghuraikan sirah dari sudut sejarah dan berfakta seperti kitab ar-raheeq al- makhtum dan Rasul Ulul Azmi Nabi Muhammad saw, ada yang menghuraikan mengikut ijtihad politik dan perjuangan seperti fiqh harakah dan fiqh sirah, ada yang menghuraikan dari sudut teladan pedoman umum dan pelbagai lagi.Disebabkan itulah, bagi saya pembacaan dan analisis buku-buku sirah perlu diperluaskan lagi disebabkan sirah merupakan salah satu tunjang didalam Islam. Nubuwah merupakan salah satu cabang dalam usul akidah. Oleh itu, wajib atas setiap umat islam mengenali kisah hidup dan perjuangan serta mencintai Rasulullah. Tidak dilupakan seharusnya pembacaan buku sirah perlu ditalaqi bersama-sama ustaz yang ‘ahli’nya supaya kefahaman berkenaan sirah tidak dipengaruhi oleh firqah-firqah yang bukan daripada Ahli sunnah wal Jamaah seperti Syiah.

Baru-baru ini saya sudah menghabiskan satu lagi kitab sirah yang agak hebat dan menarik iaitu buku Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi yang bertajuk As-Sirah An-Nabawiyah. Beliau menghuraikan sirah melalui kaca mata al-quran dan menyentuh juga berkenaan isu-isu kontroversi berkenaan sirah nabawiyah. Buku ini merupakan himpunan artikel, kuliah, ceramah dan dialog umum oleh Syeikh Muhammad. Buku ini boleh dikatakan hasil suatu usaha dan proses yang amat rumit melalui penlitian, pengkajian dan dokumentasi.

Jika saya hendak mendiskusikan semua isi yang ada dalam buku yang setebal 570 muka surat ini, nescaya saya akan menulis satu lagi buku yang baru. Jadi saya akan huraikan pembacaan saya secara umum dan mengambil perhatian kepada isi-isi penting yang perlu dikongsikan bersama. Saya akan diskusi lebih kepada pengajaran yang dibentangkan dalam buku ini. Oleh itu, keterangan berbentuk fakta akan saya kurangkan, kerana fakta berkenaan sirah ini kebanyakan boleh dibaca daripada pelbagai buku sirah yang ada di pasaran.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam buku ini adalah berkenaan kelahiran rasulullah. Segala perkara berkenaan rasulullah telah disebut lama di dalam kitab kitab sebelum ini seperti kitab injil dan taurat walaupun sebahagian besar dalam kitab tersebut telah diselewangkan. Keadaan masyarakat jahiliyah sebelum kelahiran rasulullah amat teruk dan menjijikan. Namun ALLAH memilih Mekah sebagai tempat yang terbaik untuk dilahirkan padanya seorang Rasul yang memberi rahmat di sekelian alam. Ulama banyak membahaskan berkenaan sebab-sebab rasulullah dilahirkan dimekah dengan penuh ilmiah dan berdasrkan dalil aqli serta naqli antaranya pemikiran masyarakat mekah tidak dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran falsafah dan ketuhanan yang memeningkan seperti ketamadunan yunani .

Semasa kelahiran rasulullah juga terdapat pelbagai peristiwa yang amat mengagumkan den pelik pada pemikiran manusia seperti terpadamnya api parsi yang tidak pernah padam beratus tahun dan dan pelbagai lagi. Namun untuk menceritakan berkenaan kisah dan peristiwa kelahiran Rasulullah saya lebih suka untuk merujuk kepada kitab barzanji yang menceritakan secara teliti dan menyeluruh. Kitab tersebut amat baik dipelajari oleh setiap muslim secara bertalaqi.

Saya rasa cukup dulu diskusi untuk kali ini. Mungkin diskusi ini masih banyak yang boleh dibahaskan dan ditampung oleh semua. Jadi saya harap dibahagian komen pembaca sekalian boleh menambah isi dan memantapkan lagi perbincangan kita. Nanti dibahagian lain saya akan menambahnya kemudian.

Monday, November 30, 2009

kekeliruan dalam akidah

ulasan saya: sekarang ini kita berhadapan dengan isu akidah yang cukup memeningkan. dan ianya berlaku banyak dikalangan golongan yang membawa dakwah tidak kira di kampus atau di luar kampus. maaf bagi semua jika saya mangatakan bahawa golongan dakwah kampus berdawah dengan keadaan tidak jelas berkenaan akidah. bagaimana hendak kita betulkan perkara ini. nescaya jawapannya carilah ilmu dengan ahlinya(yakni guru yang memang menyelami dalam bidang usuludin dan mempunyai sanad yang benar dan sahih lagi jelas). bagi saya pendakwah di kampus perlulah mencari jalan yang terbaik supaya tidak jatuh kedalam kekeliruan akidah kerana pendakwah kampus adalah pejuang akidah. artikel dibawah bukanlah untuk melabelkan sebagian golongan(kecuali jelas golongan tersebut dengan apa yang dibawanya)tetapi untuk menjadi pencerahan minda untuk kita semua dalam mencari kebenaran.


Tulisan 'Bahaya Taklid Dalam Akidah' ini ditulis oleh Dr Asmadi Mohamed Naim (UUM) sila rujuk Utusan Malaysia 25 November 2009 (klik sini). Saya harap ia dapat dimengertikan oleh ramai pembaca Insya-Allah.

APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.

Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.

Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?

Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (al-Zukhruf: 87).

Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).

Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. (al-Zukhruf: 88).

Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.

Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?

Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.

Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?

Maka saya berkata: "Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.

"Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).

Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!

Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.

Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma'mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M'tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.

Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan 'fitnah al-Quran itu makhluk' yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.

Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy'ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).

Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.

Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy'ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.

Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).

Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.

Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: "Wujud maksud ada, lawannya tiada.... akhirnya semuanya tiada".

Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.

Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.

Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?

Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.

Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.

Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.

Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).

Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).

Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.

Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-'ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.

Sunday, November 29, 2009

diskusi buku 1

Baru-baru ini saya telah membaca sebuah buku yang amat menarik ntuk dikongsikan bersama. Buku tersebut ber genrekan buku agama dan pemikiran. Buku yang menyentuh berkenaan kewujudan Dajjal sebagai perancang konspirasi dunia sekarang. Tajuk buku tersebut adalah MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL ditulis oleh Muhammad Nurani Maarif. Buku ini amat menrik untuk dibaca kerana gaya penulisan yang santai dan berfakta diadunkan bersama untuk menceritakan suatu hal yang amat serius.

Buku ini mengandungi 8 bab yang disusun dengan baik mengikut peringkat-peringkat yang saptutnya untuk memudahkan kefahaman pembaca terhadap isu yang ingin diceritakan. Kefahaman pembaca berkenaan isu yang diceritakan semakain bertambah apabila melalui bab demi bab. Berikut adalah senarai bab yang dibincangkan dalam buku ini.

