Thursday, January 22, 2009

ulama mencatur atau dicatur

Pelbagai pendefinisian telah diberi berkenaan ulama, adakah ulama adalah golongan yang hanya menguasai dan pakar dalam bidang agama semata-mata ataupun golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan pakar dalam pelbagai bidang. Pendifinisian ini membawa pengertian yang besar terhadap tajuk yang dibincangkan. Perbincangan yang ingin saya bawa adalah lebih menjurus terhadap keadaan di Malaysia.
Pendapat saya ulama adalah golongan yang mengunakan seluruh kekuatan dan usahanya dalam memartabatkankan islam di atas muka bumi melalui kepakaran yang ada. Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi. Mereka bertanggungjawab membawa tanggung jawab nubuwwah sepertimana yang tunjukkan oleh nabi-nabi . merka adalh reformis yang mana membawa kebaikan dan pengislahan seperti mana nabi-nabi terhadap kaumnya. Mereka juga adalh golongan yang paling bertakwa kepada ALLAH seperti mana yang dinyatakan oleh al-quran. Umara yang zalim dan fasik tidak boleh memperkotak katikkan dan menbonekakan mereka seterusnya meletakkan mereka ke kelas kedua. Mereka bukan hanya dilihat dengan keilmuan mereka semata mata, tetapi berdasarkan usaha mereka mengaplikasikan ilmu di dalam masyarakt. Itulah ulama dari pandangan saya.
Antara persoalan yang wujud sekarang
1. Masalah social berleluasa.
2. Program –program kemaksiatan melata
3. Isu isu akidah semakin berleluasa
4. Pelbagai lagi
Dimana kedudukan ulama?
Jadi saya membawa perbincangan ini untuk difikirkan bersama. Adakah ulama mencatur atau dicatur?

Friday, January 2, 2009

Titik pertama telah dilakar

Alhamdulillah, hari ini cukup hangat. Sesuatu yang saya tunggu sekian lama akhirnya berlaku dihadapan mata saya. Hari ini saya melihat titik perjuangan yang menunjukkan kemekarannya. Hari ini, gerakan mahasiswa islam utm telah bangkit memperjuangkan dan menyuarakan pandangan mereka terhadap serangan israil keatas palestin.

Di saat masyarakat bergembira menyambut tahun baru, rakyat palestin bangkit dalam kesengsaraan untuk melancarkan intifadah ke tiga. Israil tidak pernah membenarkan rakyat palestin hidup dalam keadaan bahagia. Mereka telah melancarkan peluru berpandu berturut-turut sehingga kesaat sekarang. Lebih 400 rakyat palestin terbunuh dan 2000orang cedera.

Di sebabkan keprihatinan tersebut, gerakan mahasiswa islam utm telah mengadakan perhimpunan aman untuk menyedarkan kepada masyarakat kampus tentang isu palestin ini. Seorang speaker di kalangan mahasiswa telah tampil kehadapan untuk menberikan pengucapan awam tentang bagaimana keadaan, pemikiran dan tindakan masyarakat sekarang terhadap isu umat islam ini. Dalam pengucapan ini , beberapa perkara berkenaan umat islam disentuh. Keadaannya cukup meyedihkan . umat islam hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah peduli tentang umat islam yang lain. Mereka hanya ini memenuhi isi perut mereka. Pemikiran tindakan mereka hanyalah untuk memenuhi keinginan diri sendiri.

Perhimpunan ini berlansung dengan aman dan mendapat sambuatan yang baik daripada warga utm, walaupun ada beberapa halangan tidak dapat dielakan.

Tahniah dan syabas saya ucapkan. Moga-moga gerakan mahasiswa islam utm akan lebih lagi kehadapan dalam memancu perjuangan islam. Insyaallah.