Thursday, August 28, 2008

ke mana perjuangan ku

Tersentak hatiku bila membaca blog sahabat perjuangan ku yang telah tidak aku bersua dengan mereka. mereka begitu gigih menulis dan berdakwah, bila ku lihat pada diri ini amat terasa malu dengan mereka.

terimbau kembali ku mengenali perjuangan ini. ku cukup naif dan jahil namun ku merasakan ku tahu segalanya. perjuangan inilah menyedarkan aku tentang kehidupan dan erti kehidupan. barulah ku sedar terlalu jauh untuk ku mengharungi dunia ini untuk tiba ke destinasi. ku mula mencari makna diri yang telah lama hilang. ku cuba mempergiatkan pembacaan ku dalam pelbagai bidang supaya tidak tersungkur dipintu penjawapan.

perjuangan ini menjadikan aku lebih jelas dalam melihat dunia. dugaan dan cabaran tak pernah terlepas dari diri ini. ku amat takut dengan ujian kesenangan berbanding ujian kesusahan. ku sering tewas dalam ujian kesenangan. sehinggakan menjadikan ku semakin jauh dari tuhan ku. oh tuhan ampunkanlah aku.

adakala ku menangis mengenangkan kehidupan umat sekrang ini. ku menangis bukan kerana mereka tetapi kerana diri ku yang tidak mempu untuk menolong mereka. ku terlalu lemah....

semasa ku menulis ini ku berasa keseorangan kerna tertinggal jauh kebelakang berbanding sahabatku yang lain yang memecut laju dalm perjuangan ini.

sahabat bawalah ku bersama dalam kelajuanmu jangan tinggalkan aku. persediaan mereka hebat seperti aku yang mempunyai motor ex5 ingin mengejar kereta ferrari. bawalah aku tumpang bersama mu didalam ferrari itu.

sahabat jika kamu ingin tahu, sekarang aku diuji dengan kesenangan yang aku takut hadapinya. jangan tinggalkan aku.. jangan tinggalkan aku..

Monday, August 25, 2008

baru balik cuti....

setelah seminggu berada di rumah, banyak perkara yang telah tertinggal. mood mengajar pun dah tak de. sebulan sebelum ini rasa berkobar- kobar mangajar di sekolah, nak buat pembaharuanlah, islah lah dan bermacam lagi. namun bila balik ke sekolah semula setelah seminggu bercuti banyak mengubah perancangan. melihat kepada keadaan budak budak yang balik dari cuti yang kurang barmaya manyebabkan ianya berjangkit kepada ku. letih sangat rasa. mungkin gejala futur mula merebak di dalam diri ini. ya, gejala futur.

keimanan terasa lemah, diukur dengan amalan sunat yang semakin berkurangan. kerja jadi lambat, hati terasa berat. ya ALLAH, apa dah jadi kepada ku?

ku cuba selami kembali diri sendiri. dimana silapnya. dalam keadaan dunia yang dalam fasa letupan dengan pelbagai isu, kenapa ku jadi semakin tidak bemaya? sepatutnyaku semakin bersemangat dalam keadaan ini. seperti bukan diri ku.

cuti seminggu telah ku penuhi dengan membaca sebuah buku yang bertajuk "menjadi remaja berkarisma" tak ingat dah siapa tulis. melalui buku ni banyak perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam hidup. walaupun begitu kenapa jiwa ku semakin lemah...kosong..

ah!! tersedar aku, rupanya ada faktor menyebabkan ku jadi begini . komputer games rupanya.. pada awalnya hanya ingin mencuba tapi semakin ketagih. astaugfirullah, ini puncanya.

mulai saat ini ku cuba mangorak langkah kembali, menyusun strategi mengembalikan keizzahan diri. ku tinggalkan apa yang tidak bermakna untuk ku. ku sedar rasulullah pernah mengingatkan kepda ummatnya supaya meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

Sunday, August 24, 2008

perlu ada perubahan paradigma

sekali lagi, aku berfikir. walaupun telah lama ku berfikir perkara yang sama. ku perlu mencari identiti ku sendiri dalam menulis blog ini. akhirnya ku mengambil kata putus, mengubah gaya penulisan supaya lebih berbentuk realiti . realiti yang mengambarkan kehidupan ku dan ummah masa kini. ku harap ia menjadi muhasabah untuk diriku dan pedoman untuk semua. perkara yang baik dijadikan peluang dan yang buruk dijadikan kesedaran.