BAB 1: MEMAHAMI HAKIKAT DAJJAL
BAB2: DAJJAL BERLINDUNG DI SEBALIK MISTERI DUNIA
BAB 3: MENJEJAKI PULAU MISTERI ; TAMIM AD-DARI
BAB 4: PENGEMBARAAN LELAKI MISTERI BERNAMA DAJJAL
BAB 5: DAJJAL IN PERSON
BAB 6: SAAT KEMUNCULANNYA
BAB 7: PERSIAPAN MENGHADAPI FITNAH DAJJAL
BAB 8: BENTENG TERAKHIR: SURAH AL-KAHFI DAN TAUHID IHSAN

Semasa saya hendak mendiskusikan buku ini, saya terfikir adakah saya ingin mendiskusikan buku ini bab demi bab ataupun secara keseluruhannya. Lalu saya saya mengambil keputusan untuk meyimpulkan buku ini secar keseluruhan supaya perbincangan yang dilakukan boleh mencapah dan terbuka.

Penulis buku ini cuba mengambil hadith sahih yang diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Hamdan dan disampaikandari Fatimah binti Qais yang mendengar dari Rasulullah SAW yang menceritakan berkenaan Tamim Ad-Dari berjumpa dengan Dajjal disebuah pulau.

Hadith ini perlu diambil secara zahirnya tanpa perlu ditakwilkan kerana sebahagian yang mentakwilkan Hadith ini telah menyababkan bentuk sebenar Dajjal disalah fahami. Adakah Dajal itu individu ataupun kelompok ataupun hanya pemikiran ? penulis mengambil pendekatan untuk menilai Dajjal sebagai seorang individu atas beberapa nas dan dalil yang kuat. Penulis menegaskan bahawa bentuk sebenar dajal perlu dijelaskan kerana jika kita tidak mengenal bentuk musuh kita bagaimana kita hendak menentangnya seperti seorang budak yang hendak mandi di sungai tidak kenal buaya lalu mendapat cerita buaya seperti cicak sudah pasti budak tersebut berani mandi disungai tersebut tanpa persediaan ,tidak berhati-hati dan akan menjadi mangsa. Penulis juga cuba mengaitkan perihal dajjal dengan ibnu sayyad iaitu seorang sahabat di zaman rasulullah di dakwa adalah Dajjal.

Segala peristiwa dan kejadian misteri seperti batuan granie bulat di costa rica, tengkorak crystal, bongkah batu di Scotland, antikythera mechanism , Stonehenge di pulau easter, pyramid, ziggurat dan banyak lagi binaan dan alatan yang mempunyai perkitan yang rapat dan merupakan symbol ketamdunan yang mana dibelakangnya ada seorang ‘individu’. Individu yang mempunyai kebolehan akal yang tinggi, ilmu yang mendalam, pengaruh yang hebat dan yang memberi kesan yang besar kepada sesebuah ketamadunan. Semua perkara misteri tersebut dikaitkan dengan pembuatan teknologi yang tinggi yang tidak dapat di fikirkan oleh akal logic seperti ianya datang dari angkasa ataupun daripada masa hadapan . individu tersebut mempunyai team atau kumpulan tersendiri yang langsung atau tidak langsung bertindak sebagai kelompok yang membawa agenda individu tersebut dalam masyarakat seperti The Trule Society (antara tokoh yang terlibat Leonardo da Vincci, Francis Bacon dan beberapa yang terkenal), freemason, Illuminati dan seangkatan denganya.

Kehebatan individu tersebut terserlah dengan banyak konspirasi yang terancang dan peristiwa yang berlaku pada dunia sekarang amat berkait rapat dengan individu tersebut. Seolah-olah individu tersebut mengawal setiap kejadian yang berlaku untuk memastikan semua makhluk di alam ini tertakluk pada perancnagannya. Peristiwa seperti perang dingin, perang dunia kedua , peristiwa 11 september, kematian tokoh-tokoh besar dunia dan pelbagai lagi seperti dirancang oleh individu yang direelisasikan oleh golongan tertentu. Lalu penulis mengaitkan individu yang mempunyai perkitan dengan tamadun atlantis, segi tiga Bermuda, dipanggil sebagi merlin(mitos eropah) , dewa kaum madyan adalah individu yang sama dan dia adalah Dajjal.

Oleh itu, penulisan ini dibuat bukanlah hanya untuk dibentangkan fakta dan kesedaran semata-mata tetapi ia juga menyediakan beberapa penyelesaian untuk menangani fitnah Dajjal amat membingungkan ini. Pembentukan tauhid ihsan yang kuat dan kukuh dan ditambah dengan doa dan ayat Al-Kahfi ( hadith) diletakan sebagai penyelesaian yang terbaik kerana ini perupakan saranan dantegasan daripada Rasulullah SAW sendiri dan para sahabat. Saya mengharapkan diskusi buku ini dapat membuka minda kita semua untuk lebih lagi mendalami keilmuan dengan pembacaan yang banyak dan bertalaqi dengan guru yang sebenarnya seupaya kita tidak jatuh kedunia kejahilan yang akan memusnahkan diri kita semua.

Wednesday, September 23, 2009

MMM....

salam, SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI, BLOG INI AKAN TIADA POSTING SELAMA 2 BULAN KERANA SEBAB SEBAB TERTENTU. HARAP MAKLUM.

Sunday, August 23, 2009

budaya ilmu 3

Apabila memperkatakan berkenaan kebudayaan, maka perkara yang biasanya akan timbul dalam pemikiran bahawa budaya itu adalah segala perkara yang berkaitan dengan segala bentuk kegiatan seni, sama ada seni lukis, seni muzik ataupun seni tarian dan sebagainya. Namun sebenarnya maksud budaya adalah lebih daripada itu. Budaya sebenarnya adalah cara hidup sesuatu masyarakat serta kemajuan keseluruhan cara hidup manusia yang melibatkan akal, akhlak dan daya usaha mereka. Jadi secara tidak langsung, budaya itu mencerminkan taraf pencapaian serta perilaku kehidupan sesebuah masyarakat. Ia meliputi beberapa perkara penting seperti peningkatan ilmu, cara berfikir, cara bertindak dan juga cara mengurus serta mentadbir kehidupan seharian.

Budaya ilmu menurut tafsiran Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ialah “kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan dan keadaan dimana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentukan dan diputuskan serta dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan.”
Takrifan tersebut jelas menerangkan bahawa budaya ilmu adalah penglibatan yang secara menyeluruh secara langsung atau tidak langsung untuk menjadikan ilmu sebagai terasnya dalam diri individu ataupun masyarakat. Namun keadaan yang dilihat sekarang ilmu hanya menjadi alat kerana terasnya adalah material dan kemewahan dalam kehidupan. Disebabkan itu, pengetahuan yang ada bukanlah untuk menjadikan ilmu sebagai teras tetapi untuk memenuhi kepentingan diri semata-mata.
Segala perkara yang dilakukan atas dasar dan teras keilmuan merupakan budaya ilmu. Kecintaan kepada ilmu dengan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti keilmuan secara langsung atau tidak langsung membentuk budaya yang cemerlang. Budaya membaca, penulisan, penerbitan, pengkajian, diskusi ilmiah adalah diantara komponen yang penting dalam pembudayaan ilmu.

