Sunday, November 9, 2008

BELAILAH DENGAN KASIH SAYANG

“ hari ini kita akan bincangkan berkenaan akidah, akidah adalah….. bla.. bla…” naqib menerangkan akidah kepada ahli usrahnya.

Selepas habis menerangkan berkenaan akidah tersebut, naqib berhenti seketika dan bertanya kepada ahli usrah “ antum faham tak?”

Ada sebahagian nya mengganguk dan sebahagian lagi berkata ya.

Naqib meneruskan lagi penerangannya berkenaan akidah dan mangakhiri usrah dengan tasbih dan surah al asr.

Begitulah keadaan yang sering berlaku dalam halaqah usrah. Ianya terlalu kaku dan tiada pembentukan kasih sayang.

Usrah tanpa kasih sayang penyebab utama ahli usrah mudah futur. Usrah hanyalah untuk menyerapkan fikrah. Adakah salah untuk menyerapkan fikrah? Tidak tetapi ia perlu lebih dari itu, usrah adalah kebersamaan.

Setiap gerak gaya , cara percakapan, cara jelingan memainkan peranan penting dalam memindahkan kasih sayang antara naqib dan ahli usrah. Kebanyakan naqib sekarang hanya banyak memberikan pengisian sehinggakan melupakan komponen sebenar manusia iaitu perasaan.

Manusia difitrahkan oleh ALLAH mempunyai perasaan dan naluri. Manusia mempunyai perasaan gembira, sedih, bosan , gelisah, dan bermacam lagi. Komponen perasaan yang utama yang perlu dikuasai oleh naqib semasa usrah adalah perasaan dipunyai dan mempunyai ataupun perasaan ingin dibelai dan membelai.

Perasaan inilah yang akan menghasilkan perasaan kebersamaan dengan usrah tersebut. Kebersamaan membentuk nilai diri seseorang. Mereka akan seronok bersama usrah kerana mereka merasakan diri mereka bernilai. Nilai tersebut memberi mereka kepuasan dalam kehidupan mereka.

Kebanyakan manusia sekarang memcari diri untuk diberi nilai. Ada yang mengambil jalan ber’couple’ ada yang mengambil jalan bermain games, ada yang melakukan bermacam macam perkara yang pelik-pelik. Semata mata kerana nilai.