Monday, August 11, 2008

etika pengurusan -ep 2

salam, atas permintaan saya menyambung kajian saya terhadap etika pengurusan

2.0 Teori Etika
Bagi pembahasan tentang teori etika pengurusan, dijelaskan mengapa seseorang profesional itu perlu memahami teori-teori tersebut agar dapat dipraktikkannya semasa melaksanakan tanggungjawab. Seterusnya dapat mempertingkatkan kesedaran dan kesungguhan untuk terus melakukan kebaikan dan menegakan kebenaran. Berikut akan diuraikan tiga teori tentang etika pengurusan yang berkaitan, iaitu teori keperibadian mulia, teori tindakan betul, dan teori wajiban.
2.1 Teori Keperibadian Mulia
Teori keperibadian mulia berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia ini cenderung kepada mencari ”The golden mean”.Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik.
Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru manakala keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
Sebagai contoh seorang pekerja atau ketua itu haruslah mengamalkan tingkahlaku yang baik yang melambangkan ketelusan dalam sesuatu pengurusan serta mengelakkan diri daripada ahklak-ahklak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Banyak contoh yang dapat kita lihat dalam pentadbiran negara kita sendiri di mana ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah dan tidak kurangnya juga yang menerima rasuah untuk meluluskan sesuatu projek.
2.2 Teori Teologis
Seterusnya, teori yang berkaitan dengan etika pengurusan adalah teori teleologis. Teori ini menerangkan tentang‘consequentialism’ iaitu sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat(consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan. Contohnya rasuah yang merupakan satu jenayah kolar putih paling tinggi di Malaysia. Sungguhpun begitu, kegiatan ini tetap menjadi kebiasaan di dalam pengurusan. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat. Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan projeknya diluluskan.
Kesannya, gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada pelanggan kepada pihak pengurusan kerana tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yang telah dijalankan. Namun demikian, di sesetengah buah negara, amalan ini 'diterima' oleh masyarakat walaupun ianya terang-terang salah di sisi undang-undang. Ini mungkin disebabkan pendapatan bulanan yang rendah seperti di Thailand, India, Indonesia dan Amerika Latin. Banyak faktor yang menyokong jenayah ini 'diterima' di negara-negara ini. Diantaranya termasuklah kesempitan hidup, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDK) yang rendah.
2.3 Teori Etika Deotologikal
Sementara Teori Etika Deontologikal pula adalah sejenis etika kepercayaan yang menyatakan bahawa konseo tanggungjawab tidak terikat dengan konsep kebaikan dan tindakan yang betul tidak ditentukan oleh kebaikan yang akan dihasilkan. Sebaliknya, yang menentukan sama ada satu-satu tindakan itu betul atau salah ialah sikap seseorang yang komited atau tindakan yang dikehendaki oleh ajaran agama. Sehubungan dengan itu, dalam sistem pengurusan mestilah bertindak bukan hanya tanggungjawab yang telah ditentukan tetapi mestilah kerana tanggungjawab tersebut. Sebagai contoh, dalam kehidupan sosial, pemaju perumahan menguruskan tentang pembinaan perumahan kepada penduduk di kawasan setempat dengan mengondolkan kawasan hutan. Ini merupakan satu tanggungjawab kepada masyarakat tetapi akibat disebalik penggondolan hutan itu ditentukan oleh seseorang berdasarkan ajaran agamanya.
3.0 Kod-Kod Etika Pengurusan
Kod etika merupakan salah satu elemen yang penting dalam memastikan sesuatu profesion berkesan. Definisi kod etika ialah dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi dan peraturan-peraturan etika yang diharap untuk dipatuhi oleh semua ahli dalam organisai tersebut. Kod etika berfungsi dalam mengawal setiap tindakan dan tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai professional .
Setiap badan professional mempunyai kod etika yang khusus yang menjadi panduan kepada ahli-ahlinya tentang peraturan dan tingkahlaku yang perlu dipatuhi. Badan professional yang berbeza mampunyai kod etika yang berbeza. Begitu juga dengan etika pengurusan, kod etika pengurusan berbeza dengan kod etika kejuruteraan, kod etika pendidikan dan pelbagai lagi. Setiap badan pengurusan mempunyai kod etika yang tersendiri iaitu setiap syarikat dan perkhidmatan awam mempunyai kod etika yang berlainan mengikut bidang tugas mereka.
Walaubagaimanapun, semua badan pengurusan mempunyai titik sepunya dalam merangka dan membuat kod etika bagi organisasi mereka. Kod etika itu diwajibkan kepada semua individu dalam organisasi memtuhinya. Kod etika diasaskan berdasarkan prinsip asas etika iaitu kebenaran dan kebaikan dan menolak keburukan dan kejahatan.

nantikan sambungannya...................