Friday, August 14, 2009

email untuk naib cancelor utm

Assalamualaikum, tahniah kepada Prof Dato. kerana berjaya memacu utm sehingga berjaya mendapat ranking yang terbaik di malaysia dan antara terbaik di asia. Saya Mohd Nur Al Sufi Bin Romele. Saya merupakan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) juga merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan. Saya sekarang tengah membuat projek sarjana muda yang bertajuk Budaya Ilmu Dikalangan mahasiswa . Saya memilih tajuk ini kerana tertarik dengan gagasan yang dibawa oleh Prof. Dato' berkenaan budaya ilmu yang ingin di rejuvenasikan di utm ini. Saya juga ada membaca buku-buku daripada tokoh tokoh yang mengagaskan idealisma ini seperti Prof. Syed Naquib Al Attas, Dr.Wan Mohd Nor, Prof. Syed Husein Al Attas dan buku Prof Dato' juga seperti Penghayatan Budaya Ilmu, Mengangkasa Pengajian Tinggi dan buku buku lama Prof Dato. ini semua banyak menimbulkan minat saya dalam mengkaji berkenaan budaya ilmu ini. namun apa saya lihat permasalahan utama di dalam gagasan budaya ilmu ini adalah kurangnya sambutan daripada kalangan mahasiswa. Mahasiswa tidak jelas tentang gagasan yang dibawa. Mahasiswa hanya berfikir untuk mendapatkan segulung ijazah semata-mata berbanding dengan mendapatkan ilmu sebenar. Ini menyebabkan mereka hanya berminat terlibat dalam kepompong yang sempit dan yang boleh memberi kepentingan kepada diri sendiri sahaja tanpa menampakkan nilai ilmu secara holistik yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.

Oleh itu, saya cuba untuk menyahut gagasan yang Prof Dato' utarakan namun saya juga tidak nampak ruang yang jelas dalam bersama-sama merealisasikan gagasan tersebut. Saya berhasrat mendapatkan maklum balas daraipada Prof Dato' berkenaan budaya ilmu ini.

1. Apakah program dan bentuk program budaya ilmu yang sesuai, praktikal dan membumi untuk mahasiswa?
2. Apakah persoalan yang sepatutnya yang disoalkan untuk mengkaji tahap perkembangan budaya ilmu?
3. Apakah pendapat prof dato' berkenaan tahap budaya ilmu yang wujud di utm?
4. Apakah sumber rujukan dan instrumen yang terbaik dalam mengkaji berkenaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa?

Saya amat berharap jasa baik daripada dato untuk respon email dari saya ini dan saya minta maaf mengganggu Prof Dato. Di sini saya ada melampirkan sekali kertas cadangan kajian saya.

Sunday, August 2, 2009

Sokongan kepada “say no to bonceng”

Mahasiswa adalah golongan yang terpilih dikalangan masyarakat. Kepakaran dan intelektual men jadi simbolik yang tidak dapat dipisahkan dari pandangan masyarakat terhadap mahasiswa. Daya pemikiran yang tinggi dan jauh juga menjadikan mahasiswa golongan yang istimewa dan dikagumi. Disebabkan itulah mahasiswa diberi tempat yang istimewa iaitu ditempatkan disebuah institusi yang dipanggil sebagai universiti. Segala kemudahan dan prasarana yang pelbagai disediakan kepada mahasiswa untuk memastikan proses perkembangan intelektual menjadi pesat dan tepat.

Persoalan utama yang perlu diselesaikan adalah adakah mahasiswa sekarang seperti yang dinyatakan. Kehidupan mahasiswa sekarang tidak menggambarkan budaya intelektual fungsi. Mahaiswa lebih suka membudayakan budaya luar seperti hedonisma, berpasangan , melepak dan sebagainya. Perkara ini amat membimbangkan bagi golongan yang mengambil berat. Oleh itu, kedengaran baru baru ini, proses transformasi telah dilancarkan untuk mengambalikan mahasiswa ke tempat yang sepatutnya.

Pelbagai pihak yang mempunyai kesedaran telah memainkan peranan mereka untuk mengizzahkan kembali mahaiswa. Antaranya Persatuan Mahasiswa Islam University Teknologi Malaysia. Persatuan ini telah melakukan banyak usaha untuk menjadikan mahasiswa benar- benar sedar tentang peranan sebenar seorang mahasiswa .Program seperti seminar intelektual dan projek “Say No To Bonceng”. projek “Say No To Bonceng” adalah salah satu projek yang dirangka dengan cukup teliti dalam membanteras kejatuhan moral dikalangan mahasiswa akibat tidak mempunyai pemikiran yang panjang. Projek ini mempunyai nilai yang cukup tinggi dalam membangunkan kembali nilai seorang mahasiswa.

Pencegahan budaya membonceng adalah amat perlu dalam menangani masalah gejala social yang parah sekarang ini. Membonceng adalah salah satu proses dalam gejala sosial yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan akhlak . Secara logiknya, apabila sesuatu pasangan yang bukan mahram bebas melakukan perkara yang tidak bermoral akan menyebabkan berlakunya perkara perkara maksiat seperti zina, mengandung luar nikah dan sebagainya. Ini akan menjatuhkan maruah sebagai golongan intelektual.

Dengan itu, Persatuan Mahasiswa Pendidikan dengan sepenuh hati menyokong usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam dan akan cuba membantu jika memerlukan bantuan dalam menjayakan program ini. Kami juga menyeru kepada seluruh masyarakat kampus supaya memberikan sokongan dan kerjasama yang baik dalam menjayakan usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam ini.