Mahasiswa pendidikan merupakan bakal guru yang akan memimpin generasi masa hadapan. Seorang guru perlu melengkapi dirinya dengan ilmu yang secukupnya untuk membentuk generasi akan datang. Kehidupan berbudaya ilmu sepatutnya menjadi salah satu cara hidup yang wajib wujud dalam diri seorang guru. Guru bukan hanya mengajar ilmu akademik semata-mata tetapi mengajar ilmu kehidupan yang sebenarnya seperti akhlak, pembentukan peribadi yang baik, kaitan dengan agama dan sebagainya supaya pendidikan yang holistic dapat diwujudkan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Falsafah pendidikan Negara menyatakan " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

mohd nur al sufi bin romele

Tuesday, August 18, 2009

budaya ilmu 2

Perkembangan tamadun adalah disebabkan oleh pembudayaan ilmu yang utuh dan mendasar. Kebanyakan ketamadunan mencapai kegemilangannya apabila ilmu diletakan ditempat yang paling atas dalam merangka ketamadunannya contohnya tamadun islam seperti tamadun Ummayah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah dibangunkan dengan menjadikan ilmu sebagai asas dalam perlembagaan, begitu juga dengan tamadun yunani yang dibantu oleh golongan ilmu seperti Socrates, Plato, Aristotle dan ramai lagi. Perubahan nilai dalam sesebuah masyarakat juga adalalah disebabkan oleh ilmu seperti Renaisence . begitu juga dengan bangsa yang membangun dan menjadi mulia disebabkan oleh ilmu seperti bangsa Arab apabila di turunkan perutusan daripada tuhan yang membawa cahaya ilmu.

Ilmu adalah suatu integrasi diantara pengetahuan yang holistic dengan tindakan yang jelas. Ilmu bukanlah suatu yang terjuzuk dan terpisah seperti yang wujud sekarang ini. Segala maklumat dan pengetahuan yang tidak berintegrasi dan holistik tidak boleh dipanggil ilmu . Ia hanya boleh dipanggil sebagai pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ilmu sepatutnya mampu untuk membangunkan potensi diri dengan mengaitkan segala pengetahuan dengan kesedaran diri yang tinggi. Ilmu akan mengenalkan seseorang dengan penciptanya. Disebabkan iulah apabila ilmu penuh didada seseorang itu semakin rendah diri. Namun apabila ia bukalah ilmu , ia hanya akan menyebabkan maklumat penuh didada dan menjadi semakin sombong dan bongkak.

Perkembangan ilmu berlaku apabila ia menjadi suatu budaya didalam masyarakat. Budaya perlu wujud kerana ia merupakan identiti bagi sesebuah masyarakat. Mewujudkan budaya bukanlah suatu yang mudah, perlu ada sekelompok manusia yang wujud dalam mayarakat membawa gagasan tersebut sebelum ia menjadibudaya dalam masyarakat. Budaya ilmu amat penting untuk membentuk masyarakat yang cemerlang sepertimana yang ditunjukkan oleh sejarah. Kejatuhan sesebuah masyarakat adalah di sebabkan kebenjatan budaya ilmu dan meningkatnya budaya negatif seperti hedonisma, kegilaan pangkat dan kuasa , kecenderungan kearah rasuah dan sebagainya. Masalah ini akan menyebabkan pembangunan intelektual didalam masyarakat menjadi lemah dan merosot. Pembangunan intelektual adalah pembangunan akal yang dimurnikan dengan prinsip yang kuat. Sesebuah masyarakat akan rosak jika komponen intelektual ini tidak dijadikan salah satu elemen utama dalam masyarakat.

Intelektualisma merupakan komponen yang tidak dapat dipisahkan dengan matlamat sebagai seorang mahasiswa. Ia juga merupakan elemen utama dalam pembentukan institusi pengajian tinggi dengan membentuk masyarakat yang tersendiri mempunyai entiti yang unik. Masyarakat yang berada di institusi pengajian tinggi dipanggil sebagai universiti ini merupakan golongan elit yang tidak dipisahkan dengan budaya ilmu. Hal ini, sering sering diperkatakan kerana sejak sekian lama pengajian tinggi adalah sinonim dengan perkembangan ilmu , tamadun ilmu, dan tradisi yang memartabatkan ilmu. Mahasiswa merupakan salah satu komponen utama dalam membawa agenda pembudayaan ilmu. Disebabkan itu , mahasiswa juga dipanggil sebagai golongan intelektual dan tidak dapat dipisahkan dengan budaya ilmu.

Mahasiswa perlu membawa agenda pembudayaan ilmu kedalam mayarakat untuk membuktikan bahawa berada universiti bukanlah sekadar untuk mendapat sijil semata-mata tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan nilai sebagai seorang mahasiswa yang mampu hidup dalam apa jua keadaan sekali. Nilai sebagai seorang mahasiswa ialah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap yang didasarkan kepada ilmu. Mahasiswa yang mempunyai purata nilai gred yang tinggi bukanlah penunjuk yang sesuai dalam memberikan nilaian ilmu, ia hanyalah nilaian pengetahuan yang tinggi. Nilaian ilmu apabila individu atau sesebuah masyarakat mampu untuk menterjemah pengetahuan itu secara holistic dan member manfaat kepada semua.

mohd nur al sufi bin romele

Friday, August 14, 2009

jawapan naib cancelor utm

Terima kasih,

1. Apakah program budaya ilmu sesuai untuk mahasiswa?
Lihat hal, 70 buku Menghayati Budaya Ilmu (edisi pertama).

2. Kaji tahap perkembangan budaya ilmu?
kaji dari segi nilai ilmu, komitmen terhadap aktiviti ilmu, sumber ilmu dan penghayatan ilmu dari segi amalan dan sikap terhadap ilmu yang dipelajari. Boleh juga dibuat kualitative analysis. Contoh integriti dalam ilmu (lawan meniru, ciplak dll); sanjung ilmu (lawan melebihkan hal yang bukan bersifat keilmuan, misalnya antara membeli buku dan kad prepaid talipon) dll

3. Budaya ilmu di UTM?
Perlu sama-sama disuburkan oleh setiap pihak. Saya tak mahu menjadi Hakim, tetapi jadi petugas ilmu yang sama-sama mencari jalan menyubur dan menghayati ekosistem intelektual.

