Monday, June 8, 2009

diari ku 3

best ye! ada ust dari pondok pulau manis datang kat surau kampung saya. 15 minit sebelum pukul 7 saya dah berhenti jual goreng pisang, nak mandi awal . boleh gi surau awal.

ustaz yusuf namanya. selepas duduk dikerusi penceramah , ustaz membuka salah satu kitab yang dibawanya tajuk kitab tu kitab hikam syeikh ibnu attailah. saya rasa ramai dah familiar dengan kitab ni. kitab ni famous sangat dalam dunia tasawuf. saya dah lama nak belajar kitab ni( walaupun ust othman napiah ada ajar kitab ni kat utm dulu tapi tak sempat). akhirnya malam ni tercapai gak cita-cita nak belajar kitab ni.

saya memang amat minat bidang tasawuf ni, sebab pertama nama saya sufi (seorang ahli tasawuf). satu lagi sebab saya banyak sangat penyakit hati, sentiasa cuba merawat nampak macam dah semakin baik tapi yang berlaku semakin parah. inilah berlaku. saya teringat dengan kisah seorang imam besar iaitu imam al ghazali, imam al ghazali seorang yang amat hebat dari sudut ilmu dan intelektualnya, tapi apabila beliau kaji tentang kehidupan sebenarnya (kajian beliau tentang kebenaran melalui 4 bentuk jalan iaitu jalan ilmu kalam, jalan batiniah, jalan falsafah dan jalan tasawuf). boleh rujuk kitab munkiz min dalal. dia tak nampak jalan lain selain jalan tasawuf yang amat berkesan mengubat hati. bila beliau kenal tasawuf baru beliau tahu betapa teruknya penyakit hati yang dihadapinya. itu seorang imam besar , jika dibandingkan dengan saya lagilah berganda teruknya.

dalam pengisian pada malam itu, ustaz menyentuh 2 key point yang cukup penting bagi saya yang petama berkenaan cermin hati dan yang kedua martabat manusia.

hati bagaikan satu cermin yang mempunyai 2 muka. muka pertama mampu memantulkan cahaya manakala muka kedua amat kesat dan gelap. cemin prtama adalah makrifat allah dan cermin kedua adalah dunia. manusia sentiasa suka mengunakan cemin kedua kerana cemin kedua lebih disukai nafsu yang mengelirukan manusia tentang hakikat kehidupan. nafsu sentiasa menunjukkan bahawa dunia adalah segala galanya bagi manusia. akhirnya manusia akan terus terjunam dalam kegelapan. saya teringat satu hadith rasulullah, mafhumnya rasulullah tak begitu takut kesyirikan berlaku selepas kematiannya tetapi rasulullah lebih takut dengan dunia yang akan memusnahkan iman manusia. cermin pertama amat sikit orang yang mengunakannya. kerana ia amat susah dijaga. tetapi jika cemin ini dijaga dengan baik ia akan memantulkan cahaya kebanaran yang akan menerangi keseluruhan hidup tidak kira dunia atau akhirat.

berkenaan martabat manusia , ustaz mengatakan ada 4 martabat manusia, iaitu martabat haiwan, syaitan ,malaikat, satu lagi tak ingat. ustaz hanya sentuh 2 martabat. martabat haiwan adalah amat banyak wujud dalam dunia ni. sebab manusia banyak mengunakan segala usahanya untuk memenuhi naluri kehaiwanan iaitu kerakusan, katamakan, kepuasan nafsu dan yang berkaitan. martabat syaitan juga banyak wujud iaitu apabila manusia menyalahgunakan nikmat yang allah beri. mereka menjadi sombong, bongkak, riak, dengki, banga diri dan seangkatan dengannya. sepertimana keegoan yang ditunjukkan oleh iblis semasa diciptakan manusia.

penjelasan demi penjelasan diuraikan sehinggakan saya merasakan betapa teruknya saya ni. jauh jadi menjadi seorang hamba, berlagak seperti tuan. ya ALLAH, ampunilah diriku ini.

malam tu gak ustaz memberi tawaran kepada audience untuk bersama-sama melakukan zikir tawajuh. zikir yang amat menginsafkan.

kepada semua sahabat seperjuangan saya minta maaf jika selama ini saya melakukan sesuatu yang melukakan hati sahabat. tgurlah saya jika ada kesilapan. maafkan saya.

3 comments:

Anonymous said...

salam
boleh tak kongsikan ubat penyakit hati?

yg dalam lagu nasyid tu boleh guner ke...?start die gni..
"obat hati ada lime perkara"

harap dapat kongclah secara lebih terperinci.. utk diari ku 5 ke?

.......

sufi said...

ubat penyakit hati adalah tasawuf tu sendiri. ia memerlukan kesunggahan dan kekuatan. banyak jenis ubat yang ada kalu nak cerita kat sini tak habis.insyaallah, doakan saya kalu ada kekuatan saya cuba menulisnya nanti.sebenarnya saya tak mampu nak beri ubat yang terbaik, sebab saya pun banyak penyakit tu. nanti saya tanya guru saya dulu ye.

Anonymous said...

takper memang sume benda citer tak kn habis almaklumlah ilmu kan?

ada stu ceramah ustaz akil hayy ada cite pasal obat hati 5 perkara tu..

emm..harap dapat kongcilah ubat penyakit hati utk segmen setrusnya

cadangan buku pasal tasawuf ader?