Oleh :
Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan utm

Friday, July 24, 2009

pengkajian budaya ilmu ep 1

Perkembangan tamadun adalah disebabkan oleh pembudayaan ilmu yang utuh. Kebanyakan ketamadunan mencapai kegemilangannya apabila ilmu diletakan ditempat yang paing atas dalam merangka ketamadunannya contohnya tamadun islam seperti tamadun ummayah, abbasiyah, dan utmaniyah dibangunkan dengan menjadikan ilmu sebagai asas dalam perlembagaan, begitu juga dengan tamadun yunani yang dibantu oleh golongan ilmu seperti Socrates,plato, Aristotle dan ramai lagi. Perubahan nilai dalam sesebuah masyarakat juga dalalah disebabkan oleh ilmu seperti renaisence . begitu juga dengan bangsa yang membangun dan menjadi mulia disebabkan oleh ilmu seperti bangsa arab apabila di turunkan perutusan daripada tuhan yang membawa cahaya ilmu.

Perkembangan ilmu berlaku apabila ia menjadi suatu budaya didalam masyarakat. Budaya perlu wujud kerana ia merupakan identiti bagi sesebuah masyarakat. Mewujudkan budaya bukanlah uatu yang mudah, perlu ada sekelompok manusia yang wujud dalam mayarakat membawa gagasan tersebut sebelum ia menjadi budaya dalam masyarakat.

Begitulah halnya dengan budaya ilmu, budaya ilmu amat penting untuk membentuk mayarakat yang cemerlang sepertimana yang ditunjukkan oleh sejarah. Kejatuhan sesebuah masyarakat adalah di sebabkan kebenjatan budaya ilmu dan meningkatnya budaya negative seperti hedonisma, kegilaan pangkat dan kuasa , kecenderungan kearah rasuah dan sebagainya. Golonga yang wujud untuk membawa budaya ilmu adalah orang yang berada dalam lingkungan ilmu seperti guru, pensyarah, mahasiswa dan orang yang terlibat dalam penyebaran ilmu.

Wednesday, July 8, 2009

PENDIRIAN MAHASISWA

Dasar pendidikan Negara yang dipanggil sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan semasa pentadbiran Negara diterajui oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah menimbulkan kontroversi dan mendapat tentangan yang hebat di kalangan pakar akademik, pakar bahasa , NGO, ibu bapa, guru-guru , pelajar dan pelbagai pihak. Ada juga sebahagian pihak yang menyokong dasar ini namun ia adalah golongan minority daripada rakyat. Perkara ini kami ketengahkan apabila membuat kajian dan dan perbincangan dengan golongan yang berautoriti dalam membicarakan berkenaan isu ini. Keprihatinan dan kasih saying kami kepda system pendidikan Negara ini menyebabkan kami terpanggil untuk menyatakan pendirian kami.
Penulisan ini dibuat bukan untuk menyatakan dalil atau hujah berkenaan betapa tidak relevennya dasar ppsmi ini diteruskan kerana sudah banyak hujah dan kajian telah membuktikan kelemahan ppsmi ini dalam meningkatkan mutu pendidikan negara . semua hujah dan kajian yang dibuat sudah cukup untuk membuktikan segalanya. Namun tujuan penulisan ini adalah untuk menyatakan pendirian kami sebagai mahasiswa pendidikan bahawa kami tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan untuk meneruskan ppsmi ini.
Kajian demi kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menyelami kerelevanan dasar yang dibuat. Hampir semua kajian yang dibuat menunjukkan kegagalan dasar ini untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkesan termasuk kajian yang dibuat oleh kementerian pelajaran Malaysia (Kajian Status Pencapaian Murid untul melihat pencapaian murid dalam pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik )sendiri. Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh kajian yang dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) menunjukkan bahawa PPSMI hanyalah dasar yang merugikan. Keadaan ini bukanlah suatu yang boleh dibuat main-main ataupun ‘melepaskan batuk ditangga’, ia adalah suatu yang serius yang perlu diambil tindakan dengan segera.
Kami akui banyak perkara perlu dikaji dan diimbal balik seperti kesan jangka panjang,faedah ,keburukan dan banyak lagi. Namun kemudharatan yang lebih besar perlu di elakkan contohnya seperti ekonomi. Walaupun telah banyak dana sudah dibelanjakan untuk mempentuk system ppsmi ini, yang boleh dikatakan akan merugikan ekonomi Negara jika dipinda kembali , kami berpendapat pindaan kepada bahasa melayu adalah pilihan yang lebih tepat kerana system pendidikan adalah suatu yang amat penting dan ia dalah penentu masadepan Negara. Keberkesanan system pendidikan adalah keutamaan. Penjanaan ekonomi Negara juga adlah datangnya deripada modal insan yang pempunyai nilai kefahaman dan intelektual yang tinggi. Oleh itu, pindaan semula akan menghasilkan kesan yang lebih baik.
Kesimpulannya, pendirian kami sebagai mahasiswa pendidikan adalah tidak menyokong penerusan ppsmi ini. Kembali kepada tujuan asal system pendidikan diwujudkan adalah memberi kesan kepada masyarakat untuk mencapai falsafah pendidikan Negara. Harapan kami supaya kerajaan membuat keputusan yang sebaiknya supaya ia boleh menjadikan system pendidikan Negara lebih baik dan member manfaat kepada semua.

Persatuan mahasiswa pendidikan utm.

Thursday, June 25, 2009

sejarah perkembangan tamadun islam

pengenalan

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.


Khulafa al-Rasyidun


632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailimah.
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan Madain.
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M- Mesir ditawan.
638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Ummaiyyah


661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah


752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.


Empayar Turki Uthmaniyyah


1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Atatturk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.


Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"