4. SUmber rujukan dan instrumen?
For you to think!

TQ and salam.
------------------------------------------------------------------------------------------------

PROF. DATO' IR. DR. ZAINI UJANG

Vice-Chancellor / Naib Canselor
(Professor of Environmental Biotechnology)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 Johor Bahru
Malaysia

Tel +6 07 553 0000 or +6 07 557 5960
Fax: + 07 557 9376
Email: zaini@utm.my

UTM Website: http://www.utm.my
Personal: http://www.fkkksa.utm.my/staff/zaini

email untuk naib cancelor utm

Assalamualaikum, tahniah kepada Prof Dato. kerana berjaya memacu utm sehingga berjaya mendapat ranking yang terbaik di malaysia dan antara terbaik di asia. Saya Mohd Nur Al Sufi Bin Romele. Saya merupakan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) juga merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan. Saya sekarang tengah membuat projek sarjana muda yang bertajuk Budaya Ilmu Dikalangan mahasiswa . Saya memilih tajuk ini kerana tertarik dengan gagasan yang dibawa oleh Prof. Dato' berkenaan budaya ilmu yang ingin di rejuvenasikan di utm ini. Saya juga ada membaca buku-buku daripada tokoh tokoh yang mengagaskan idealisma ini seperti Prof. Syed Naquib Al Attas, Dr.Wan Mohd Nor, Prof. Syed Husein Al Attas dan buku Prof Dato' juga seperti Penghayatan Budaya Ilmu, Mengangkasa Pengajian Tinggi dan buku buku lama Prof Dato. ini semua banyak menimbulkan minat saya dalam mengkaji berkenaan budaya ilmu ini. namun apa saya lihat permasalahan utama di dalam gagasan budaya ilmu ini adalah kurangnya sambutan daripada kalangan mahasiswa. Mahasiswa tidak jelas tentang gagasan yang dibawa. Mahasiswa hanya berfikir untuk mendapatkan segulung ijazah semata-mata berbanding dengan mendapatkan ilmu sebenar. Ini menyebabkan mereka hanya berminat terlibat dalam kepompong yang sempit dan yang boleh memberi kepentingan kepada diri sendiri sahaja tanpa menampakkan nilai ilmu secara holistik yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.

Oleh itu, saya cuba untuk menyahut gagasan yang Prof Dato' utarakan namun saya juga tidak nampak ruang yang jelas dalam bersama-sama merealisasikan gagasan tersebut. Saya berhasrat mendapatkan maklum balas daraipada Prof Dato' berkenaan budaya ilmu ini.

1. Apakah program dan bentuk program budaya ilmu yang sesuai, praktikal dan membumi untuk mahasiswa?
2. Apakah persoalan yang sepatutnya yang disoalkan untuk mengkaji tahap perkembangan budaya ilmu?
3. Apakah pendapat prof dato' berkenaan tahap budaya ilmu yang wujud di utm?
4. Apakah sumber rujukan dan instrumen yang terbaik dalam mengkaji berkenaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa?

Saya amat berharap jasa baik daripada dato untuk respon email dari saya ini dan saya minta maaf mengganggu Prof Dato. Di sini saya ada melampirkan sekali kertas cadangan kajian saya.

Sunday, August 2, 2009

Sokongan kepada “say no to bonceng”

Mahasiswa adalah golongan yang terpilih dikalangan masyarakat. Kepakaran dan intelektual men jadi simbolik yang tidak dapat dipisahkan dari pandangan masyarakat terhadap mahasiswa. Daya pemikiran yang tinggi dan jauh juga menjadikan mahasiswa golongan yang istimewa dan dikagumi. Disebabkan itulah mahasiswa diberi tempat yang istimewa iaitu ditempatkan disebuah institusi yang dipanggil sebagai universiti. Segala kemudahan dan prasarana yang pelbagai disediakan kepada mahasiswa untuk memastikan proses perkembangan intelektual menjadi pesat dan tepat.

Persoalan utama yang perlu diselesaikan adalah adakah mahasiswa sekarang seperti yang dinyatakan. Kehidupan mahasiswa sekarang tidak menggambarkan budaya intelektual fungsi. Mahaiswa lebih suka membudayakan budaya luar seperti hedonisma, berpasangan , melepak dan sebagainya. Perkara ini amat membimbangkan bagi golongan yang mengambil berat. Oleh itu, kedengaran baru baru ini, proses transformasi telah dilancarkan untuk mengambalikan mahasiswa ke tempat yang sepatutnya.

Pelbagai pihak yang mempunyai kesedaran telah memainkan peranan mereka untuk mengizzahkan kembali mahaiswa. Antaranya Persatuan Mahasiswa Islam University Teknologi Malaysia. Persatuan ini telah melakukan banyak usaha untuk menjadikan mahasiswa benar- benar sedar tentang peranan sebenar seorang mahasiswa .Program seperti seminar intelektual dan projek “Say No To Bonceng”. projek “Say No To Bonceng” adalah salah satu projek yang dirangka dengan cukup teliti dalam membanteras kejatuhan moral dikalangan mahasiswa akibat tidak mempunyai pemikiran yang panjang. Projek ini mempunyai nilai yang cukup tinggi dalam membangunkan kembali nilai seorang mahasiswa.

Pencegahan budaya membonceng adalah amat perlu dalam menangani masalah gejala social yang parah sekarang ini. Membonceng adalah salah satu proses dalam gejala sosial yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan akhlak . Secara logiknya, apabila sesuatu pasangan yang bukan mahram bebas melakukan perkara yang tidak bermoral akan menyebabkan berlakunya perkara perkara maksiat seperti zina, mengandung luar nikah dan sebagainya. Ini akan menjatuhkan maruah sebagai golongan intelektual.

Dengan itu, Persatuan Mahasiswa Pendidikan dengan sepenuh hati menyokong usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam dan akan cuba membantu jika memerlukan bantuan dalam menjayakan program ini. Kami juga menyeru kepada seluruh masyarakat kampus supaya memberikan sokongan dan kerjasama yang baik dalam menjayakan usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam ini.

Oleh :
Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan utm

Friday, July 24, 2009

pengkajian budaya ilmu ep 1

Perkembangan tamadun adalah disebabkan oleh pembudayaan ilmu yang utuh. Kebanyakan ketamadunan mencapai kegemilangannya apabila ilmu diletakan ditempat yang paing atas dalam merangka ketamadunannya contohnya tamadun islam seperti tamadun ummayah, abbasiyah, dan utmaniyah dibangunkan dengan menjadikan ilmu sebagai asas dalam perlembagaan, begitu juga dengan tamadun yunani yang dibantu oleh golongan ilmu seperti Socrates,plato, Aristotle dan ramai lagi. Perubahan nilai dalam sesebuah masyarakat juga dalalah disebabkan oleh ilmu seperti renaisence . begitu juga dengan bangsa yang membangun dan menjadi mulia disebabkan oleh ilmu seperti bangsa arab apabila di turunkan perutusan daripada tuhan yang membawa cahaya ilmu.

Perkembangan ilmu berlaku apabila ia menjadi suatu budaya didalam masyarakat. Budaya perlu wujud kerana ia merupakan identiti bagi sesebuah masyarakat. Mewujudkan budaya bukanlah uatu yang mudah, perlu ada sekelompok manusia yang wujud dalam mayarakat membawa gagasan tersebut sebelum ia menjadi budaya dalam masyarakat.

Begitulah halnya dengan budaya ilmu, budaya ilmu amat penting untuk membentuk mayarakat yang cemerlang sepertimana yang ditunjukkan oleh sejarah. Kejatuhan sesebuah masyarakat adalah di sebabkan kebenjatan budaya ilmu dan meningkatnya budaya negative seperti hedonisma, kegilaan pangkat dan kuasa , kecenderungan kearah rasuah dan sebagainya. Golonga yang wujud untuk membawa budaya ilmu adalah orang yang berada dalam lingkungan ilmu seperti guru, pensyarah, mahasiswa dan orang yang terlibat dalam penyebaran ilmu.

Wednesday, July 8, 2009

PENDIRIAN MAHASISWA

Dasar pendidikan Negara yang dipanggil sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan semasa pentadbiran Negara diterajui oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah menimbulkan kontroversi dan mendapat tentangan yang hebat di kalangan pakar akademik, pakar bahasa , NGO, ibu bapa, guru-guru , pelajar dan pelbagai pihak. Ada juga sebahagian pihak yang menyokong dasar ini namun ia adalah golongan minority daripada rakyat. Perkara ini kami ketengahkan apabila membuat kajian dan dan perbincangan dengan golongan yang berautoriti dalam membicarakan berkenaan isu ini. Keprihatinan dan kasih saying kami kepda system pendidikan Negara ini menyebabkan kami terpanggil untuk menyatakan pendirian kami.
Penulisan ini dibuat bukan untuk menyatakan dalil atau hujah berkenaan betapa tidak relevennya dasar ppsmi ini diteruskan kerana sudah banyak hujah dan kajian telah membuktikan kelemahan ppsmi ini dalam meningkatkan mutu pendidikan negara . semua hujah dan kajian yang dibuat sudah cukup untuk membuktikan segalanya. Namun tujuan penulisan ini adalah untuk menyatakan pendirian kami sebagai mahasiswa pendidikan bahawa kami tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan untuk meneruskan ppsmi ini.
Kajian demi kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menyelami kerelevanan dasar yang dibuat. Hampir semua kajian yang dibuat menunjukkan kegagalan dasar ini untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkesan termasuk kajian yang dibuat oleh kementerian pelajaran Malaysia (Kajian Status Pencapaian Murid untul melihat pencapaian murid dalam pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik )sendiri. Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh kajian yang dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) menunjukkan bahawa PPSMI hanyalah dasar yang merugikan. Keadaan ini bukanlah suatu yang boleh dibuat main-main ataupun ‘melepaskan batuk ditangga’, ia adalah suatu yang serius yang perlu diambil tindakan dengan segera.
Kami akui banyak perkara perlu dikaji dan diimbal balik seperti kesan jangka panjang,faedah ,keburukan dan banyak lagi. Namun kemudharatan yang lebih besar perlu di elakkan contohnya seperti ekonomi. Walaupun telah banyak dana sudah dibelanjakan untuk mempentuk system ppsmi ini, yang boleh dikatakan akan merugikan ekonomi Negara jika dipinda kembali , kami berpendapat pindaan kepada bahasa melayu adalah pilihan yang lebih tepat kerana system pendidikan adalah suatu yang amat penting dan ia dalah penentu masadepan Negara. Keberkesanan system pendidikan adalah keutamaan. Penjanaan ekonomi Negara juga adlah datangnya deripada modal insan yang pempunyai nilai kefahaman dan intelektual yang tinggi. Oleh itu, pindaan semula akan menghasilkan kesan yang lebih baik.
Kesimpulannya, pendirian kami sebagai mahasiswa pendidikan adalah tidak menyokong penerusan ppsmi ini. Kembali kepada tujuan asal system pendidikan diwujudkan adalah memberi kesan kepada masyarakat untuk mencapai falsafah pendidikan Negara. Harapan kami supaya kerajaan membuat keputusan yang sebaiknya supaya ia boleh menjadikan system pendidikan Negara lebih baik dan member manfaat kepada semua.

Persatuan mahasiswa pendidikan utm.

Thursday, June 25, 2009

sejarah perkembangan tamadun islam

pengenalan

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.


Khulafa al-Rasyidun


632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailimah.
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan Madain.
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M- Mesir ditawan.
638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Ummaiyyah


661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah


752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.


Empayar Turki Uthmaniyyah


1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Atatturk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.


Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"

Monday, June 8, 2009

diari ku 4

malam ni kat suaru kampung jaya. ustaz membacakan kitab bimbingan mukmin iaitu ringkasan daripada kitab ihya ulumuddin karangan imam al ghazali. tajuk yang dibahaskan pada malam ni adalah berkenaan pernikahan.

imam al ghazali menyenaraikan ciri ciri yang perlu ada pada calon isteri yang baik ( mengikut ranking) iaitu

1. agama
2. sikap
3. kecantikan
4. hantaran kahwin murah
5. subur ( boleh mengandung)
6. perawan
7. mempunyai harta
8. keturunan yang baik

ciri ciri ini penting untuk memastikan keluarga tersebut mendapat kebahagian bukan sahaja di dunia malahan di akhirat.

pastu ustaz huraikan ciri -ciri tersebut sambil memberi motivasi untuk berkahwin khususnya kepada pemuda ( saya tengok ustaz pandang saya semacam je semasa memberikan kuliah ni, mungkin perasaan saya je).

ok ye, malas nak hurai panjang bab ni sebab ramai dah faham.

diari ku 3

best ye! ada ust dari pondok pulau manis datang kat surau kampung saya. 15 minit sebelum pukul 7 saya dah berhenti jual goreng pisang, nak mandi awal . boleh gi surau awal.

ustaz yusuf namanya. selepas duduk dikerusi penceramah , ustaz membuka salah satu kitab yang dibawanya tajuk kitab tu kitab hikam syeikh ibnu attailah. saya rasa ramai dah familiar dengan kitab ni. kitab ni famous sangat dalam dunia tasawuf. saya dah lama nak belajar kitab ni( walaupun ust othman napiah ada ajar kitab ni kat utm dulu tapi tak sempat). akhirnya malam ni tercapai gak cita-cita nak belajar kitab ni.

saya memang amat minat bidang tasawuf ni, sebab pertama nama saya sufi (seorang ahli tasawuf). satu lagi sebab saya banyak sangat penyakit hati, sentiasa cuba merawat nampak macam dah semakin baik tapi yang berlaku semakin parah. inilah berlaku. saya teringat dengan kisah seorang imam besar iaitu imam al ghazali, imam al ghazali seorang yang amat hebat dari sudut ilmu dan intelektualnya, tapi apabila beliau kaji tentang kehidupan sebenarnya (kajian beliau tentang kebenaran melalui 4 bentuk jalan iaitu jalan ilmu kalam, jalan batiniah, jalan falsafah dan jalan tasawuf). boleh rujuk kitab munkiz min dalal. dia tak nampak jalan lain selain jalan tasawuf yang amat berkesan mengubat hati. bila beliau kenal tasawuf baru beliau tahu betapa teruknya penyakit hati yang dihadapinya. itu seorang imam besar , jika dibandingkan dengan saya lagilah berganda teruknya.

dalam pengisian pada malam itu, ustaz menyentuh 2 key point yang cukup penting bagi saya yang petama berkenaan cermin hati dan yang kedua martabat manusia.

hati bagaikan satu cermin yang mempunyai 2 muka. muka pertama mampu memantulkan cahaya manakala muka kedua amat kesat dan gelap. cemin prtama adalah makrifat allah dan cermin kedua adalah dunia. manusia sentiasa suka mengunakan cemin kedua kerana cemin kedua lebih disukai nafsu yang mengelirukan manusia tentang hakikat kehidupan. nafsu sentiasa menunjukkan bahawa dunia adalah segala galanya bagi manusia. akhirnya manusia akan terus terjunam dalam kegelapan. saya teringat satu hadith rasulullah, mafhumnya rasulullah tak begitu takut kesyirikan berlaku selepas kematiannya tetapi rasulullah lebih takut dengan dunia yang akan memusnahkan iman manusia. cermin pertama amat sikit orang yang mengunakannya. kerana ia amat susah dijaga. tetapi jika cemin ini dijaga dengan baik ia akan memantulkan cahaya kebanaran yang akan menerangi keseluruhan hidup tidak kira dunia atau akhirat.

berkenaan martabat manusia , ustaz mengatakan ada 4 martabat manusia, iaitu martabat haiwan, syaitan ,malaikat, satu lagi tak ingat. ustaz hanya sentuh 2 martabat. martabat haiwan adalah amat banyak wujud dalam dunia ni. sebab manusia banyak mengunakan segala usahanya untuk memenuhi naluri kehaiwanan iaitu kerakusan, katamakan, kepuasan nafsu dan yang berkaitan. martabat syaitan juga banyak wujud iaitu apabila manusia menyalahgunakan nikmat yang allah beri. mereka menjadi sombong, bongkak, riak, dengki, banga diri dan seangkatan dengannya. sepertimana keegoan yang ditunjukkan oleh iblis semasa diciptakan manusia.

penjelasan demi penjelasan diuraikan sehinggakan saya merasakan betapa teruknya saya ni. jauh jadi menjadi seorang hamba, berlagak seperti tuan. ya ALLAH, ampunilah diriku ini.

malam tu gak ustaz memberi tawaran kepada audience untuk bersama-sama melakukan zikir tawajuh. zikir yang amat menginsafkan.

kepada semua sahabat seperjuangan saya minta maaf jika selama ini saya melakukan sesuatu yang melukakan hati sahabat. tgurlah saya jika ada kesilapan. maafkan saya.

Wednesday, June 3, 2009

diari ku 2

pagi tadi saya bersama 2 orang pemuda (daisuki, 17 dan rahimi 16) mengadakan usrah . usrah ni dirancang pada malam semalam. alhamdulillah dapat juga melepaskan kerinduan untuk berusrah. silibus usrah bertajuk hentam jelah. banyak perkara yang kami sentuh. tetapi saya lebih suka untuk menyentuh berkenaan sirah nabawiyah.

usrah kami dimulakan dengan alfatihah dan ditutup dengan kafaratul majlis dan surah al asr( he.. he..)

sebelum memulakan perkongsian ilmu. kami bersama sama membca surah assaf. selepas tu saya meminta daisuki untuk cerita sikit pasal ayat ni.

daisuki: surah ni dimulakan dengan tasbih kepada Allah. kemudaian diayat kedua menerangkan tentang golongan oran berkata tapi tak melakukannya. ayat keempat perlunya seserang berada dalam organisasi yang kukuh untuk menegakkan agama allah, manakala dalam ayat ke 10-11, kita perlulah berjihad dengan diri dan harta untk menyelamatkan dir dari azab api neraka.

peh, cara dia terang macam ustaz. ada lagi ayat dia tambah, saya malas nak tulis. pastu saya tambah sikit

sufi: bagi saya surah ni adalah tip-tip untuk menjadi pemimpin cemerlang didunia dan akhirat

tip 1- kena banyak memuji allah supaya jiwa subur mengingati allah
tip 2- bila kita cakap kita kena buat . contoh pemimpin suruh anak buah dia kena solat berjemaah, tapi pemimpin tak solat berjemaah (hilang thiqah), ini pemimpin yang tek berjaya
tip 3- nak cemerlang kena berada dalam organisasi, mana ada pemimpin yang tak ada dalam organisi. berumah tangga pun ada organisasi.

dan seteusnya. saya bagi 10 tip berdasarkan surah assaf. saya takpantai sangat hurai mcm ustaz . mcm guru boleh lah.

kemudian saya selit sikit tentang penghayatan terhadap sirah nabawiyah. ada cerita sikit strategi hebat yang digunakan oleh rasulullah dalm setiap peperangan sehingga semua perang rasulullah menang dengan cemerlangnya kecuali uhud(sepatutnya boleh menang dengan strtegi yang diaturkan oleh rasulullah tapi tenteranya tidak mengikut arahan)

pastu ada cerita sikit bab isu semasa, saya cuba mengimbau kembali kisah semasa latihan mengajar di smsakti. khusunya dalam bab couple. tip bagaimana nak pisahkan couple( ni bab yang saya paling pakar), sesiapa nak belajar boleh daftar nama , cod subjek JAT 1111.

ada beberapa lagi perkara yang dibincangkan tidak boleh dinyatakan disini kerana .....

mmm.. cukup dululah saya cerita nantikan habis modal. ok jumpa di diari ku 3.

Tuesday, June 2, 2009

diari ku 1

5 hari yang lepas ayah dan ibu saya pergi ke institut jantung negara untuk membuat pemeriksaan jantung dan operate kerana ayah saya menghadapi masalah jantung. saya ada 2 orang adik seorang lelaki dan seorang perempuan. oleh itu, saya sebagai abang perlu menjalankan tugas sebagai ibu , ayah dan abg. peh ada 3 jawatan sekali tu. kena beri kasih sayang yang secukupnya dalam 3 jawatan. berat gak. takpe latihan.

sepeninggalan ibu saya, saya telah menjadi chef yang berjaya. beberapa resipi telah dicipta khas untuk adik-adik tersayang. antara menu yang dibuat , nasi goreng lada hitam ( ni memang kepakaran saya) , tumis bayam ( ni best sangat) , nugget goreng ( masa ni malas sikit) dan bermacam lagi.

sebenarnya saya tengah ambil lesen kereta ni, awal -awal elajar sush gak. tapi bila dan belajar 3 kali dah ok sikit. bila dah boleh bawa sikit, setiap petang round kampung dengan kereta. rasa macam riak sikit bila dah pandai bawa kereta ( moga allah mengampunkan ku).

jadi tujuan saya tulis ni saje je. kalu sapa-sapa nak tempah nasi goreng lada hitam jangan lupa hubungi saya ditalian biasa ye. satu lagi, kalu boleh nak minta tolong doakan kesihatan ayah saya ye.

Abdurrahman bin ‘Auf (usahawan saya kagumi)

Saidina Abdurrahman bin ‘Auf ra termasuk dalam kelompok delapan orang yang mula-mula memeluk Islam; termasuk dalam kelompok sepuluh yang diberi khabar gembira oleh Rasulullah SAW masuk syurga; termasuk enam orang sahabat yang bermusyawarah (sebagai formatur) dalam pemilihan khalifah sesudah ‘Umar bin Khattab al-Faruq; dan seorang mufti yang dipercayai Rasulullah berfatwa di Madinah selagi beliau masih hidup di tengah-tengah masyarakat kaum muslimin.

Namanya pada masa jahiliyah ialah ‘Abd ‘Amr. Setelah masuk Islam, Rasulullah memanggilnya Abdurrahman. Itulah beliau Abdurrahman bin ‘Auf radhiyallahu ‘anhu. Abdurrahman bin ‘Auf masuk Islam sebelum Rasulullah masuk ke rumah Al-Arqam, yaitu dua hari sesudah Abu Bakar Shiddiq masuk Islam.

Sama halnya dengan kelompok kaum muslimin yang pertama-tama masuk Islam, Abdurrahman pun tidak luput dari penyiksaan dan tekanan kaum kafir Quraisy. Tetapi beliau sabar dan tetap sabar. Pendiriannya teguh dan senantiasa teguh. Beliau menghindar dari kekejaman kaum kafir Quraisy, tetapi selalu setia dan patuh membenarkan risalah Muhammad SAW. Kemudian beliau turut berhijrah ke Habsyah bersama-sama kawan se-iman untuk menyelamatkan diri dan agama dari tekanan kaum kafir Quraisy yang senantiasa menzalimi mereka.

Tatkala Rasulullah SAW dan para sahabat beliau diizinkan Allah berhijrah ke Madinah, Abdurrahman menjadi pelopor orang-orang yang berhijrah karena dan untuk Allah dan Rasul-Nya. Dalam perantauan, Rasulullah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar. Maka Abdurrahman bin Auf dipersaudarakan beliau dengan Sa’ad ibnu Rabi’ al Anshari ra.

Pada suatu hari Sa’ad berkata kepada saudaranya, Wahai saudaraku Abdurrahman! Aku termasuk orang kaya di antara penduduk Madinah. Hartaku banyak. Saya mempunyai dua bidang kebun yang luas dan dua orang pembantu. Pilihlah olehmu salah satu di antara kedua kebunku itu, ku berikan kepadamu mana yang kamu sukai. Begitu pula salah seorang di antara kedua orang pembantuku, akan ku serahkan mana yang kamu senangi, kemudian aku kawinkan engkau dengan beliau.

Jawab Abdurrahman bin ‘Auf, Semoga Allah melimpahkan berkah-Nya kepada saudara, kepada keluarga saudara, dan kepada harta saudara. Saya hanya akan minta tolong kepada saudara untuk menunjukkan di mana letaknya pasar Madinah ini.

Sa’ad menunjukkan pasar tempat berjual beli kepada Abdurrahman. Maka mulailah Abdurrahman berniaga di sana. Belum berapa lama beliau berdagang, terkumpullah wang sekadar cukup untuk mahar kahwin. Beliau datang kepada Rasulullah memakai harum-haruman. Beliau menyambut kedatangan Abdurrahman seraya berkata,

Wah. Alangkah wanginya kamu, hai Abdurrahman.

Kata Abdurrahman, Saya hendak bernikah, ya Rasulullah.

Tanya Rasulullah, Apakah mahar yang kamu berikan kepada istrimu?

Jawab Abdurrahman, Emas seberat biji kurma.

Sabda Rasulullah, adakan kenduri, walau hanya dengan menyembelih seekor kambing. Semoga Allah memberkati pernikahan dan harta kamu.

Kata Abdurrahman, Sejak itu dunia datang menghadap kepadaku (hidupku makmur dan bahagia). Hingga seandainya aku angkat sebuah batu, maka di bawahnya kudapati emas dan perak.

Dalam Perang Badar Abdurrahman turut berjihad fisabilillah, dan beliau berhasil menewaskan musuh-musuh Allah, antaranya ialah ‘Umair bin Uthman bin Ka’ab at-Taimy. Dalam perang Uhud beliau tetap teguh bertahan di samping Rasulullah, ketika tentara muslimin banyak yang meninggalkan barisan hadapan. Ketika selesai perang, dan kaum muslimin keluar sebagai pemenang, Abdurrahman mendapat hadiah sembilan luka parah menganga di tubuhnya, dan dua puluh luka-luka kecil. Walaupun luka kecil, namun di antaranya ada yang sedalam anak jari. Sungguh pun begitu, perjuangan dan pengorbanan Abdurrahman di medan tempur jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan perjuangan dan pengorbanannya dengan harta benda.

Pada suatu hari Rasulullah SAW berpidato membangkitkan semangat jihad dan pengorbanan kaum muslimin. Beliau berdiri di tengah-tengah para sahabat. Kata beliau antara lain, Bershadaqahlah tuan-tuan! Saya hendak mengirim suatu pasukan ke medan perang

Mendengar ucapan Rasulullah tersebut, Abdurrahman bergegas pulang ke rumahnya dan cepat kembali ke hadapan Rasulullah di tengah-tengah kaum muslimin. Katanya, Ya, Rasulullah! Saya mempunyai wang empat ribu. Dua ribu saya pinjamkan kepada Allah, dan dua ribu saya tinggalkan untuk keluarga saya. Lalu wang yang dibawanya dari rumah diserahkannya kepada Rasulullah dua ribu.

Sabda Rasulullah, Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya kepadamu, terhadap harta yang kamu berikan, dan semoga Allah memberkati pula harta yang kamu tinggalkan untuk keluargamu.

Ketika Rasulullah bersiap untuk menghadapi Perang Tabuk beliau membutuhkan jumlah dana dan tentara yang tidak sedikit, karena jumlah tentara musuh, yaitu tentara Rum sangat banyak. Di samping itu di Madinah tengah mengalami musim panas. Perjalanan ke Tabuk sangat jauh dan sulit. Dana yang tersedia hanya sedikit. Begitu pula hewan kendaraan tidak mencukupi.

Banyak di antara kaum muslimin yang kecewa sedih karena ditolak Rasulullah menjadi tentera yang akan turut berperang. Sebab kenderaan untuk mereka tidak mencukupi. Mereka yang ditolak itu pulang kembali dengan air mata bercucuran kesedihan, karena mereka tidak mempunyai apa-apa untuk disumbangkannya. Mereka yang tidak diterima itu terkenal dengan nama Al-Bakkaain (orang yang menangis). Dan pasukan yang berangkat terkenal dengan sebutan Jaisyul ‘Usrah(pasukan susah).

Karena itu Rasulullah memerintahkan kaum muslimin mengorbankan harta benda mereka untuk berjihad fisabilillah. Dengan patuh dan setia kaum muslimin memperkenankan seruan Nabi yang mulia. Abdurrahman turut mempelopori dengan menyerahkan dua ratus uqiyah emas. Maka kata ‘Umar bin Khattab berbisik kepada Rasulullah, Agaknya Abdurrahman berdosa, tidak meninggali wang belanja sedikit juga untuk isterinya.

Rasulullah bertanya kepada Abdurrahman, Adakah engkau tinggalkan untuk wang belanja isterimu?

Jawab Abdurrahman, Ada! Mereka saya tinggali lebih banyak dan lebih baik daripada yang saya sumbangkan.

Tanya Rasulullah, Berapa?

Jawab Abdurrahman, sebanyak rezeki, kebaikan, dan upah yang dijanjikan Allah.

Pasukan muslimin berangkat ke Tabuk. Allah memuliakan Abdurrahman dengan kemuliaan yang belum pernah diperoleh kaum muslimin seorang jua pun, yaitu ketika waktu shalat sudah masuk. Rasulullah terlambat hadir. Maka Abdurrahman menjadi imam shalat berjamaah bagi kaum muslimin waktu itu. Setelah hampir selesai rakaat pertama, Rasulullah tiba, lalu beliau shalat di belakang Abdurrahman dan mengikuti sebagai makmum. Apakah lagi yang lebih mulia dan utama dari menjadi Imam bagi pemimpin umat dan pemimpin para Nabi, yaitu Muhammad Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah SAW wafat, Abdurrahman bin ‘Auf bertugas menjaga kesejahteraan dan keselamatan Ummahatul Mu’min (para istri Rasulullah). Beliau bertanggungjawab memenuhi segala kebutuhan mereka dan mengadakan pengawalan bagi ibu-ibu yang mulia itu bila bepergian. Apabila para ibu tersebut pergi haji, Abdurrahman turut pula bersama-sama mereka. Beliau yang menaikkan dan menurunkan para ibu itu ke atas haudaj (penutup) khusus mereka. Itulah salah satu bidang khusus yang ditangani Abdurrahman. Beliau pantas bangga dan bahagia dengan tugas dan kepercayaan yang dilimpahkan para ibu orang-orang mukmin kepadanya.

Salah satu bukti yang dibaktikan Abdurrahman kepada ibu-ibu yang mulia, ia pernah membeli sebidang tanah berharga empat ribu dinar. Lalu tanah itu dibagi-bagikannya kepada fakir miskin Bani Zuhrah, dan kepada para ibu-ibu orang mukmin, isteri Rasulullah. Ketika jatah Saidatina Aisyah ra disampaikan orang kepadanya, ibu yang mulia itu bertanya, Siapa menghadiahkan tanah itu buat saya?

Abdurrahman bin ‘Auf, jawab orang itu.

Kata Ibu ‘Aisyah ra, Rasulullah SAW pernah bersabda; Tidak ada orang yang kasihan pada kalian sepeninggalku, kecuali orang-orang yang sabar.

Begitulah doa Rasulullah bagi Abdurrahman selalu melindunginya sepanjang hidupnya, sehingga Abdurrahman menjadi orang terkaya di antara para sahabat. Perniagaannya selalu meningkat dan berkembang. Kafilah dagangnya terus menerus hilir mudik dari dan ke Madinah mengangkut gandum, tepung, minyak, pakaian, barang pecah belah, wangi-wangian dan segala kebutuhan penduduk.

Pada suatu hari iring-iringan kafilah dagang Abdurrahman, terdiri dari tujuh ratus unta bermuatan sarat tiba di Madinah. Semuanya membawa pangan, sandang dan barang-barang lain kebutuhan penduduk. Ketika mereka masuk kota, bumi seolah-olah bergetar. Terdengar suara gemuruh dan hiruk pikuk. Sehingga ibu ‘Aisyah bertanya, Suara apa yang hiruk pikuk itu?

Dijawab orang, Kafilah Abdurrahman dengan iring-iringan tujuh ratus ekor unta bermuatan sarat membawa pangan dan sandang serta lain-lainnya.

Kata Ibu ‘Aisyah ra, Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya bagi Abdurrahman dengan baktinya di dunia, serta pahala yang besar di akhirat. Saya mendengar Rasulullah bersabda, Abdurrahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak (karena syurga sudah dekat sekali kepadanya).

Sebelum menghentikan iring-iringan unta, seseorang pembawa berita mengatakan kepada Abdurrahman berita gembira yang disampaikan Ibu ‘Aisyah, bahwa Abdurrahman masuk syurga. Serentak mendengar berita itu, bagaikan terbang beliau pergi menemui Saidatina ‘Aisyah. Katanya, Wahai Ibu, apakah Ibu mendengar sendiri ucapan itu diucapkan Rasulullah?

Jawab Ibu ‘Aisyah, Ya, saya mendengar sendiri! Abdurrahman melonjak kegirangan. Katanya, Seandainya aku sanggup, aku akan memasukinya sambil berjalan. Sudilah Ibu menyaksikan, kafilah ini dengan seluruh kenderaan dan muatannya kuserahkan untuk jihad fisabilillah.

Sejak berita yang membahagiakan, bahwa Abdurrahman pasti masuk syurga, maka semangatnya semakin memuncak mengorbankan kekayaannya di jalan Allah. Hartanya dinafkahkan dengan kedua belah tangan, baik secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, sehingga mencapai 40.000 dirham perak. Kemudian menyusul pula 40.000 dinar emas. Sesudah itu beliau bersedekah lagi 200 uqiyah emas. Lalu diserahkannya pula 500 ekor kuda kepada para pejuang yang lain.

Tatkala beliau hampir meninggal dunia, dimerdekakannya sejumlah besar budak yang dimilikinya. Kemudian diwasiatkan supaya memberi 400 dinar emas kepada para pejuang Badar. Mereka berjumlah seratus orang, dan semua mengambil bagiannya masing-masing. Beliau berwasiat pula supaya memberikan hartanya yang paling mulia untuk para ibu-ibu orang mukmin, sehingga Ibu ‘Aisyah sering mendoakan, Semoga Allah memberinya minum dengan minuman dari telaga Salsabil.

Di samping itu beliau meninggalkan warisan pula untuk ahli warisnya sejumlah harta. Beliau meninggalkan kira-kira 1.000 ekor unta, 100 ekor kuda, 300 ekor kambing. Beliau beristri empat orang. Masing-masing mendapat pembagian khusus 80.000. Di samping itu masih ada peninggalannya berupa emas dan perak, yang kalau dibagi-bagikan kepada ahli warisnya dengan mengampak, maka potongan-potongannya cukup menjadikan seorang ahli warisnya menjadi kaya-raya.

Walaupun begitu kaya-rayanya, namun harta kekayaannya itu seluruhnya tidak mempengaruhi jiwanya yang penuh iman dan taqwa. Apabila beliau berada di tengah-tengah budak-budaknya, orang tidak dapat membedakan di antara mereka, mana yang majikan dan mana budak.

Berbahagialah Abdurrahman bin ‘Auf dengan ribuan karunia dan kebahagiaan yang diberikan Allah kepadanya. Rasulullah SAW yang ucapannya selalu terbukti benar, telah memberinya khabar gembira dengan syurga Jannatun Na’im.

Telah turut menghantar jenazahnya ke tempat terakhir di dunia, antara lain sahabat mulia Sa’ad bin Abi Waqqas. Shalat jenazah turut dihadiri pula antara lain, Dzun Nurain ‘Uthman bin ‘Affan. Kata sambutan saat pemakaman, Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Thalib Karamallahu Wajhah.

Dalam kata sambutannya antara lain ‘Ali berkata: Anda telah mendapatkan kasih sayang Allah, dan Anda telah berhasil menundukkan kepalsuan dunia.

Subhannallah, demikian mulia perilaku dan keimanan para sahabat Rasulullah SAW.

Allahu a’lam bisshawab.


sumber :http://sirah.blogsome.com/2005/09/28/abdurrahman-bin-auf-ra/#more-36